.

Live TV Warta Rakyat

30 June 2012

Akhirnya mahasewel biadap hina sultan terima 'surat cinta'!


Baca selanjutnya disini

29 June 2012

Sesuatu berlaku di Sabah sejak dua tiga hari ini


Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut

Sah Osman Kering meninggal dunia.Al Fatihah...

Pelawak dan pelakon Osman Kering disahkan meninggal dunia.Berita ini disampaikan oleh isteri kepada Alyarham sendiri kepada presiden SENIMAN,Zed Zaidi yang membuat pengumuman itu di twitter beliau.Apa pun kepada keluarga Allayarham Osman Kering,takziah diucapkan dan marilah kita sama sama menyedekahkan Al Fatihah kepada arwah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Alahai PTPTN!

Sambungan daripada siri 1,Pinjam Tahu Pulang Tak Nak ( http://braderjai.blogspot.com/2012/06/faktafaktafakta-ptptn-mahasiswamsia.html)

"Kita terbayang, adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara."
 
Isu PTPTN kian membingit telinga masyarakat dan menjadi agenda pembangkang ketika PRU makin hampir. Berkata sebaliknya seolah seseorang itu naïf dalam memahami isu kerana adalah mustahil untuk seorang ibu bapa bersetuju anak-anak mereka dibebani dengan PTPTN apatah lagi seorang penuntut yang ingin melanjutkan pengajian.

Adalah tidak adil malah lagi zalim jika masa depan serta satu-satunya peluang bagi anak Melayu menyambung pengajian dijadikan anak catur agenda politik pembangkang. Yang menghairankan, ke mana perginya‘common sense’ anak-anak Melayu ketika membantah tawaran bagi mengubah masa depan mereka dan keluarga tetapi mengharap sesuatu yang masih ‘remote’ atau kabur realitinya?

 
Fakta #4.
Mengikut penulisan

John Mallot, “The Price of Malaysian’s Racism” dalam Wall Street Journal pada 8hb February 2011, dalam analisa beliau bahawa adalah satu tanggapan yang sempit untuk berkata bangsa Melayu adalah bangsa yang terkaya di Malaysia. Purata pendapatan seorang bangsa Melayu ialah RM3,500 manakala bangsa Cina ialah yang tertinggi purata pendapatannya iaitu RM6,200 (angka ini mungkin terlalu kecil menurut beliau).

Walaupun terdapat banyak penglibatan Melayu dalam sektor SME namun yang jelas pihak lain yang menikmati hasilnya. Inilah realiti kedudukan bangsa Melayu. Keadaan yang sama berlaku dalam pengajian tinggi. Pelbagai kemudahan diberi serta disediakan untuk anak Melayu namun ia banyak dimanafaatkan oleh bangsa lain.

Peluang bagi anak Melayu melanjut pengajian ke IPTS adalah sukar bukan mustahil atas faktor biayaan kos yuran pengajian serta sara hidup. Realitinya adalah sukar bagi ibu bapa pelajar Melayu menampung yuran pengajian sekitar jumlah minima belasan ribu ringgit setahun. Itu tidak termasuk kos-saraan, kos bahan rujukan serta lain-lain kos berkaitan. Namun, menjadi impian anak Melayu untuk ke IPTS yang mempunyai gaya hidup yang berbeza, budaya serta suasana institusi yang mungkin lebih baik dan ini menjadikan impian ke menara gading IPTA sebagai klise.

Menyedari ini, Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan PTPTN bagi merealisasikan impian setiap keluarga Melayu mampu melanjutkan pengajian anak-anak mereka ke IPT. Mengeluar ‘modal’ pelaburan pengajian tidak lagi menjadi satu ‘challenge’ bagi mereka. Pinjaman PTPTN membolehkan penuntut mengguna sebahagian untuk sara hidup sewaktu pengajian dan sebahagian lagi untuk yuran pengajian. Ada yang tawaran lagi baik ka? Ada? Percuma?...hehehe.. itu masih kabur dan impian, kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran….

Fakta # 5.

Sejarah telah membuktikan bahawa Melayu umumnya beragama Islam, akan mudah lupa diri ketika Allah mengurniakan rahmatNya.Telah menjadi stigma Melayu lupa diri,  Tak sedar diri dan mudah lupa nikmat yang sedang dikecapi. Baik peluang ekonomi yang disediakan, kesenangan serta kemudahan hidup yang diberikan malah keselesaan yang dinikmati namun Melayu masih sangka ada yang lebih baik, lebih selesa malah mereka sepatutnya boleh memperolehi secara percuma.

Melayu oh Melayu! 

Belajarlah dari kaum Ansar yang Nabi satukan dengan Muhajirin. Kaum Ansar adalah kaum yang serba kekurangan tetapi ketibaan Nabi s.a.w membawa perubahan minda dalam hidup mereka. Kaum Ansar yang dahulunya tercorot dalam serba-serbi akhirnya mampu menjadi sebahagian kuasa ekonomi serta pentadbiran di Madinah. Mereka tidak mendapatnya secara percuma atau pun Nabi s.a.w hanya berdoa tetapi mereka gigih berusaha sehingga tawanan perang dijadikan sebagai guru-guru mengajar anak-anak Muslimin di Madinah.

Ketika anak-anak Melayu diberi kemudahan pengajian serta biayaan pengajian bagi membuka peluang pengajian, bolehkah kita mengambil pencapaian akademik sebagai tanda bersyukur? Sepatutnya, jika seorang petani moden yang diberi subsidi baja, pinjaman menaman semula serta biayaan jentera ladang dikira mampu membuahkan hasilnya, dan itulah yang telah dibuktikan oleh penanam padi contohnya yang menggeluar hasil 2 kali setahun. Apa sudah jadi dengan penuntut Melayu yang diberi pinjaman PTPTN? Pencapaian akademik mereka jauh tercorot. Di mana tanggungjawab serta komitmen mereka dalam mencari keredhaan Tuhan memanafaat nikmatNya?

Kita terbayang, adakah pendidikan percuma akan menjamin pencapaian akademik yang lebih baik atau pendidikan percuma hanya akan menjadi satu pelaburan negara yang merugikan bangsa dan negara.

Ikuti bahagian akhir Pinjam Tau Pulang Tak Nak...

Published with Blogger-droid v2.0.6

28 June 2012

Tahniah Ustaz Azizan kerana berani!

Wow.Berani benar Ustaz Azizan kita membuat pengakuan bahawa 4 lesen baru pusat hiburan telah diluluskan di Kedah.Apapun memang kita tahu PAS sememangnya retorik dalam setiap agenda yang dibawa oleh mereka termasuklah hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.Sila baca (http://danialatifnasiren.blogspot.com/2012/06/ustaz-azizan-mengaku-disko-baru.html) untuk maklumat lanjut. Kerajaan Barisan Nasional telah memberikan  ruang dan peluang yang cukup banyak untuk PAS membuktikan sememangnya mereka komited melaksanakan apa yang mereka janjikan.

Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah meleset sama sekali dimana kerajaan PAS di Kedah gagal membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional.Lihat sahajalah bukti yang ada,pengakuan seperti ini sememangnya memberi tamparan yang hebat kepada kepimpinan PAS di Kedah dan PAS pusat.Dimanakah janji sebelum ini untuk menutup pusat hiburan sekiranya berjaya menguasai negeri Kedah?Itu belum lagi kita kira akan 22 janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan PAS Kelantan walaupun setelah sekian lama memerintah negeri.Barisan Nasional hari ini dibawah kepimpinan Najib Razak berani membuat jelajah Janji Ditepati kerana mereka berjaya membuktikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Persoalannya,sekiranya kita cabar Pakatan Rakyat untuk membuat jelajah yang sama bagi membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan apa yang dijanjikan,adakah mereka berani?Yang pasti mereka hanya berani membuat Jelajah Air liur berbanding melaksanakan apa yang dijanjikan!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Poster yang menarik untuk tatapan umum

wow.Menariknya.Nak tahu lebih lanjut,sila klik http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/06/savekelantan-janji-janji-tertunggak-pas.html

Published with Blogger-droid v2.0.6

27 June 2012

Santai : Mulut manusia ini boleh mengeluarkan bunyi gitar elektrik real giler!


Video ini brader nak kongsikan dengan anda seua mengenai bakat yang dikurniakan kepada individu ini.Memang best!Layan!



Banyak lagi yang menarik di Cayya Blog


26 June 2012

Bila ex-girlfriend brader menulis pasal #PTPTN,brader rasa rugi clashkan dia dulu


Dipetik daripada Blog Hanis Zalikha

Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!”Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN! - Sumber sini

.................

Kalau la brader tau awak bijak dan comel macam ni.Jadi model pulak tu,brader takkan clashkan awak 10 taun yang lepas.Kah Kah Kah.Apa pun brader ucapkan syabas kerana sedar akan kebaikan PTPTN.Nak cakap I love you dah tak boleh.Kah kah Kah

P/S : Tajuk entry dan komen brader adalah gurauan semata-mata.Ade kang kena rumble dengan bf dia nanti.Ha ha!

Kaitan antara PTPTN- PKR - Negara Asing didedahkan!

Artikel ringkas ini diambil daripada sebuah group di facebook iaitu Facebooker1Malaysia yang ditubuhkan oleh Panglima Perang Cyber

Why PR want to abolish PTPTN?

1. PTPTN sangat terkenal dan jumlah peminjam sangat menggalakkan.

2. Bukan PTPTN yang hendak diserang oleh PR, tapi SSPN iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dimana rakyat membuat Investment dalam sistem pendidikan

3. Idea itu jugalah digunakan oleh Segi College dimana mereka membuat Conventional Scheme of Fund utk membantu para pelajar.

4. Sekiranya SSPN ini berjaya, Bank Conventional semakin lama semakin ditinggalkan dan sistem ekonomi negara menjadi hak milik Malaysia secara Total.

5. Malaysia tidak akan terikat lagi dengan Sistem Bank Dunia dimana invenstor datang dari kalangan rakyat dan negara luar yang ingin menghantar pelajar ke Malaysia.

6. Ini sekaligus menyambung kejayaan Malaysia supaya merdeka secara Total selepas peristiwa Serangan Fajar pada zaman Tun Mahathir yang menjadikan Sime Derby dan Guthrie hak milik kerajaan Malaysia

7. Kerajaan berhak menghapuskan sistem Interest menggantikan sistem Upah Simpan.

8. Perkara itulah yang ditakuti oleh kebanyakan negara luar dan menjadikan PR sebagai askar2nya.

9. Bersyukurlah kerana pemimpin negara ini (Barisan Nasional) sedar akan kemelut ini dan mengambil langkah yang paling sesuai untuk menjamin keselamatan Ekonomi Malaysia

Sumber : Lily Hashim


Siapa Nizar?Oh,si gila tu... #PASerabut #TR1M


Lu orang tak serabut ke nak handle orang gila macam ni.Seriusly brader bengkek je hati ni kalau si Nizar keluar statement.Hari tu dia buat statement bodoh pasal Sultan Johor.Hari ni dia rasa dia bagus sangat nak mempertikaikan usaha kerajaan membantu pemandu teksi.Heh!

Kan sekarang heboh pasal bantuan baru kepada pemandu teksi yang diumumkan oleh DS Najib baru-baru neh yang diberi nama TR1M (Teksi Rakyat 1Malaysia) dengan peruntukan sebanyak RM 35 juta dan akan diberi kepada 67,000 pemandu teksi di seluruh Malaysia.Setiap pemandu akan menerima baucer bernilai RM 520 seorang bagi pengantian (4) tayar.

Pom!Si gila Nizar ni keluarlah statement yang Najib melutut lah,rasuah pemandu teksi lah.Rasuah tu ape benda weh!Boleh tengok video kat bawah


Dia cakap Najib terpaksa melutut kepada 70,000 pemandu teksi.Ha,nampak tak ayat dia seolah olah menunjukkan bahawa rendah sangat taraf pemandu teksi neh sehingga tak boleh langsung didekati oleh pemimpin negara.Ni dah kes menghina neh.Jap.Jap.Bagi bantuan untuk ganti tayar = melutut ? Jadi beri bantuan = melutut? Deng!Tang mana melututnya?Najib neh bagi bantuan untuk ganti tayar untuk siapa?Najib naik teksi ka?

1) Siapa naik teksi - rakyat

2) Siapa yang untung kalau tayar ditukar secara percuma - pemandu teksi

3) Tayar dalam keadaan baik untuk apa - keselamatan teksi

4) Teksi selamat siapa yang untung -Pengguna lah

5) Jadi siapa yang bodoh - Nizar

Kah Kah Kah

Deng!Lepas tu boleh pulak konfiden yang pemandu teksi seme sokong PR.Bila masa pulak dia buat research neh.Kerajaan nak bagi bila suka hati dia lah.Najib jadi PM berapa lama?10 taun?20 taun?Transformasi pun memakan masa,ingat hari ni umum tranformasi,esok semua dah boleh transform?Kalau PAS bolehlah.Hari ni menang kerajaan negeri Kedah,esok sebelum ayam berkokok hudud dah dilaksanakan - Eh,laksana ke?Kah Kah Kah.Najib tak suruh pun undi BN.Semua dapat.Tak kira PR ka,BN ka.Macam jugak BR1M.Bengong Nizar neh

Pasal keroni-keroni yang dikatakan Nizar ni bak datang bukti lah.Cakap macam tu nenek aku pun boleh.Kerajaan baru umum bantuan,belum umum kaedah perlaksanaan pun si Nizar ni dah melatah.Takut ka?

P/S : Tolong bagitau aku hospital gila mana yang dikawal paling rapi.Aku takut lari pulak mamat neh


Kekejaman UMNO yang aku setuju dan dipersetujui oleh blogger-blogger Pro UMNO


BUKTI KEZALIMAN UMNO SELAMA 42 TAHUN...!?
Sahabat fb. Jom kita lihat kat bawah ini bukti kezaliman UMNO selama 42 tahun menerajui kerjaan:

Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion.
Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225.

• Kadar Kemiskinan tahun 1970 - 49.3% sekarang 3.8%
• Bilangan sekolah tahun 1970 - 5,109 buah sekarang 10,019 buah.
• Bilangan universiti tahun1970 - 3 buah sekarang 59 buah
• Bilangan Hospital tahun 1970 -126 buah sekarang 376 buah
• Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
• Pelaburan asing tahun 1970-RM212 juta sekarang RM32.9 billion.
• Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
• Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
• Jumlah subsidi setahun RM33 billion.

Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang, tua muda dan pelbagai kaum. Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat, whoaaa...letih tangan mahu taip. NKRA.7 bidang keberhasilan brader tak mahu tulis. Terlalu banyak...lu orang cari sendiri..!!!

Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf. GLC spt Tabung Haji, Felda, Felcra, PNB, PERKIM, KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway, Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui

Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah, Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM, wujudkan sekolah khas untuk anak yatim, Rumah anak-anak yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin, subsidi baja kepada petani, subsidi diesel kepada nelayan woooo...jahat sungguh Kerajaan BN..!!!

Kerajaan BN. Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia, Mujahideen Afghanistan, beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ], wooooooo...sungguh kejam Kerajaan UMNO ni, pehhh, kezaliman yang melampau-lampau. Itu sebab satu dunia sudah cakap, BN kerajaan paling berjaya didalam dunia..!!!

Brader tidak akan menghina org yang buruk...kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan UMNO... kenapa kalo makan mesti kenyang...cuba lah kalau lepas makan kita kesejukan ke..??? Kita dah boring asal makan kenyang.

Ya Allah kejamnya kerajaan BN...takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bagi makan...duduk pun tak bebumbung, tidak sekolah anak-anak aku, UMNO tak pernah buat sekolah, yang ade pun untuk anak-anak UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng-geng UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun orang-orang UMNO aje, yang dapat kerjapun cuma orang-orang UMNO jer…memang kroni betul la...kenapa KEJAM sangat nihhh...!!!

P/S : Ni sarkastik.Harap korang paham.Jangan jadi bengong macam puak Pakatan Haram Ja....dah


Lagi beza antara Aspirasi Mahasiswa dan Pro Mahasewel!

Pengerusi GGIM, Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih) sedang membentangkan 
usul GGIM di hadapan YB Dato Saifuddin Abdullah 


Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai.

Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'

Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP ini.

Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000 graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300 dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing.Baca lagi


25 June 2012

Fakta.Fakta.Fakta PTPTN @MahasiswaMsia marah!



Pinjam Tau Pulang Tak Nak – realiti kufur nikmat.

Ada beberapa perkara yang umum patut tahu tentang pembangkang yang memutar-belit fakta yang dibuat tentang pembiayaan pengajian tinggi oleh kerajaan. Hal ini perlu diperjelaskan agar kita berlaku adil kepada generasi yang akan datang.

Fakta #1.

Tentang Finland.

Pembangkang menjadikan pendidikan percuma sebagai isu politik demi untuk meraih undi di PRU kelak. Mereka mengambil Finland sebagai contoh dan beberapa negara lain yang memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bagi meyakinkan tentang pendidikan percuma. Yang jelas, pembangkang menyembunyi fakta tentang negara yang memberi pendidikan percuma daripada umum.
Adalah tidak mustahil untuk memberi pendidikan percuma tetapi someone has got to pay for it!!!! Pembiayaan pendidikan percuma terpaksa ditanggung oleh rakyat Finland dengan membayar cukai yang tinggi dan negara Finland adalah negara yang ke 9 paling tinggi mengenakan cukai.
http://www.malaysiandigest.com/features/56162-10-countries-with-the-highest-taxes-2012-2013.html

Rakyat Finland dikenakan cukai pendapatan sebanyak 49.2%, cukai VAT sehingga 23% ke atas semua barang malah cukai perbandaran sehingga 21%. Segala-galanya di Finland dikenakan cukai!! Ini tidak menghairankan kerana inilah satu-satu caranya bagi memperoleh pendapatan negara namun yang umum tidak sedari ialah yang dikenakan cukai tidak lain dan tidak bukan ialah ibu bapa penuntut-penuntut pengajian sendiri!! Malahan, Finland mencadangkan kenaikan cukai bagi menampung belanjawan negara.
Ini tak ubah seperti mengambil dari poket kiri dan memasuk ke poket kanan… yang membayar pendidikan ialah ibu bapa pelajar itu juga!!

 Fakta #2

Protes terhadap pembiayaaan pinjaman pengajian tinggi oleh kerajaan kebanyakannya datang dari kaum Melayu. Mereka tidak sedar bahawa pendidikan di negara sebenar-benarnya adalah percuma. Apa yang pelajar pengajian tinggi perlu buat ialah mendapat keputusan yang cemerlang kelas pertama. Apa yang susah sangat!!!

Kalau 8,000 penuntut berbangsa Cina yang mengambil pinjaman pendidikan dari PTPTN lalu berusaha dan berjaya memperoleh kepujian Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda lalu pinjaman mereka itu tadi telah dikecualikan bayaran balik!!! Kerajaan telah berlaku adil dalam mengagih bantuan. Pelajar Melayu??? Hanya 2,000 lebih sahaja yang mendapat pengecualian bayar balik pinjaman.

Bukankah ibu bapa pelajar Melayu yang sepatutnya membantah sikap anak-anak mereka yang sambil lewa tidak mengambil peluang memperoleh pengajian percuma.? Tak memadai menyalah pihak yang telah pun membantu bagi meringankan beban kos melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Pengecualian bayar balik pinjaman pengajian adalah motivasi kerajaan kepada penuntut bagi memperoleh kepujian Kelas Pertama.Yang jelasnya ialah jumlah pelajar Melayu yang cemerlang masih rendah berbanding anak kaum Cina.

Maka adalah menghairankan jika anak-anak serta ibu bapa Melayu yang menentang pembiayaan pinjaman pengajian tinggi.

Fakta #3.

Ramai yang tidak sedar bahawa dahulu, jumlah penuntut Melayu di pengajian tinggi begitu kurang malah boleh dibilang jari jumlah mereka. Antara sebabnya ialah faktor kewangan. Dahulu, jika anak-anak mereka mendapat tempat di pengajian tinggi belum tentu mereka mampu menyambung pengajian disebabkan ibu bapa tiada kemampuan kewangan. Ibu bapa tiada tempat untuk mendapat bantuan kewangan selain dari menjual tanah, meminjam atau menjual barang kemas yang ada… itu pun kalau ada. Ibu bapa Melayu atau India sekali pun bukanlah dikedudukan ekonomi yang selesa berbanding kaum lain. Mendapat tempat di pengajian tinggi telah pun sukar apatah lagi nak membiayainya.

PTPTN diwujud bagi merealisasi impian ibu bapa serta pelajar menyambung pengajian di peringkat tinggi. Peluang untuk membina masa depan yang cerah serta memenuhi satu-satunya impian ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menjejak kaki di pengajian tinggi telah dimudahkan melalui PTPTN.
Kemudahan pinjaman pengajian disediakan untuk mereka tak kira apa juga kedudukan status ekonominya. Kerana itulah kita dapati jumlah pelajar Melayu serta bangsa lain yang kurang kemampuan kewangan semakin bertambah di pengajian tinggi.

Ikuti sambungan Pinjam Tau PulangTak Nak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

24 June 2012

[FOTO] : Sesumpah ajaib di dunia ada di Malaysia bersama 21 fakta!

Berikut adalah foto dan fakta sesumpah ajaib yang ada di Malaysia

1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi"
KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."

8. PADA MULANYA… PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".
KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)

11. PADA MULANYA… PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara
KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

16. PADA MULANYA…PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam
KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12..

P/S : Pas dah macam sesumpah.Berubah mengikut keadaan sekeliling!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

22 June 2012

Gerakan Student For Change : Agenda siapa? cc @MahasiswaMsia @idzuanjamal @hafiz_ariffin @MarwanKahar @WAHazman @wafi_nha


Hari demi hari semkain banyak gerakan mahasiswa yang muncul bak Cendawan tumbuh selepas hujan.Hari ni brader membelek blog-blog sahabat seperjuangan dan terjumpa satu artikel berkaitan sebuah gerakan baru mahasiswa yang diberi nama Student For Change.Maklumat yang dapat dikenalpasti ialah gerakan ini dipecayai telah bertapak di UiTM berdasarkan sumber.

Antara objektif gerakan ini ialah

a) Menjadikan medium Student4Change sebagai landasan penghujahan yang mencetuskan revolusi kesedaran agar mahasiswa menjadi peka dan cakna dengan segala isu yang membanitkan mahasiswa khususnya dan Malaysia secara amnya

b) Menjadi pencetus kepada budaya berfikir secara kritis dan progresif,mengkaji dari sudut pandang intelektual dan rasional sekaligus menginterpretasikan olahan kajian yang diperoleh dengan berpaksikan kebenaran yang sahih.

c) Mengajak mahasiswa berfikir secara rasional dan terbuka kepentingan menuntut hak pendidikn percuma dan mengkaji natijah atau kesan positif daripada pemansuhan PTPTN kepada mahasiswa.

Maklumat lanjut sila pergi http://analytical-thinker.blogspot.com/2012/06/siapakah-di-sebalik-students-for-change.html

Brader - So brader nk puji la objektif penubuhan (a) dan (b). Tapi bila masuk bab (c),brader dah nampak bau bau rebranding gerakan mahasiswa (baca mahasewel) yang mendukung 'janji' Pakatan Rakyat iaitu pendidikan percuma.Nah,kantoi lagi satu proksi pembangkang dalam kampus!Kalu iye pun nak buat agenda pembangkang,cover coverlah sket objektif penubuhan tu - atau korang ni budak baru nak berjinak jinak dengan pembangkang?

Ini adalah satu usaha memperbanyakkan lagi gerakan mahasiswa pro pembangkang kerana ia berkaitan dengan usaha mempengaruhi mahasiswa atas pagar dan mengaburi mata mereka berdasarkan

Politik berkait rapat dengan nombor.Nombor pula berkuasa mempengaruhi persepsi.Target audiens gerakan mahsiswa pro pembangkang ini ialah mahasiswa dan masyarakat.Kita tidak dapat menafikn bahawa gerakan mahasiwa pro pembangkang ini sedikit sebanyak mempengaruhi dan mencorakkan politik tanah air.Justeru,tidak hairanlah Anwar Ibrahim benar benar menggunakan sepenun kudrat gerakan mahasiswa ini bagi kepentingan politik peribadinya.Jadi,harapan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini ialah dengan dua tujuan iaitu :

1) Banyak gerakan mahasiswa yang menuntut perkara yang sama (sbg contoh pemansuhan AUKU,pendidikan percuma dan mansuh PTPTN) - menunjukkan ramainya mahasiswa sudah tidak mendukung aspirasi kerajaan

2) Banyaknya gerakan mahasiswa pro pembangkang menentang kerajaan - bertujuan mempengaruhi persepsi masyarakat bahawa mahasiswa yang dikatakan golongan intelektual,bakal memimpin negara sudah tidak bersama kerajaan.Maka untuk apa masyarakat yang bakal dipimpin oleh golongan intelektual ini bersama kerajaan lagi?

Namun sebagai golongan yang celik,kita seharusnya sedikit peka dengan situasi gerakan mahasiswa pro pembangkang seperti ini.Banyaknya gerakan mahasiswa pro pembangkang seperti ini contohnya SMM,GAMIS,SIGMA,BEBAS,DEMA,PRO M semuanya terdiri daripada individu-individu yang sama dan MENGANGOTAI BANYAK GERAKAN bagi menunjukkan bahawa mereka ramai.Sebagai contoh inividu (a) menjadi anggota kepada SMM,dia juga menjadi anggota kepada gerakan (b) dan (c).

Mereka hanya mampu menyediakan platform gerakan namun gagal menarik ramai mahasiswa menyertai mereka.Sehingga kini jika anda perhatikan,mereka gagal menarik ramai mahasiswa sekurang kurangnya 200 orang minima dalam siri siri demonstrasi yang mereka lakukan cth demo mansuh PTPTN,demo hadapan UPSI.Contoh sudah banyak,anda boleh cari sendiri di internet.Sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawasanya mereka lebih ramai daripada gerakan mahasiswa pro kerajaan iaitu Aspirasi sebagai contoh perhimpunan aman Aspirasi dihadapan KPT tahun lepas berjaya mengumpul lebih 800 orang walaupun berdiri atas satu nama gerakan.

Satu lagi jika anda perhatikan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini gemar menggunakan nama mahasiswa secara keseluruhan dalam tindakan mereka sebagai contoh sidang media.Contoh ayat 'kami sebagai mahasiswa menuntut pendidikan percuma' 'mahasiswa hari ini mendesak agar kerajaan memansuhkan AUKU'.Sebenarnya apa yang dilakukan oleh gerakan mahasiswa pro pembangkang ini ialah cuba melabelkan atau generalize mahasiswa dibawah satu payung atau label.Ini merupakan salah satu teknik propaganda mereka yang ditujukan khas kepada masyarakat diluar sana sebagai target audiens kerana masyarakat diluar sana kurang arif berkenaaan gerakan mahasiswa seperti ini.Justeru mereka menggunakan peluang seperti ini untuk memutarbelitkan situasi dan akan dimainkan dalam portal-portal pro pembangkang seperti MalaysiaKini yang seperti mana kita tahu turut menjadi proksi untuk mempengaruhi persepsi masyarakat.Maka tanpa mengkaji terlebih dahulu,masyarakat ysng kurang arif akan mempercayai bulat bulat bahawa majoriti mahasiwa sudah bangun menentang kerajaan - satu usaha mempengaruhi undi mereka

Justeru brader menyeru masyarakat diluar sana supaya tidak tertipu dengan lambakan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini atas penjelasan yang telah brader berikan.Persoalannya mengapa perlu banyak sekali gerakan jika tidak mampu menarik ramai mahasiswa untuk menyertai mereka?Mengapa perlu satu tuntutan,satu gerakan?Semuanya atas dasar mahu mengaburi mata mahasiswa dan masyarakat.Sudah sudahlah dengan perangai asyik tubuhkan gerakan baru.Kerana nama SMM,Pro M sudah busuk,cepat cepat buat gerakan baru?Begitu?Jika kita cabar mereka untuk mengumpul 1000 mahasiswa dalam satu demonstrasi adakah mereka mampu?Brader hanya tersenyum

P/S : Kantoi oke?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wow!Bestnya tarian tiang di Kedah #SaveKedah


Sebelum ni blogger Ceritera Seribu Satu Malam membuat pendedahan berkenaan satu GRAND OPENING  yang bakal dibuat di satu kelab malam di Kedah yang melibatkan DJ Liz yang seksi meksi.Rujuk sini http://danialatifnasiren.blogspot.com/2012/06/kedah-sejahtera-aksi-seksi-dj-liz-bukti.html.Kini Kedah dibawah pemerintahan Ustaz Azizan sekali lagi menunjukkan prestasinya dengan isu terbaru iaitu tarian tiang.

Seriusly,ini memang satu prestasi yang membanggakan oleh 'kerajaan Islam' di negeri Kedah.Bagi brader,ni bukan satu perkara yag 'rare' kerana memang makin banyak pun benda benda macam nih sejak PAS memerintah Kedah.Malangnya isu ini bukan dikupas oleh blogger pro kerajaan tetapi didedahkan oleh blogger pro pembangkang sendiri.Tak percaya boleh rujuk sini http://kedahkita.net/tvideoview.php?id=105  .Juga boleh rujuk kupasan mantap oleh Dr MiM disini http://novandri.blogspot.com/2012/06/tarian-tiang-menjolok-mata-di-negeri.html.

P/S : Brader cuma menyampaikan jeeeeee

Published with Blogger-droid v2.0.6

21 June 2012

Haire Othman bakal sertai PAS 6 Julai ini.Ade aku kesah?


Erh.Heboh baru-baru ni pasal seorang pelakon Haire Othman yang khabarnya akan menyertai PAS.So ramai jugaklah brader tengok daripada puak puak pro pembangkang dan pro kerajaan yang suka sangat nak respon pasal isu isu yang brader rasa murahan neh.

Firstly pada aku,sebagai rakyat Malaysia kita ada hak nak menyertai mana mana parti politik.Semua pun tak terkecuali oke?Artis pun ade hak.Yang menjadi masalahnya isu ni suka sangat disensasikan macamlah mendapat satu 'rahmat' apabila seseorang artis masuk parti mana mana.Woi,wake up lah Malaysian,kalau Jackie Chan join mana mana parti kat Malaysia ni pun,aku tak rasa parti lawan akan tersungkur masa PRU sebab akhirnya rakyat akan menilai parti mana yang buat kerja untuk rakyat.

Satu lagi problem yang aku nampak ialah geng-geng taksub kedua dua parti iaitu pembangkang dan kerajaan suka mengutuk mana mana artis bila dia tak join side diorang.So brader bagi example masa Amy Search dan Mus May join UMNO bulan lepas.Seperti mana yang kita tahu,sebelum ni memang heboh dan sensasi jugak la apabila dikatakan Amy Search selalu berjumpa dengan Nik Aziz.Maka gembiralah puak puak pembangkang apabila seorang lagenda rock tanah air yang mendekatkan diri dengan tok guru diorang.Bajet bajet Amy Search akan join PAS larh.Tup tup Amy Search join UMNO.So banyak jugaklah aku nampak geng geng pembangkang yang frust.Frust sebab tak dapat nak politikkan isu neh.So banyak jugak kutukan yang Amy Search terima.Gua rasa dengan perangai rakyat Malaysia yang macam ni,jauh lagi la Malaysia nak mencapai politik matang sebab bagi aku politik matang tidak hanya menjadi tanggungjawab oleh parti politik sahaja malahan pemikiran rakyat Malaysia pun main peranan jugak.

So aku jugak nak kritik sikap taksub sesetengah penyokong kerajaan semasa kes Aby Abadi dikatakan masuk PAS.So same je sikap dia dengan penyokong yang taksub dengan pembangkang neh.Cuma bilangan dia mungkin kurang daripada pembangkang.Apa pun aku tetap tak suka sikap melatah sesetengah penyokong taksub macam neh.Gua tak rasa Aby Abadi secara rasmi declare masuk PAS.So ape jadah kita nak melatah tak tentu hala?Buat kerja sudah.Brader rasa dia pun tak decide lagi nak masuk tapi mane tau disebabkan tohmahan tohmahan yang diterima terus hati dia bulat nak join PAS tak ke rasa bodoh kat diri sendiri ke?

Apa pun aku respect dekat artis yang join UMNO sebab masuk rilek je.Ade kau orang tengok Amy Search ke Mus May ke keluar kenyataan kutuk parti lawan?Dia join pun rilek rilek je kan?So aku nampak lompongnya apabila artis yang join PAS ni bila dah start join terus nak mulut longkang.Memang patutla Tok Pa tibai golongan artis macam neh.Nak masuk PAS sebab dakwah tapi start start ada kat atas pentas PAS dah mula nak menibai kerajaan.Lawak weyh.So nasihat aku pasal perkara neyh ialah buat rilek je.Bukan jatuh bangun sesebuah parti bergantung kepada banyaknya jumlah artis yang join sesebuah parti.Track record BN menang ada bergantung pada artis ka?

P/S : Amy Search dengan Haire Othman,sape lagi popular? Kah kah kah

Published with Blogger-droid v2.0.6

19 June 2012

Gempar!Penyanyi popular Pakistan ditembak mati!



PESHAWAR – Seorang penyanyi popular Pakistan yang melarikan diri daripada puak Taliban untuk meneruskan karier muzik, ditembak mati di Peshawar.

Menurut polis, Ghazala Javed, 24, ditembak enam kali oleh beberapa lelaki bersenjata ketika beliau ameninggal pusat kecantikan.

Bagaimanapun, polis tidak mengesyaki puak Taliban sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu tetapi menyatakan bekas suami mangsa adalah suspek kes berkenaan. Bapa mangsa yang berada bersama beliau turut terbunuh.-MyNewsHub


Published with Blogger-droid v2.0.6

@shukri_rembau kata SMM akan tubuhkan ulama' muda SMM - siapa calonnya? @MahasiswaMsia @KesultananJohor @NajibRazak @anwaribrahim @HaziqAbdAziz

Hai.Brader rasa demm sangat ini adalah posting ketiga brader pasal Shukri taik deperado yang sebok sangat nak jadi retiss.Woi Shukri,lu bayar la gua,Gua tengah promote lu ni! Kah Kah Kah.Well,semenjak Shukri taik desperado ni dah jadi popular (brader bertanggungjawab),maka brader pun stalk lah profile shukri neh - demm gua jadi stalker.Tak pe.Demi tanggungjawab yang Shukri dah amanahkan pada brader untuk popularkan dia (kah kah kah) brader buat!So stalk punya stalk,brader nampak satu status yang menarik daripada Shukri taik desperado neh.Ia kelihatan seperti ini :


Nampak tak?Rilek.Jangan bahan dulu.Ok baguslah kalau nak tubuhkan Biro Dakwah dan Kepimpinan a.k.a ulama' muda dalam SMM.Woi!Rilek.Jangan bahan dulu.Dan Calon yang dikenalpasti layak (menurut Shukri) ialah :

1) Haziq Abdul Aziz

2) Ehsan Bukhare

Ok.Ini dia calon yang layak mengikut perspektif Shukri.Kenapa brader amik perspektif Shukri?Kerana dia adalah watak utama dalam artikel brader.Shukri dah bayar brader RM 3 billion untuk buat artikel neh.Kah Kah Kah.Sebenarnya ada je yang lagi layak mengikut perspektif brader.Tapi jom kita tengok siapa mamat Haziq dan Ehsan ni 



Resume kelayakan Haziq Abd Aziz

Bukti kelayakan

Kelayakan  tambahan

-Terlibat demonstrasi mansuh PTPTN
-Kini digantung satu semester akibat demonstrasi itu
-Terlibat dalam Demonstrasi Duduk dan Bantah Bersih 3.0
-Terlibat dalam acara main pondok pondok di Dataran Merdeka

Calon pertama telah mengujakan dan memeranjatkan percapaiannya!Gua komfem bakal bersaing sengit neh dengan calon yang lain.Jom kita tengok calon kedua


Maaf.Mamat neh brader tak dapat banyak info.Korang kalau ade,jangan lokek,kongsi kat brader oke?Tapi brader dapat la sedikit gambar yang melayakkan dia jadi ulama' muda SMM neh





Brader ade dengar yang mamat neh kecelaruan identiti.Macam kecelaruan kecenderungan seks la.Tapi tu brader tak tau lah.Kadang-kadang mulut orang neh kita tak boleh nak tutup kan?Kah kah kah.Ape pun si Ehsan ni pun tak kurang hebatnya.Boleh kata semua demonstrasi yang ada kat Malaysia yang melibatkan pembangkang dia memang join punya lah.So korang nak macam mane lagi?Tapi seyes gambar Ehsan yang brader paparkan ni amatlah menarik hati.

So tu calon pilihan hati Shukri.Tapi brader yang takde kena mengena dengan SMM  pun nak letak calon jugak.Seyes kalau tak de,memang tak lengkap carta organisasi Ulama' Muda SMM neh.


Sape yang persoalkan kelayakan dia neh memang brader lempang muka kau laju-laju.Die neh budak Pengajian Islam kat UM tau tak?Kalau ikotkan pengajian,brader rasa dia lagi layak daripada dua ekor kat atas tuh..Ape pun pilihan ditangan anda oke?

Series ini bukan Karpal Singh.Ni Safwan Anang

Yang menarik pasal Safwan Anang ni ialah dia neh dikatakan telah 'patah tulang rusuk' akibat ditibai oleh FRU semasa demo tahun baru di UPSI dan tambah menarik apabila dia boleh sembuh dalam masa yang cepat!So memang hebatlah.Gua tak nak pengaruh sapa-sapa suruh pilih dia oke?

Kadang-kadang buat part time kat DBKL-pekerjaan mulia

1Malaysia!1Malaysia!1Malaysia!-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Dia pernah tidur atas jalan - Anda pernah?Anda ada?

Semua tuh belum cukup gempak lagi.Kelayakan yang paling gempak ialah :


Ustaz main laung-kalung bunga bhai.Kau orang ade?

Walaupun Safwan Anang neh sekarang Pengerusi SMM (Solidariti Mahsewel Malaysia) tapi apa salahnya kalau dia nak pegang Biro Dakwah dan Kepimpinan (Ulama' muda SMM) sebab SMM ni bukannya ramai pun!Kah Kah Kah.

Ok,sekarang ni calon dah ade.Mantop-mantop.So terpulang pada korang nak pilih sape.Pilihan ditangan anda.Boleh jugak nak buat voting di posting ini.Brader alu-alukan!

P/S : Ulama Muda SMM bhai!Lu ade?kah kah kah

Ekslusif rayuan kakak @shukri_rembau : Jangan babitkan ayah Shukri! - Shukri delete cc @NajibRazak @KesultananJohor @HishamuddinH2O @anwaribrahim

Berbalik kepada cerita insan sedih yang desperado nak popular.Siapa lagi kalau bukan Shukri Rembau a.k.a Shukri taik.Kali ni brader nak cerita pasal seorang individu yang menjadi mangsa kepada kebiadapan Shukri taik ni.Beliau ialah kakak kepada insan sedih ni yang terpaksa menerima tohmahan daripada masyarakat yang kesal dengan tindakan ABS (amat BODOH sekali) yang dilakukan oleh Shukri neh.Yang paling tak boleh bla brader rasa,keluarga dan ayah Shukri sendiri turut terpalit dengan najis yang dibawa oleh Shukri neh.

Dr Aida kakak kepada shukri

Apa yang kita boleh lihat ialah rayuan seorang akak yang sedar adiknya telah tersesat jalan.Dan dalam rayuan tersebut dinyatakan bahawa 'akhlak' yang ada pada shukri taik ni sekarang adalah hasil daripada didikan INSAN KEJI DALAM PARTI KEJI di MALAYSIA!Pom!Tersandar kat kerusi si shukri ni apabila tengok sebaran ini.Jom kita lihat maklumat tambahan mengenai isu neh



Tambah menariknya,semasa brader check profile si Shukri taik neh,brader tak nampak langsung post Dr Aida neh dekat wall si Shukri taik neh.Ini bermakna Shukri neh telah delete post daripada kakak dia sendiri!Jadi brader ade 3 kesimpulan daripada perkara neh :

1) Shukri taik neh memang tak boleh menerima nasihat,macam parti mentor dia jugak (Pakatan Rakyat)

2) Shukri taik neh yang selama ni berjuang pasal kebebasan bersuara akhirnya menyekat kebebasan bersuara AHLI KELUARGA sendiri iaitu kakak sendiri!

3) Shukri taik takut kalau-kalau apa yang kakak dia post tu akan menjatuhkan maruah dia - so dia delete

Weh,kalau korang tak percaya,korang boleh pegi kat profile Shukri taik neh sendiri lah.Klik sini

Jadi sekarang ni,apa yang terpalit pada ayah shukri ni sape nak bertanggungjawab?UMNO?PR?atau sapa?UMNO bayar Shukri ke untuk kutuk sultan kaw-kaw?Jawapannya pasti tidak.Segala kutukan adalah lahir daripada hati nurani Shukri yang 'bersih' hasil didikan 'parti yang bersih'.

Jadi brader nasihatkan Shukri,pegi mintak ampun dan maaf kepada keluarga!Kepada ayah ko!Ko dah memalukan nama keluarga ko tau tak???Pegi meninggal lah kau nak sokong parti mana,gua tadehal.Tapi kau dah drag skali institusi raja.Dan kau punya ayat,tak serupa dengan apa yang kau pakai (kopiah and so on).Jadi sebelum terlambat,baik kau balik Rembau skang,mintak maaf kat ayah kau.Boleh?Oke.Disebabkan brader ni seorang blogger yang baik hati dan bersopan santun,brader ade lagu nak tuju kat kau.Sesapa yang baru bukak blog brader ni dan nak tau sapa shukri taik neh,boleh klik sini



P/S : Gua tak boleh blah dengan ayat gua sendiri.Blogger yang sopan santun baq ang!


18 June 2012

Gerakan Anti Mahasiswa Biadap muncul tanda meluat dengan mahasiswa yang bajet artis!



Baru sebentar tadi brader mendapat jemputan daripada seorang sahabat untuk like page Anti Mahasiswa Biadap di facebook.Mungkin kerana dah cukup bersabar dengan kerenah geng geng Solidariti Mahasewel Malaysia (SMM) yang semakin biadap dan langsung tidak menunjukkan bahawa mereka pernah diajar mengenai adab oleh ibubapa.

Antara info yang boleh dilihat di page ini ialah :


Page ini dibangunkan untuk menyatakan bantahan kepada tindakan mahasiswa Pro Pembangkang atau Pro Mahasiswa yang biadap.
Masih ada mahasiswa yang menghormati dan patuh kepada Rukun Negara bagi melestarikan keamanan sejagat.

Status di wall :
Mahasiswa adalah golongan yang diharapkan mampu mentadbir urus negara pada masa akan datang.Kalau beginilah tindakan mahasiswa sekarang maka akan rosak masyarakat pada masa akan datang
Kerana politik mereka sanggup biadap.Walaupun tindakan mereka biadap tetapi mereka tetap mendapat sokongan daripada pembangkang.Inilah agenda untuk menghuru harakan masyarakat kita.
Mohon sebarkan link ini kepada rakan rakan.Kita mahukan penyatuan.Bukan perpecahan!

Brader menyokong baik lah usaha admin page ini untuk menyatakan bantahan.Dah banyak sangat budak yang serupa tak sekolah ni kat Malaysia.Nak kata tak bagi pendidikan percuma,kerajaan dah bagi sampai peringkat menengah.Bodohnya masih kat situ.Lagi satu mereka ni brade rasa dah kempunan sangat nak jadi artis.Biasalah perlukan publisiti murahan.Tapi memang murah kan? LOL

Untuk ke page tersebut,sila klik http://www.facebook.com/AntiMahasiswaBiadap

Published with Blogger-droid v2.0.6

Dari utara menibai kebiadapan mahasewel


Hari ini brader terbaca satu artikel blogger seperjuangan daripada UUM.Dalam artikel tersebut memaparkan respon daripada mahasiswa UUM mengenai isu menghina Sultan Johor oleh  golongan yang menggelar diri mereka Solidariti Mahasewel Malaysia (SMM).Jom kita lihat apa respon mereka.


Mohamad Sulaiman bin Misran @Misron - Ahli Parlimen Belia (Percubaan) P 151 Simpang Renggam (gambar diatas)

"Saya merasa amat terkilan dengan situasi dan gejala menghina institusi diraja yang semakin menjadi jadi.Namun apa yang lebih menyedihkan ada golongan ada golongan belia yang masih sangat mentah,tetapi susah berani "mencipta nama" dengan pelbagai kontroversi.Golongan belia ini yang juga majoritinya menggalas gelaran mahasiswa seharusnya menjadi aset dan bukan liabiliti pada negara.Mungkin mereka sudah lupa rukun negara yang kedua,kesetiaan pada raja dan negara.Tidak salah jika mahu melibatkan diri dalam politik,tapi perlulah menjaga batas dan mematuhi peraturan yang ada.Matlamat tidak pernah menghalalkan cara".

Setakat ini sudah ada 2 siri artikel bertajuk "Kami sayang SULTAN" yang dibawakan ekslusif di blog Perubahan UUM.Sila klink link untuk mengetahui lebih lanjut :

1.Siri pertama

2.Siri kedua

P/S : Bila golongan silence majority sudah respon.....

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 June 2012

@shukri_rembau yang tak popular cuba cari publisiti.Nah aku bagi cc @PDRMsia @KesultananJohor @HRHJohor2 @tv3malaysia @hishammudinH2O

Mungkin kerana cemburu dengan populariti sahabat baiknya Haziq Abd Aziz yang popular setelah menghina Sultan Johor,seorang lagi watak sampingan dalam gerakan mahasewel kebangsaan bertindak setaraf otaknya yang tak berapa betul dengan turut menghina Sultan Johor.Mungkin kerana ketandusan idea bagaimana hendak mempopularkan diri,tindakan sama diambil.Malangnya agak kasihan dengan mahasewel ini apabila tidak ramai yang layan kerana sudah masak dengan teknik teknik hodoh golongan mahsewel yang cuba menarik perhatian masyarakat.

Kepada yang mengenali insan sedih ini,mungkin anda boleh cadangkan cara lain untuk mmpopularkan diri.Kami semua tahu anda tidak sepopular Adam Adli,Shukri Razab,Safwan Anang,Syahid Zaini dan Khalid Ismath Syiah.Jadi bolehlah anda membeli cermin yang sedikit besar agar anda dapat melihat kekuranganpada diri anda.Tidak cukup hensemkah?Suara tidak sedapkah?Atau anda memang ada badi keturunan yang sememangnya membantutkan anda untuk jadi popular.Cuba tanya ayah dan mak ada tak saka tu.Haha

Akhir kata brader menyeru kepada pihak berkuasa supaya dapat bermanja manja dengan insan sedih ini.Mungkin polis boleh tanya secara berdepan budak ini.Kalau dia boleh cakap sepertimana lantangnya dia dalam twitter,brader boleh terkejut besar.Jangan jadi macam Khalid Ismath Syiah yang menikus sewaktu polis menyoal siasat sudah.Yang malu diri sendiri nanti dan ramai yang kat luar bersedia untuk mengelakkan anda.

Kah kah kah

P/S : Dah cukup publisiti belum? aku bagi lagi nanti #LULZ

Published with Blogger-droid v2.0.6

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri @NajibRazak sempena Israk dan Mikraj 1433 Hijrah


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saudara dan saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Rejab, dengan harapan akan disusuli dengan Syaaban seterusnya menikmati kemuliaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, 27 Rejab secara tradisinya membawa ingatan kita kepada satu peristiwa agung yang tiada taranya, iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Biarpun kisah ini berlaku melebihi 1400 tahun yang lalu, tetapi kerelevanan dan kepentingannya adalah amat signifikan buat umat Islam.

2. Sememangnya, ini adalah sesuai dengan apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran apabila Allah SWT memaktubkan peristiwa agung Israk melalui firman-Nya dalam surah al-Israa^ ayat pertama yang bermaksud:-“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

3. Sebaiknya, selain kita mengagumi peristiwa ini secara harfiah, adalah lebih afdal kiranya kita menjadikannya pedoman bagi mendepani cabaran semasa umat hari ini. Sebagaimana para nabi telah disatukan untuk berimamkan Rasulullah SAW di Masjidil Aqsa, demikianlah kita perlu bersatu untuk mempertahan serta menegakkan agama Islam.

4. Kita juga mestilah mengiktibari peristiwa Israk dan Mikraj ini untuk mengukuhkan akhlak kita sebagai seorang muslim yang unggul terutamanya melalui solat dan ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah SAW sentiasa menyeru kita agar menjaga solat dan akhlak. Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan moral oleh segelintir umat Islam kini berpunca daripada solatnya yang tidak khusyuk menyebabkan mereka masih melakukan perbuatan keji dan maksiat. Justeru, pelaksanaan solat yang khusyuk berupaya menjadi benteng untuk mengukuhkan kekuatan akidah dan akhlak umat Islam bagi menghadapi segala serangan sosial masa kini.

5. Menyaksikan apa yang berlaku di luar negara, kita seharusnya bersyukur dengan kestabilan sosial, politik dan ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita. Ini semua memerlukan dukungan dan peranan semua pihak. Syukur Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah dinobatkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dalam Indeks Keamanan Global. Justeru, saya menyeru segenap lapisan masyarakat agar menyokong usaha-usaha kerajaan dan mengambil bahagian dalam membina persekitaran negara yang aman dan selamat.

6. Sesungguhnya, institusi masjid yang menjadi teras di dalam peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj ini telah mengingatkan umat Islam dengan ikatan erat mereka dengan Masjidil Aqsa dan Baitulmaqdis. Dunia menyaksikan, bagaimana Malaysia terus istiqamah dengan pendirian kita menentang kezaliman dan keganasan rejim zionis Israel di Palestin tanpa berdolak-dalik.

7. Akhirul kalam, saya dan keluarga mengajak semua umat Islam di negara ini bersama-sama mengiktibari Peristiwa Israk dan Mikraj ini. Semoga penghayatan kita kepada peristiwa hebat ini menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini. Insya-Allah.Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Published with Blogger-droid v2.0.6

16 June 2012

Dimana kita boleh dapat pandangan yang 'menyedapkan' ini kalau bukan di Kedah #savekedah



Wohoo!Pasti terbeliak mata blogger MatDespatchOtai,Harapan-Esok dan Ceritera Seribu Satu Malam melihat gambar ini.Apa pun bukan itu fokus yang brader nak bawak pada malam ni.Untuk pengetahuan anda grand opening sebuah kelab yang membeliakkan mata ini akan diadakan pada 30 Jun 2012 di Alor Star.Nah,negeri ini dibawah pemerintahan PAS dimana sebelum ini mereka berjanji akan menutup pusat hiburan.Hebat benar janji tu.Kalau angpa suma nak tau,siap ada promotion lagi.Tudiaa.....Nak tahu dengan lebih detail lagi,ada blogger yang mendedahkan perkara ini.Boleh pegi link  http://danialatifnasiren.blogspot.com/2012/06/kedah-sejahtera-aksi-seksi-dj-liz-bukti.html . Banyak persoalan yang bakal terjawab nanti
Published with Blogger-droid v2.0.5

Ciri-ciri adik beradik syaitan ada pada Sultan Johor - USTAZ Wan Ji At-ta'aduddi cc @NajibRazak @anwaribrahim @PDRMsia @KesultananJohor


Fulamak.Begitu ceria dan bersemangatnya seorang USTAZ ni mengeluarkan statement semacam ini.Ciri-ciri adik beradik syaitan?Wow!'Mantap' perumpamaan dia.Apa maksud dia keluarkan perkataan macam tu eh?Disini brader bawakan 13 gambar yaang menunjukkan komen-komen daripada mereka yang melihat status ini.


1

2

3

 4

 5

6

 7

8

9

10

11

12

13

Ok.Dalam 13 gambar ini,ada anda nampak si USTAZ ni keluarkan apa-apa komen menerangkan apa yang dia maksudkan sebagai 'ciri-ciri adik beradik syaitan pada sultan Johor' tu?Dia tinggalkan post macam tu je beb.Apa yang kita nampak ialah kutukan demi kutukan daripada pengkomen yang semakin membuatkan manusia berpecah belah.Tugas seorang USTAZ memang memecahbelahkan masyarakat ke?,Ustaz kalau tak puas hati sangat pegi lah jumpa Sultan Johor tu.Ni ustaz buat status kat facebook macam ni lu rasa proper atau tidak dengan status lu sebagai seorang USTAZZZZZZ?Dan apa yang aku nampak ialah begitu sedikit sangat komen positif daripada audiens lu.Yang banyak ialah menghasut.Memang terbaik la kan tindakan ustaz ni.Yang penting ni ni bukan tau isu sangat.Ustaz sengaja nak cari populariti murahan.Ustaz bukan kenal gua punya sultan ni ustaz.Yang paling kelakar,ustaz nak jadi jaguh isu tanpa tahu isu tu sangat pun dengan detail.Sekadar dengar cakap-cakap orang.Ustaz nak jadi pendusta ke ustaz?Cukuplah lu boleh jadi pendusta dengan meriwayatkan semua yang ustaz dengar.Takkan tu pun tak tahu kot ustaz.Belajar tinggi kot!

 Apa-apa hal tindakan ustaz ni boleh menambah minyak ke dalam api yang sedang marak.Belum reda lagi isu student bodoh hina sultan gua.Ustaz pulak tambah.Bagus.Ustaz memang ustaz yang baik.Ustaz yang 'menyatupadukan masyarakat'.Ok gua rasa ramai nak kenal dengan ustaz ni ustaz.Pembaca meh kita tengok siapa ustaz ni.Profile dia (klik sini)


Cover photo ustaz : Wanji yang hensem lagi ohsem!

Rupanya Ustaz Wan Ji ni daripada PAS dan pernah berforum dengan Ustaz Fathul Bari dalam satu forum 'Nasihat kepada pemimpin mengikut Al Quran ,Hadis dan pandangan ulama'.



P/S : Bila seorang ustaz tidak menjaga tutur kata,maka banyaklah fitnah yang timbul

RANDOM