Pengerusi GGIM, Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih) sedang membentangkan
usul GGIM di hadapan YB Dato Saifuddin Abdullah
Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai.
Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'
Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP ini.
Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000 graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300 dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing.Baca lagi
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com