Hari demi hari semkain banyak gerakan mahasiswa yang muncul bak Cendawan tumbuh selepas hujan.Hari ni brader membelek blog-blog sahabat seperjuangan dan terjumpa satu artikel berkaitan sebuah gerakan baru mahasiswa yang diberi nama Student For Change.Maklumat yang dapat dikenalpasti ialah gerakan ini dipecayai telah bertapak di UiTM berdasarkan sumber.
Antara objektif gerakan ini ialah
a) Menjadikan medium Student4Change sebagai landasan penghujahan yang mencetuskan revolusi kesedaran agar mahasiswa menjadi peka dan cakna dengan segala isu yang membanitkan mahasiswa khususnya dan Malaysia secara amnya
b) Menjadi pencetus kepada budaya berfikir secara kritis dan progresif,mengkaji dari sudut pandang intelektual dan rasional sekaligus menginterpretasikan olahan kajian yang diperoleh dengan berpaksikan kebenaran yang sahih.
c) Mengajak mahasiswa berfikir secara rasional dan terbuka kepentingan menuntut hak pendidikn percuma dan mengkaji natijah atau kesan positif daripada pemansuhan PTPTN kepada mahasiswa.
Maklumat lanjut sila pergi http://analytical-thinker.blogspot.com/2012/06/siapakah-di-sebalik-students-for-change.html
Brader - So brader nk puji la objektif penubuhan (a) dan (b). Tapi bila masuk bab (c),brader dah nampak bau bau rebranding gerakan mahasiswa (baca mahasewel) yang mendukung 'janji' Pakatan Rakyat iaitu pendidikan percuma.Nah,kantoi lagi satu proksi pembangkang dalam kampus!Kalu iye pun nak buat agenda pembangkang,cover coverlah sket objektif penubuhan tu - atau korang ni budak baru nak berjinak jinak dengan pembangkang?
Ini adalah satu usaha memperbanyakkan lagi gerakan mahasiswa pro pembangkang kerana ia berkaitan dengan usaha mempengaruhi mahasiswa atas pagar dan mengaburi mata mereka berdasarkan
Politik berkait rapat dengan nombor.Nombor pula berkuasa mempengaruhi persepsi.Target audiens gerakan mahsiswa pro pembangkang ini ialah mahasiswa dan masyarakat.Kita tidak dapat menafikn bahawa gerakan mahasiwa pro pembangkang ini sedikit sebanyak mempengaruhi dan mencorakkan politik tanah air.Justeru,tidak hairanlah Anwar Ibrahim benar benar menggunakan sepenun kudrat gerakan mahasiswa ini bagi kepentingan politik peribadinya.Jadi,harapan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini ialah dengan dua tujuan iaitu :
1) Banyak gerakan mahasiswa yang menuntut perkara yang sama (sbg contoh pemansuhan AUKU,pendidikan percuma dan mansuh PTPTN) - menunjukkan ramainya mahasiswa sudah tidak mendukung aspirasi kerajaan
2) Banyaknya gerakan mahasiswa pro pembangkang menentang kerajaan - bertujuan mempengaruhi persepsi masyarakat bahawa mahasiswa yang dikatakan golongan intelektual,bakal memimpin negara sudah tidak bersama kerajaan.Maka untuk apa masyarakat yang bakal dipimpin oleh golongan intelektual ini bersama kerajaan lagi?
Namun sebagai golongan yang celik,kita seharusnya sedikit peka dengan situasi gerakan mahasiswa pro pembangkang seperti ini.Banyaknya gerakan mahasiswa pro pembangkang seperti ini contohnya SMM,GAMIS,SIGMA,BEBAS,DEMA,PRO M semuanya terdiri daripada individu-individu yang sama dan MENGANGOTAI BANYAK GERAKAN bagi menunjukkan bahawa mereka ramai.Sebagai contoh inividu (a) menjadi anggota kepada SMM,dia juga menjadi anggota kepada gerakan (b) dan (c).
Mereka hanya mampu menyediakan platform gerakan namun gagal menarik ramai mahasiswa menyertai mereka.Sehingga kini jika anda perhatikan,mereka gagal menarik ramai mahasiswa sekurang kurangnya 200 orang minima dalam siri siri demonstrasi yang mereka lakukan cth demo mansuh PTPTN,demo hadapan UPSI.Contoh sudah banyak,anda boleh cari sendiri di internet.Sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawasanya mereka lebih ramai daripada gerakan mahasiswa pro kerajaan iaitu Aspirasi sebagai contoh perhimpunan aman Aspirasi dihadapan KPT tahun lepas berjaya mengumpul lebih 800 orang walaupun berdiri atas satu nama gerakan.
Satu lagi jika anda perhatikan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini gemar menggunakan nama mahasiswa secara keseluruhan dalam tindakan mereka sebagai contoh sidang media.Contoh ayat 'kami sebagai mahasiswa menuntut pendidikan percuma' 'mahasiswa hari ini mendesak agar kerajaan memansuhkan AUKU'.Sebenarnya apa yang dilakukan oleh gerakan mahasiswa pro pembangkang ini ialah cuba melabelkan atau generalize mahasiswa dibawah satu payung atau label.Ini merupakan salah satu teknik propaganda mereka yang ditujukan khas kepada masyarakat diluar sana sebagai target audiens kerana masyarakat diluar sana kurang arif berkenaaan gerakan mahasiswa seperti ini.Justeru mereka menggunakan peluang seperti ini untuk memutarbelitkan situasi dan akan dimainkan dalam portal-portal pro pembangkang seperti MalaysiaKini yang seperti mana kita tahu turut menjadi proksi untuk mempengaruhi persepsi masyarakat.Maka tanpa mengkaji terlebih dahulu,masyarakat ysng kurang arif akan mempercayai bulat bulat bahawa majoriti mahasiwa sudah bangun menentang kerajaan - satu usaha mempengaruhi undi mereka
Justeru brader menyeru masyarakat diluar sana supaya tidak tertipu dengan lambakan gerakan mahasiswa pro pembangkang ini atas penjelasan yang telah brader berikan.Persoalannya mengapa perlu banyak sekali gerakan jika tidak mampu menarik ramai mahasiswa untuk menyertai mereka?Mengapa perlu satu tuntutan,satu gerakan?Semuanya atas dasar mahu mengaburi mata mahasiswa dan masyarakat.Sudah sudahlah dengan perangai asyik tubuhkan gerakan baru.Kerana nama SMM,Pro M sudah busuk,cepat cepat buat gerakan baru?Begitu?Jika kita cabar mereka untuk mengumpul 1000 mahasiswa dalam satu demonstrasi adakah mereka mampu?Brader hanya tersenyum
P/S : Kantoi oke?
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com