Erh.Heboh baru-baru ni pasal seorang pelakon Haire Othman yang khabarnya akan menyertai PAS.So ramai jugaklah brader tengok daripada puak puak pro pembangkang dan pro kerajaan yang suka sangat nak respon pasal isu isu yang brader rasa murahan neh.
Firstly pada aku,sebagai rakyat Malaysia kita ada hak nak menyertai mana mana parti politik.Semua pun tak terkecuali oke?Artis pun ade hak.Yang menjadi masalahnya isu ni suka sangat disensasikan macamlah mendapat satu 'rahmat' apabila seseorang artis masuk parti mana mana.Woi,wake up lah Malaysian,kalau Jackie Chan join mana mana parti kat Malaysia ni pun,aku tak rasa parti lawan akan tersungkur masa PRU sebab akhirnya rakyat akan menilai parti mana yang buat kerja untuk rakyat.
Satu lagi problem yang aku nampak ialah geng-geng taksub kedua dua parti iaitu pembangkang dan kerajaan suka mengutuk mana mana artis bila dia tak join side diorang.So brader bagi example masa Amy Search dan Mus May join UMNO bulan lepas.Seperti mana yang kita tahu,sebelum ni memang heboh dan sensasi jugak la apabila dikatakan Amy Search selalu berjumpa dengan Nik Aziz.Maka gembiralah puak puak pembangkang apabila seorang lagenda rock tanah air yang mendekatkan diri dengan tok guru diorang.Bajet bajet Amy Search akan join PAS larh.Tup tup Amy Search join UMNO.So banyak jugaklah aku nampak geng geng pembangkang yang frust.Frust sebab tak dapat nak politikkan isu neh.So banyak jugak kutukan yang Amy Search terima.Gua rasa dengan perangai rakyat Malaysia yang macam ni,jauh lagi la Malaysia nak mencapai politik matang sebab bagi aku politik matang tidak hanya menjadi tanggungjawab oleh parti politik sahaja malahan pemikiran rakyat Malaysia pun main peranan jugak.
So aku jugak nak kritik sikap taksub sesetengah penyokong kerajaan semasa kes Aby Abadi dikatakan masuk PAS.So same je sikap dia dengan penyokong yang taksub dengan pembangkang neh.Cuma bilangan dia mungkin kurang daripada pembangkang.Apa pun aku tetap tak suka sikap melatah sesetengah penyokong taksub macam neh.Gua tak rasa Aby Abadi secara rasmi declare masuk PAS.So ape jadah kita nak melatah tak tentu hala?Buat kerja sudah.Brader rasa dia pun tak decide lagi nak masuk tapi mane tau disebabkan tohmahan tohmahan yang diterima terus hati dia bulat nak join PAS tak ke rasa bodoh kat diri sendiri ke?
Apa pun aku respect dekat artis yang join UMNO sebab masuk rilek je.Ade kau orang tengok Amy Search ke Mus May ke keluar kenyataan kutuk parti lawan?Dia join pun rilek rilek je kan?So aku nampak lompongnya apabila artis yang join PAS ni bila dah start join terus nak mulut longkang.Memang patutla Tok Pa tibai golongan artis macam neh.Nak masuk PAS sebab dakwah tapi start start ada kat atas pentas PAS dah mula nak menibai kerajaan.Lawak weyh.So nasihat aku pasal perkara neyh ialah buat rilek je.Bukan jatuh bangun sesebuah parti bergantung kepada banyaknya jumlah artis yang join sesebuah parti.Track record BN menang ada bergantung pada artis ka?
P/S : Amy Search dengan Haire Othman,sape lagi popular? Kah kah kah
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com