.

Live TV Warta Rakyat

28 June 2012

Tahniah Ustaz Azizan kerana berani!

Wow.Berani benar Ustaz Azizan kita membuat pengakuan bahawa 4 lesen baru pusat hiburan telah diluluskan di Kedah.Apapun memang kita tahu PAS sememangnya retorik dalam setiap agenda yang dibawa oleh mereka termasuklah hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.Sila baca (http://danialatifnasiren.blogspot.com/2012/06/ustaz-azizan-mengaku-disko-baru.html) untuk maklumat lanjut. Kerajaan Barisan Nasional telah memberikan  ruang dan peluang yang cukup banyak untuk PAS membuktikan sememangnya mereka komited melaksanakan apa yang mereka janjikan.

Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah meleset sama sekali dimana kerajaan PAS di Kedah gagal membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional.Lihat sahajalah bukti yang ada,pengakuan seperti ini sememangnya memberi tamparan yang hebat kepada kepimpinan PAS di Kedah dan PAS pusat.Dimanakah janji sebelum ini untuk menutup pusat hiburan sekiranya berjaya menguasai negeri Kedah?Itu belum lagi kita kira akan 22 janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan PAS Kelantan walaupun setelah sekian lama memerintah negeri.Barisan Nasional hari ini dibawah kepimpinan Najib Razak berani membuat jelajah Janji Ditepati kerana mereka berjaya membuktikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Persoalannya,sekiranya kita cabar Pakatan Rakyat untuk membuat jelajah yang sama bagi membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan apa yang dijanjikan,adakah mereka berani?Yang pasti mereka hanya berani membuat Jelajah Air liur berbanding melaksanakan apa yang dijanjikan!

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM