.

Live TV Warta Rakyat

31 August 2012

[VIDEO] : Brad Pitt Promote Tweet Up @twtupmerdeka #Merdeka55



Hew Hew Hew :)

29 August 2012

[VIDEO] : Rumah Terbuka Ahli Parlimen Muar Dato' @razaliibrahim


21 August 2012

Anwar tak mampu jaga negara sebab...



Mymassa baru mendapat info dari rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar. Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam Pkr sendiri. Seorang petugas lelaki.

Ianya original dan bukan palsu. Perutusan itu kini menjadi kecurigaan besar kepada DAP dan masyarakat Bukan Islam di Malaysia yang kini semakin nampak pembohongan politik Anwar. DAP dan masyarakat Bukan Islam kini sudah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Anwar.

Lebih daripada itu penderma Yahudi dan Israel semakin tidak mempercayai Anwar.

Bagaimana Anwar mahu menjaga keselamatan negara kita jika blog sendiri pun tidak boleh jaga? - Sumber

19 August 2012

Selamat Hari Raya daripada Brader Jai dan keluarga


Ni pesanan brader khas untuk anda diluar sana sempena Aidifitri yang bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi.Eh dah masuk dah pun

1) Jangan main mercun

2) Jangan bawak kereta laju-laju

3) Jangan makan terlalu banyak

4) Jangan drive ketika mengantuk

Kalau korang degil macam puak pembangkang,korang buatlah benda-benda di atas.Ok,Selamat hari raya Aidilfitri.Sayang U Oll.Muah!

-Ikhlas daripada Brader Jai dan keluarga-

14 August 2012

Lepas beli belah sempena raya,kantoi dalam bilik hotel


Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penat membeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.

Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.

“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.


Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.

“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.

Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.

“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.

Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.

Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.

“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.

Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

12 August 2012

PAS sembahyang luar masjid depan patung,kat Malaysia dah tak cukup masjid ke?

Solat dihadapan Patung dan Bendera PAS

Kejadian Solat dihadapan Patung dan menghadap Bendera keagungan PAS ini berlaku di Laluan orang ramai di Percint 15, Putrajaya sebentar tadi.

Persoalan yang aku ingin lemparkan:

1) Adakah mereka ini mahu menunjuk2 bahawa mereka solat?
2) Solat terawikh tersebut dibawah markas PAS Putrajaya..bilangan jemaah yang tak sampai 30 orang rasanya mampu muat di dalam Markas tersebut...
3) Agenda mengutip derma untuk apa kalau solat menunjuk2...
4) Majlis Perbadanan Putrajaya senyap je ke?bila peniaga menjaja dan salah paking mereka saman..ni pacak khemah apa cerita?


Full time kerja kelentong rakyat


Ketika Penasihat Ekonomi Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mahu memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma, Universiti Selangor (Unisel) sebuah universiti di bawah kerajaan kerajaan negeri terpaksa bergelut dengan bebanan hutang. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan Bernama mengakui mengakui permasalahan itu di mana Unisel tidak mampu membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama untuk penginapan para pelajar yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB). Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian,namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.


Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta. Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem pentadbiran asrama.Mstar melaporkan kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Unisel dan menyelesaikan hutang itu dalam tempoh terdekat.


“Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat,” katanya


Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar seperti dilaporkan bernama mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya,Kuala Selangor.


“Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama,yang jadi mangsa ialah pelajar.Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar,” katanya.

11 August 2012

Lim Guan Eng boleh jawab ni?

Penulis menerima satu emel daripada salah seorang penduduk Kg Genting berkaitan isu pengambilan tanah mereka untuk memberi laluan kepada satu projek yang kononnya dari Kerajaan Persekutuan yang dinamakan sebagai Projek AWLU. Setahu penulis, isu ini telah menyepi sejak dua tahun lalu dan kemudiannya timbul semula apabila mereka menerima dua pucuk surat, satu daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat dan satu lagi daripada Pejabat SUK pada 20 dan 29 Jun 2012 yang lalu. Sebelum penulis ulas lebih lanjut, Projek AWLU atau Asian Women Leadership University ini merupakan satu projek EPP (Entry Point Project) oleh Kerajaan Persekutuan diluluskan sendiri oleh YAB TPM iaitu Tan Sri Hj. Muhyidin bin Hj. Mohd Yasin di Hub Pendidikan Pulau Pinang. Di sini, kerajaan negeri telah diberikan amanat oleh kerajaan Persekutuan untuk mencari kawasan atau tanah yang sesuai untuk merealisasikan projek tersebut. Pihak AWLU juga telah menyatakan hasrat mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tidak melibatkan sebarang pengambilan tanah yang mempunyai penduduk.



Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Negeri telah mewartakan pengambilan beberapa lot tanah kampung Genting pada awal bulan Ogos 2010 dan sekitar awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Jika pihak AWLU sendiri berhasrat untuk memiliki tanah milik kerajaan negeri, kenapa Kerajaan Negeri masih pilih tanah penduduk? Untuk pengetahuan pembaca, pengambilan tanah Kg Genting ini akan melibatkan 12 pemilik tanah melayu yang berukuran lebih kurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina berkeluasan lebih kurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat.


Surat yang dikatakan oleh penulis tadi merupakan surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun 2012 yang bertajuk PERJUMPAAN TUAN TANAH BERSAMA YAB KM PULAU PINANG BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN AWAM (INSTITUSI PENDIDIKAN) DI MUKIM J DAN 7, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG, sementara surat dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012 yang bertajuk PEMBINAAN UNIVERSITI DI GENTING, BALIK PULAU-AWLU DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Melalui surat tersebut, penduduk diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Menteri pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga yang akan ditawarkan. Satu lagi persoalan timbul tentang budi bahasa Ketua Menteri Pulau Pinang ini, tanah orang yang nak diambil, sepatutnya beliaulah yang berjumpa dengan penduduk bukannya penduduk terhegeh-hegeh jumpa beliau. Adakah ini budi bahasa seorang yang diangkat sebagai Khalifah Umar? Mengambil kira amanat kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memilih tanah yang sesuai ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat mengambil kesempatan untuk menawarkan tanah kampung Genting kepada AWLU walaupun pihak AWLU telah menegaskan mereka berkehendakkan tanah kerajaan negeri bukannya tanah penduduk. Bukankah ini dilihat sebagai satu langkah opportunis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan,regim dan kejam apabila mengambil tanah penduduk untuk sebuah projek di bawah Program ETP? Kita semua sedia maklum Kerajaan Negeri bukanlah mereka yang menyokong kerajaan pusat dan perkataan PROJEK BARISAN NASIONAL merupakan perkataan yang digilai oleh pencacai pencacai PR untuk digunakan sebagai modal fitnah.


Surat dari CM kepada AWLU setelah dibantah




Surat bantahan dari AWLU




Surat bantahan dari AWLU

Seterusnya klik sini

8 August 2012

Info : Gambar sebenar Yang Di Pertuan Agong pada duit kertas ditemui!

Brader sering tertanya-tanya dari manakah asal usul gambar Yang Di Pertuan Agong dalam duit kertas yang selalu kita belanjakan setiap hari.I mean dari gambar tersebut diambil dari sudut apa?Bila diambil?Dan macam-macam persoalan lagi lah.Hah!La ni brader dah dapat jawapan dah.Tapi sebelum tu kita tengok dulu duit kertas yang ada.Cheh macam korang tak de duit sendiri nak tengok kan.Bukak dompet tengok sendiri la dey! Haha







Ok.Ini dia individu disebalik duit kertas yang kita selalu guna.Siapa baginda?Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, ialahYang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda lahir pada 24 Ogos 1895 dan meninggal dunia pada 1 April 1960). Telah memerintah Malaysia dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya di atas takhta pada 1 April 1960.Eloklah disamping nk tau fakta,korang juga kena belajar sejarah daripada fakta tersebut.


 Haa.Same tak?

7 August 2012

Breaking News : Setelah didesak rakyat Malaysia,akhirnya Manoharan Malayam memohon maaf!


Selepas mencetuskan kontroversi mengenai status twitternya yang menghina pemain badminton No 1 Negara Datul Lee Chong Wei,hari ini ADUN Kota Alam Shah tampil dengan kenyataan maaf.Kenyataan itu dikeluarkan beberapa minit yang lalu di twitter.

"I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato' Lee Chong Wei and his family" katanya.

Desakan itu turut dibuat oleh satu page di facebook yang menuntut supaya Mahoharan meminta maaf kepada Datuk Lee Chong Wei

Brader : Akhirnya mohon maaf jugak kau.Tak de siapa yang nak sebelah kau beb dalam kes ni.Mohon maaf tetapi hati rakyat Malaysia akan berbekas.Brader tak rasa kau akan dipilih menjadi calon dalam PRU akan datang.Gua masih teringat lu panggil Lee Chog Wei apa?LEE CHONG AWAY!

6 August 2012

@niknazmi tak ikhlas tibai Manoharan @mmanoADUN.Mana suara pemimpin PR dalam hal ni? cc @anwaribrahim @cmlimguaneng @limkitsiang @Tantawi100 @NajibRazak @tunfaisal

Isu penghinaan terhadap pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah Manoharan Malayalam makin hot beb.Sehingga sekarang Manoharan masih lagi tak membuat sebarang penjelasan mengenai status twitternya.Makin diam makin rakyat Malaysia panas hati.

Terbaru, ADUN Sri Setia Nik Nazmi daripada PKR mengeluarkan kenyataan seperti gambar di atas.Kenyataan tuh memang memerli Manoharan.Tapi persoalannya,pehal tak tibai direct mamat Manoharan tuh?Kamonlah.Sekarang ni rakyat Malaysia bersama dengan Lee Chong Wei.Nak takut ape?Tibai direct je lah.Memang playsafe tol lah bila melibatkan kesalahan DAP.

Masalahnya sekarang mana pemimpin AGUNG daripada Pakatan Rakyat?Mana Anwar?Mana Nik Aziz?Mana suara anak muda Tantawi?Mana boss besar Lim Guan Eng?Mana mentor Lim Kit Siang?Semua senyap bila tang DAP buat hal.Beb.Ni melibatkan rakyat Malaysia.Korang cakap korang concern sangat kan pasal rakyat Malaysia?Hah?Buktikanlah!Jangan jadi double standard!

So korang boleh nampak lah apabila isu tu tak menguntungkan PR,semua akan menikus.Walaupun ia melibatkan wira Lee Chong Wei pujaan ramai yang tak de kait mengait pun dengan politik.Orang kritik usaha dia dan hina nama dia Pakatan Rakyat boleh buat bodoh???Nampak sangat tak ikhas memperjuangkan rakyat!

Puih!Never trust Pengecut Rakyat

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tak sampai 12 jam dibuat,page Kami Tuntut Manoharan Malayalam Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei cetus fenomena! @mmanoADUN

Semalam kecoh pasal isu ADUN DAP yang menghina wira negara,Lee Chong Wei melalui twitternya.ADUN DAP itu dikenali sebagai Manoharan Malayalam ADUN Kota Alam Shah N48.Apa yang menariknya selepas beberapa jam page ini dikesan,sehingga jam 8.24 ini terdapat lebih kurang 1031 like.



Mimpi admin page menjadi kenyataan

Namun apa yang menariknya,twitter Si Manoharam ni pun meningkat jugak follower dia.Brader perasan masa awal-awal status tu dikeluarkan,ada 800 ++ je follower.Sekarang ade 1000 lebih dah.Hebat kan cara dia promosi diri.TAPI,kita tengok dulu orang follow dia sebab ape.Brader bagi 10 keping gambar printscreen untuk tatapan umum.Jom cari kalau-kalau ade yang memuji Manoharan neh












Peh.Semua orang follow sebab nak kutuk beb.Sian ko.Tu la mulut longkang sangat.Owner Blog Serius pun kutuk ko!Blogger No 1 PR pun kutuk ko.Abeslaaaa.Nak tau citer lagi pasal dia neh?Klik sini

Semua orang meraikan Chong Wei.Tak kira lah parti mana.Pemimpin PR pun ade wish.BN pun ade.So tak jadi masalah meraikan tanpa ada agenda politik kan?

P/S : Padan muka lue!Boleh tak stop kejap politik bila sukan?

Pakatan Rakyat bodoh,politikkan kekalahan Lee Chong Wei @mmanoADUN


Ape kes ni?Rakyat Malaysia elok elok sokong Lee Chong Wei dan tak de cerita pun pasal politik tetiba kau nak masuk politik ape hal?Beb bukan semua benda boleh kau nk relate kan dengan politik.

Kau orang ade bakal menteri yang bagus untuk sukan kalau berjaya memerintah Putrajaya?Go to hell lah bro.They don't give a damn about your tweet!Pakatan ka BN ka kita bersatu kalau bila bab sukan.So kau nak musnahkan ni semua.Go to hell again bro!

Tapi kita tahu bila tang Pakatan Rakyat semua boleh.Abeslah kalau berjaya memerintah Malaysia,semua benda dipolitikkan.Sial.Puih!Nak tau sape mamat bangsat ni?Klik sini

Brader : Teringat insiden penyokong Malaysia bawak bendera PKR masa bola sepak Malaysia lawan Indonesia di SNBB dulu.Puih!

5 August 2012

I'm Sorry - Datuk Lee Chong Wei @Lee_C_Wei


Komfem rakyat Malaysia semakin menyayangi Datuk Lee Ching Wei.Terharu brader tengok tweet ni.Anda dah buat yang terbaik ok?

We Are All Lee Chong Wei.Sekian

[FOTO] : Lee Chong Wei trending di twitter mengatasi Lin Dan!



Apa yang brader nampak ialah sokongan padu rakyat Malaysia  yang menjadikannya trending di twitter.Tahniah atas semangat yang tinggi kepada Lee Chong Wei dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong beliau.Lee Chong Wei and Malaysians make it gold!

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 August 2012

Risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu - ustazah PAS Abby Abadi

Hot!Abby Abadi jawab isu kontroversi Norman pegang bahu!

SHAH ALAM – Selebriti Abby Abadi meneruskan entri menerusi twitter berkenaan ‘peristiwa berbaik semula’ dengan bekas suaminya sambil berkata, dia sedia meneruskan pengorbanan demi kebahagian rumah tangga Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang mendirikan rumah tangga tahun lalu.Dalam salah satu mesej hari ini,

Abby menulis: “Tentang komen ex-husband (Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan saya), biarlah, asal mereka bahagia. Saya (sanggup) korban terus pun, tidak mengapa. Siapalah saya.”Abby yang berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter sejak kebelakangan ini, hari ini menghantar siri mesej menerusi akaun twitter membicarakan mengenai hubungannya dengan Norman, yang dikatakan telah pulih susulan satu pertemuan di Shah Alam minggu lalu dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di rumah Abby kelmarin.

Kenyataan hari ini dibuat ekoran penjelasan Norman semalam, yang mengatakan bahawa langkah berbaik semula antara Abby dan Memey adalah satu pengorbanan besar yang telah dilakukan Memey sebagai seorang isteri.Norman juga berkata, “Memey pula sangat fleksibel dengan saya.”“Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri,” kata Norman.

Sebelum ini, heboh mengenai hubungan kurang baik ketiga-tiga selebriti itu, tetapi dengan tersebarnya gambar terbaru mereka berbuka puasa bersama kelmarin memadam segala cerita yang kurang baik itu.Gambar yang dimuat naik Abby di Twitternya menunjukkan dia dan Memey bergambar mesra selepas bersama-sama bersolat tarawih dengan berimamkan Norman di rumah Abby kelmarin.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam, Norman turut menjelaskan langkah berbaik semula memang tidak disangka-sangka dan menyifatkan ini semua adalah berkat Ramadan dan juga doa yang tidak putus-putus untuk mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.Malah, mereka bertiga turut sudah merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama tahun depan setelah Memey selamat bersalin. Memey dijangka bersalin Februari depan.Norman dan Abby sah bercerai pada 2008 selepas bercerai kali pertama pada 5 Mei 2006. Sementara perkahwinan kedua Norman bersama Memey berlangsung pada 24 September 2011.

Dalam pada itu, Abby juga menjawab beberapa pengikutnya yang mempertikaikan tindakan Norman memegang bahunya ketika pertemuan mereka kelmarin.“(Bekas) suami pegang bahu? Itu berlaku spontan. Mak dan anak-anak saya semua ada di depan itu. Abang saya yang ambilkan gambar. (tanya tuan punya badan nanti ye kenapa),” katanya lagi.Menerusi mesej seterusnya, Abby menulis, “risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, OK saya minta maaf salah saya.” - SINAR HARIAN

Brader : Awak memang tak risau,tapi majikan awak (PAS) risau.kikiki

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 August 2012

Haprakah bakal disaman?


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menghantar notis saman kepada Harakah cetak dan Harakahdaily ekoran tersiarnya laporan berita berkaitan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal rasuah ketika beliau berkhidmat di Bank Negara.

Notis saman itu menuntut ganti rugi RM10 juta dari Harakah dan Harakahdaily sekiranya gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah beliau.

Akhbar lidah rasmi PAS itu diberi tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian bermula 30 Julai.

Awang Adek menghantar notis saman itu melalui Tetuan Che Mokhtar & Ling kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong.

Enam laporan berita merangkumi tiga berita dalam Harakah cetak yang bertajuk “Awang Adek jerat diri”, “Seret Dr Awang Adek ke SPRM”, dan “3 minggu untuk jawab skandal BNM”.

Manakala tiga laporan di Harakahdaily iaitu “Awang Adek, apa hubungan anda dengan Hong Cheong?”, “Awang Adek-Hon Cheong: Banyak li akan didedah” dan “Awang Adek told to come clean over ties with businessman?”. -Detik Perubahan

P/S : Ni baru gentle,Tak betul je saman.Anwar bila mau saman Eskay?Ha Ha Ha!

[Video] : Kita rasmi okey? Dato' @razaliibrahim? cc @NajibRazak @tunfaisal



Venue : Killiney Kopitiam,Cyberjaya

Program : Perasmian Killiney Kopitiam

Dirasmikan oleh : Dato' Razali Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan

Video bertaraf dunia yang dihasilkan oleh seorang budak!


Video neh memang ohsem bro.Tak sangka budak macam ni boleh hasilkan video yang brader rasa world class!


Kalau korang nak tengok video yang memaparkan video Beyonce yang dicompare dengan video budak ni.Klik sini.Video bawah skali.Series sebijik bhai!

P/S : Kalau budak ni dapat kat Pakatan Rakyat abes lah makin kuat spin diorang!

2 August 2012

Hot!Akibat krisis air di Kelantan,jenazah warga emas lewat dikebumikan!

\
TUMPAT – Angkara krisis air yang semakin kritikal di Kampung Bendang Pak Yong Atas Kok, pengkebumian jenazah seorang warga emas tertangguh apabila mayatnya tidak dapat dimandikan berikutan air bersih yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terputus.

Disebabkan masalah itu, jenazah Che Yah Chik,93,yang meninggal akibat sakit tua di Hospital Tumpat pada jam enam pagi tadi terpaksa terpaksa ditangguhkan pengkebumiannya kira – kira empat jam.

Bagaimana pun, masalah jenazah tidak dapat dimandikan selesai apabila keluarganya menghubungi AKSB meminta dibekalkan air dengan lori tangki.

Cucunya, Mahadi Mokhtar,47 berkata, dia amat kesal dengan kelewatan pengkebumian jenazah neneknya yang sepatutnya boleh disempurnakan sebelum waktu Zohor lagi.

“Jam 11.30 pagi baru AKSB hantar air, disebabkan itu proses untuk memandikan jenazah lewat. Sekiranya air ada, mungkin kelewatan ini tidak akan berlaku.

“Nenek bukannya ada saudara jauh yang perlu ditunggu untuk melihat jenazahnya kerana saya seorang saja cucu tunggalnya yang menjaga dan tinggal bersamanya selama ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.

Menurutnya, masalah air terputus di sinI semakin kritikal bukan sahaja jenazah tidak dapat dimandikan tetapi rutin harian juga terjejas.

“Bulan puasa ini langsung air tak ada, nak memasak nasi waktu sahur pun susah,” katanya.

Mahadi berkata, walau pun pengkebumian jenazah neneknya menimbulkan kekecohan, tetapi dia bersyukur arwah neneknya dapat dikebumikan kira – kira jam 3.30 petang tadi di tanah perkuburan islam Baru Bendang Pak Yong - sumber

P/S : Pok Nik boleh jawab di akhirat okey?

Dear @KhairyKJ : Jawab soalan ni


Apa yang sedara Khairy Jamaluddin  faham mengenai baris lirik 'membalas budi'?

Explain dalam konteks yang lebih luas.Tq.Brader dah bagi penjelasan disini

P/s : Brader tunggu jawapan yang kritis


VIdeo LOL sempena puasa.Kah Kah Kah!




Terbaiklah alih suara.Ha Ha Ha!

Pakatan Rakyat tak kesah pun pasal budak ni



KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- "Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini." 

Demikian luah Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjamannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) selepas didapati menyertai perhimpunan Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lepas. 

Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu yang menerima nasib itu, dan hari ini beliau menemui Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula. 

"Saya sebelum ini telah diluluskan pinjaman oleh YT sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu saya telah belanja sebanyak RM170,000 untuk yuran pengajian dan sara hidup," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang datang bersama bapanya Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan pada Julai tahun lepas, tidak ada pihak lain yang tampil membantunya dalam meneruskan pengajian. BERNAMA


1 August 2012

Akhirnya lagu tema versi Pakatan Rakyat di upload di Youtube.Jom tengok


Akhirnya Pakatan Rakyat mengorak langkah apabila mencipta lagu tema mengikut acuan sendiri.Tahniah!Jom kita tengok


Eh?Bukan pembangkang ea?1Peluru rupanya.Tertipu?Bukan tanggungjawab brader untuk mengubati.Apatah lagi memberi kaunseling kepada anda jam 3 pagi! (baca Badrul Amin).Ape pun tahniah diucapkan kepada 1Peluru kerana menghasilkan video kreatif macam neh.Hidup UMB!

P/S : Sepatutnya tajuk lagu ni Janji Dijuburi lagi sesuai.Ha Ha Ha!

Beb.Pembangkang design logo Merdeka.Cantik.Nah jari tengah untuk PR cc @NajibRazak @DrRaisYatim @tunfaisal


Beb.Pembangkang bulan-bulan puasa ni sangat menduga kesabaran brader lah.Sebelum ni PORKatan Rakyat ada cakap lagu tema Merdeka kali neh ade unsur propaganda BN.

Sebelum brader komen pasal logo baru PORKatan Rakyat tuh,brader nak komen pasal lirik lagu tema Merdeka jap.

Mungkin baris lirik ni yang pembangkang BUTTHURT sangat :

"Janji Sudah ditepati"
"Kini masa balas budi"

Beb,aku tak nampak pun apa yang PROPAGANDA sangat dalam baris lagu tuh.Meh brader bagi pendapat :

Kini masa balas budi - Ada dia suruh undi BN?

Kini masa balas budi - Balas budi cuma satu cara je ke?Undi?

Kini masa balas budi - Dah tak ada cara lain ke nak balas budi

Ok,gua bagi satu analogi mudah la.Kau ade seorang kawan.Dia pernah tolong kau.Kau rasa terhutang budi dengan dia.Kau rasa nak balas budi dia.Boleh jadi :

1) Balas budi dia masa dia susah,kau tolong dia
2) Balas budi dia masa dia tengah senang,kau balas budi dia 

So masa dia tengah susah ka,senang ka once kau ingat budi dia dan terasa nak memberi something sebagai penghargaan kepada kawan kau tuh,itu dah dikira membalas budi.So kat sini,konteks membalas budi tuh tak terhad kepada MEMBERI UNDI KEPADA BN sahaja.Tolong jangan jumud pemikiran

Tak puas hati lagi?Ok brader bagi contoh lagi.Katakanlah,KERAJAAN ni baik sangat.Dah bagi bantuan macam-macam.Dan dalam lirik lagu tuh dia suruh kita balas budi kan?Ok,aku bagi contoh bantuan yang kerajaan dah berikan

BB1M - Baucer Buku 1Malaysia

Kerajaan dah bagi Baucer Buku kepada pelajar IPT di Malaysia.So menurut baris lirik lagu tuh,kerajaan suruh balas budi kan?So semestinya ke korang kena undi BN?Kalau aku tak nak undi ape BN boleh buat?Abes kalau yang tak cukup umur nak mengundi tuh macam mane pulak?Ooo,kalau kerajaan bagi aku baucer pastu aku belajar pandai-pandai,dapatkan gred cemerlang,pastu kerja baik-baik,menyumbang kepada pembangunan negara.Kira macam tu aku tak membalas budi kerajaan lah?Sebab tu aku cakap jangan JUMUDKAN maksud BALAS BUDI tu terhad kepada bagi undi kat BN je.

TR1M - Teksi Rakyat 1Malaysia

Kerajaan bagi RM 520 kepada setiap pemandu teksi untuk ganti 4 tayar kan?So menurut baris lirik lagu tuh,kerajaan suruh balas budi kan?So,semestinya ke korang ke undi BN?Kalau aku tak nak undi ape BN boleh buat?Abes kalau kerajaan bagi aku tayar free,nanti bila ade pelancong asing naik teksi aku,aku cerita benda yang baik pasal Malaysia.Pasal keamanan yang Malaysia pernah kecapi.Pasal perpaduan kaum.Keunikan budaya.Makanan yang enak kat sini.Kira macam tu aku tak membalas budi kerajaan lah?Sebab tu aku cakap jangan JUMUDKAN maksud BALAS BUDI tu terhad kepada bagi undi kat BN je.

Tapi yang aku peliknya,nak hentam pasal logo pun hentam lah.Memang aku akui logo tuh tak cantik.Buruk.Pembangkang memang lah komfem hentam.Semua benda pun dia hentam.Penyokong kerajaan pun hentam.Blogger pro kerajaan pun hentam.So aku berpendapat memang tak kena dengan cita rasa semua.

Haha!Bab logo tu kira dah setel.Sebab dah ada penyelesaiannya pun.Tapi logo tak leh nak pembangkang nak spin sangat sebab benda tu memang jelas.Tak abstrak.

Tapi bab lirik lagu  yang ni pembangkang boleh spin macam-macam.Sebab lirik berkaitan dengan ayat/perkataan.Tak semua orang boleh faham dan memahami satu ayat/perkataan dengan fikiran/maksud yang sama sebab pemikiran orang berbeza-beza.Cuma aku mintak penyokong kerajaan kalau nak komen biar menulis seadil-adilnya.Jangan ikut sangat emosi jantan kau tuh.Bila kita ikut emosi sangat,puak pembangkang ni yang kita sememangnya kenal sebagai puak yang suka mengambil kesempatan,akan ambik kesempatan seadanya.Memang celaka diorang neh.Contoh dah ade.Ha Ha Ha!

Okeh,masuk bab logo bongok yang dibuat oleh pembangkang 

Tang tu,brader malas nk komen panjang.Brader cuma nak maki panjang je.Kalau logo pun dah cam haram politik,apetah lagi lagu.Ape pun korang boleh penjelasan logo yang dibuat oleh PORKatan Rakyat kat sini

P/S  : Penat beb membebel pasal lirik.Buat PORKatan Rakyat,dah la mengaku dia yang sebabkan kerajaan tukar logo.Padahal mahasiswa ASPIRASI punya suara.Ha Ha Ha!


RANDOM