Disebabkan masalah itu, jenazah Che Yah Chik,93,yang meninggal akibat sakit tua di Hospital Tumpat pada jam enam pagi tadi terpaksa terpaksa ditangguhkan pengkebumiannya kira – kira empat jam.
Bagaimana pun, masalah jenazah tidak dapat dimandikan selesai apabila keluarganya menghubungi AKSB meminta dibekalkan air dengan lori tangki.
Cucunya, Mahadi Mokhtar,47 berkata, dia amat kesal dengan kelewatan pengkebumian jenazah neneknya yang sepatutnya boleh disempurnakan sebelum waktu Zohor lagi.
“Jam 11.30 pagi baru AKSB hantar air, disebabkan itu proses untuk memandikan jenazah lewat. Sekiranya air ada, mungkin kelewatan ini tidak akan berlaku.
“Nenek bukannya ada saudara jauh yang perlu ditunggu untuk melihat jenazahnya kerana saya seorang saja cucu tunggalnya yang menjaga dan tinggal bersamanya selama ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.
Menurutnya, masalah air terputus di sinI semakin kritikal bukan sahaja jenazah tidak dapat dimandikan tetapi rutin harian juga terjejas.
“Bulan puasa ini langsung air tak ada, nak memasak nasi waktu sahur pun susah,” katanya.
Mahadi berkata, walau pun pengkebumian jenazah neneknya menimbulkan kekecohan, tetapi dia bersyukur arwah neneknya dapat dikebumikan kira – kira jam 3.30 petang tadi di tanah perkuburan islam Baru Bendang Pak Yong - sumber
P/S : Pok Nik boleh jawab di akhirat okey?
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com