.

Live TV Warta Rakyat

3 August 2012

Haprakah bakal disaman?


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek hari ini menghantar notis saman kepada Harakah cetak dan Harakahdaily ekoran tersiarnya laporan berita berkaitan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal rasuah ketika beliau berkhidmat di Bank Negara.

Notis saman itu menuntut ganti rugi RM10 juta dari Harakah dan Harakahdaily sekiranya gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa memfitnah beliau.

Akhbar lidah rasmi PAS itu diberi tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian bermula 30 Julai.

Awang Adek menghantar notis saman itu melalui Tetuan Che Mokhtar & Ling kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong.

Enam laporan berita merangkumi tiga berita dalam Harakah cetak yang bertajuk “Awang Adek jerat diri”, “Seret Dr Awang Adek ke SPRM”, dan “3 minggu untuk jawab skandal BNM”.

Manakala tiga laporan di Harakahdaily iaitu “Awang Adek, apa hubungan anda dengan Hong Cheong?”, “Awang Adek-Hon Cheong: Banyak li akan didedah” dan “Awang Adek told to come clean over ties with businessman?”. -Detik Perubahan

P/S : Ni baru gentle,Tak betul je saman.Anwar bila mau saman Eskay?Ha Ha Ha!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM