.

Live TV Warta Rakyat

12 August 2012

Full time kerja kelentong rakyat


Ketika Penasihat Ekonomi Selangor,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkempen mahu memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma, Universiti Selangor (Unisel) sebuah universiti di bawah kerajaan kerajaan negeri terpaksa bergelut dengan bebanan hutang. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan Bernama mengakui mengakui permasalahan itu di mana Unisel tidak mampu membayar tunggakan kos penyelenggaraan dan operasi asrama untuk penginapan para pelajar yang diuruskan oleh syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB). Beliau berkata walaupun pelajar membayar yuran pengajian,namun masih tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang itu kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.


Abdul Khalid berkata pendapatan universiti itu tidak cukup untuk membiayai kos pembinaan asrama yang berjumlah RM200 juta dan kampus yang berjumlah RM600 juta. Bagaimanapun beliau berkata pendapatan Unisel masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem pentadbiran asrama.Mstar melaporkan kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih hutang Unisel dan menyelesaikan hutang itu dalam tempoh terdekat.


“Unisel tidak mampu untuk membayar syarikat yang menguruskan asrama kerana peruntukan yang diterima pengambilan pelajar sahaja tidak mencukupi.Kerajaan negeri akan mengambil alih menyelesaikan masalah dalam tempoh terdekat,” katanya


Dilaporkan bahawa beribu-ribu pelajar tidak dibenarkan masuk ke asrama di universiti itu bermula Ahad lalu selepas Unisel gagal menjelaskan bayaran pengurusan kepada syarikat yang menguruskan asrama berkenaan.Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar seperti dilaporkan bernama mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya,Kuala Selangor.


“Saya difahamkan Unisel sudah mengutip yuran daripada pelajar, tetapi kenapa tidak bayar kepada kontraktor (JNSB)? Mana pergi duit itu? Apabila tidak bayar selama beberapa bulan, dan jika kontraktor tutup asrama,yang jadi mangsa ialah pelajar.Ini jelas menunjukkan kelemahan kerajaan negeri Selangor, nak urus Unisel pun tidak reti, macam mana nak urus negeri. Menteri Besar Selangor dan Unisel kena jawab perkara ini, kalau benar-benar ikhlas, bayarlah hutang kontraktor dan jangan susahkan pelajar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM