.

Live TV Warta Rakyat

31 July 2012

Blogger Pakatan Rakyat dikecewakan Abby Abadi


Isu Abby Abadi.

Pada mulanya aku rasa simpati juga sebab kontraknya dibatalkan atas sebab dia terlibat dengan PAS. Dan rezeki tue sebenarnya ada di mana2. Antara dapat dengan tidak.

Tak payah cakap seme orang pasti tahu penamatan kontrak tersebut sememangnya ada kaitan dengan politik. Dan bila humaira perjelaskan alasan penamatan kontrak itu sebagai "tidak mencapai matlamat" apa sebab otak kita kena berfikir ia berkaitan dengan tudung, jualan dan etc2?

Tidak mencapai matlamat boleh juga dibaca sebagai mempunyai maksud selain dari apa yang aku sebutkan di atas. Bergantung lah kepada apa yang Abby dan humaira persetujui sebelum neh. Apa yang berlaku antara mereka berdua ialah urusan mereka berdua sebenarnya.

Katakan lah semasa melantik abby jadi duta, abby sepatutnya dilihat neutral, tidak berpihak dan non partisan, tetapi ketika kontrak sedang berjalan, abby telahpun dilihat berpihak. So ini juga boleh dibaca sebagai tidak mencapai matlamat.

So tak perlu nak menghentam humaira melulu. Sebagai pihak yang berniaga sesungguhnya dia mempunyai hak untuk memilih duta sebagaimana yang dia inginkan untuk mewakili product dia. Bukanlah ko dan aku harus tetapkan itu seme..

Isu neh sepatutnya berpihak kepada abby abadi andai dia tenang + sabar dan tidak dedahkan apa2 printscreen peribadi antara dia dan humaira.

Tapi aku kecewa melihat cara abby abadi menanggani kes neh. Bahkan bagi aku ia satu tindakan yang tidak matang. Belajar larh dari wardina.. betapa tenang dan sabarnya dia dengan apa yang berlaku. Setakat neh wardina sememangnya contoh terbaik..

Kalau diperhatikan dari printscreen tersebut.. takde pun humaira menulis kata2 kesat sehingga melayakkan mereka dimaki or dihina bahkan dituduh macam2..

So kenapa nak memaki hamun mereka pula.. terserah lah korang nak boikot ke apa product tudung mereka pasal itu duit korang.. cuma kalau cara korang keterlaluan sangat menanggani kes neh elok2 dari orang suka, orang akan jadi benci. Dari orang rasa sayang terus orang rasa meluat. Tak kira lah sapa pun..

Dan buat kak abby abadi, saya dah sangat2 maklum penderitaan kak abby abadi sejak2 terlibat dalam pas. Nasihat saya dapatkan kawan yang betul untuk memimpin anda ke jalan yang betul. Dan cuba rujuk kekawan sebelum buat apa2 keputusan.. kadang2 niat kita baik, niat kawan2 kita baik tetapi niat yang baik jika tidak disusuli dengan penyampaian yang baik, ia akan tetap jadi tidak baik.

Sama dalam isu printscreen perbualan akak dengan humaira. Niat akak memang baik nak perjelaskan keadaan namun cara penyampaian itu tidak baik sehingga mengundang persepsi serong terhadap akak kerana berlebih2an..

Jangan memandang setiap yang mengkritik itu membenci or mendengki, kadang2 orang yang paling lantang bersuara ialah orang yang paling nak tengok kita berjaya cuma kita jek yang selalu salah anggap orang2 macam neh dengki tak bertempat..

So fikir-fikirkan..

Sumber : Ameno World

Published with Blogger-droid v2.0.6

30 July 2012

Isu Logo Merdeka : Pakatan Rakyat kata kerajaan tunduk pada desakan mereka.Jari tengah untuk PR @NajibRazak @DrRaisYatim @keadilan_daily


Beb.Isu logo sambutan merdeka pada tahun ni,ada jugak yang ambik kesempaatan.Yelah.Kita memang tau logo tu tak cantik dan hodoh dan ramai yang tak suka/mengutuk logo tuh.So ramai lah yang meluahkan rasa tak puas hati kepada Kementerian Penerangan dan Rais Yatim termasuklah rakan-rakan blogger gua macam Double Y,1Peluru dan Harapan Esok serta rakan-rakan facebooker brader.

Pastu kerajaan membuat keputusan untuk menolak logo berkenaan dan mengekalkan logo 1Malaysia macam taun-taun lepas.

Pom!Keadilan Daily keluarkan satu berita "Tunduk desakan Pakatan,kerajaan akur tukar logo Merdeka".Haha!

Pakatan Rakyat sudah amik kesempatan kononnya diorang la pulak jadi jaguh rakyat.Padahal ramai je orang yang sokong kerajaan turut tak bersetuju dengan perkara neh.Eh jap,siapa yang membawa suara rakyat ni ke pengetahuan YAB Perdana Menteri ye?


Ni cerita masa majlis berbuka puasa dan solat terawikh bersama Perdana Menteri di kediaman rasmi beliau di Sri Perdana pada 27hb lepas.Setelah berbincang dengan beberapa orang mahasiswa,wakil mahasiswa iaitu Wan Ahmad Hazman (Pengerusi MPPK) serta Ahmad Wafi Shahedan (mantan pengerusi MPPK) telah membawa isu logo ni DIRECTLY kepada pengetahuan PM.

Dalam majlis tersebut PM menyatakan bahawa dia sendiri belum sempat untuk review pasal logo merdeka neh.So PM memang dah bagi kepercayaan penuh kepada Dr Rais Yatim sebagai menteri untuk menguruskan perkara neh.Soal bagus tak bagus tu nanti brader ulas kemudian.Then beberapa hari lepas tu,keluar berita kerajaan menolak logo berkenaan.So,hasil usaha sape neh?Anwar Ibrahim ke yang duk sebelah PM tuh?Atau Nik Aziz yang bagitau direct kat muka PM?

Apa-apa pun tahniah lah kepada wakil mahasiswa yang membawa suara rakyat Malaysia kepada pengetahuan YAB PM.Tak sia-sia korang duduk sebelah dia okay?Macam ni lah cara #AspirasiMahasiswa menyelesaikan isu.Hado turun kat jalanan?Hado memekik/memaki orang lain?Lainlah macam Pro Mahasewel.Maki orang,kutuk orang,buat hal kat jalan dah jadi makanan ruji bhai.

So PR kata dia yang jadi penyebab kepada kerajaan untuk tukar logo?

P/S : Pakatan Rakyat boleh pegi meninggal.Kaki spin!



Beb.Ni yang Yahudi tipu kita selama neh



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak menguar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

P/S : Ubahlah gaya pemakanan korang mengikut sunnah Nabi.Fakta dah ada.Lainlah korang ni degil macam puak-puak pembangkang


29 July 2012

Beb.Ade cerita menarik ni.Meh tengok!

Gambar hiasan

Satu hari yang bosan, ebee abadi keluar berjalan kaki tergesa-gesa dari rumahnya ke bazaar ramadhan yang terletak di hujung taman perumahannya. Ebee abadi pergi ke bazaar kerana tidak mahu ketinggalan untuk membeli mesin penimbang kualiti puasa yang terlatest keluaran serbanista bumiputera. Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba ebee abadi terpandang ke sisi kanan beliau di mana kelihatan seorang belen (baca: bohsia) sedang bertungkus-lumus memberi minum pada tiga ekor anjing peliharaan jirannya. Hal ini betul-betul memeranjatkan ebee abadi yang serba muslimut itu.


"Hey! kamu buat apa tu." Tegur ebee abadi.


"Waalaikumusalam kak ebee abadi, tak buat apa pun cuma saja nak suruh anjing-anjing ni minum. Semalam saya terbaca satu kisah pasal seorang pelacur yang dapat masuk syurga sebab bagi minum anjing. Tu yang saya dok bagi anjing-anjing ni minum, mana tau kot-kot saya pun boleh masuk syurga he he" Jawab si belen sambil dok sengih-sengih.


"Oo ni kes nak masuk syurga lah ni? Tapi tak boleh dik sebab nampak macam tak ikhlas, memang tak dapat la dik nak masuk syurga." Tegas ebee abadi.


"Eh, akak ni tau mana saya ni ikhlas ke tak?"


"Janganlah tanya dik, akak nak nasihat je tapi kalau adik betul-betul minat nak masuk syurga jugak akak boleh tolong. Ni hah ambil borang ni lepas tu isi. Confirm masuk syurga punya dik, tak cakap banyak la." Balas ebee abadi sambil menyerahkan borang tersebut yang secara tiba-tiba borang itu boleh berada di beg tangannya untuk dibawa ke bazaar. Nothing is impossible.


"Borang apa ni kak?"


"Borang keahlian muslimut hampas."


"Oo okay jugak. Terima kasih akak. Ramai jugak kawan-kawan belen saya dok cerita kalau masuk ahli ni boleh masuk syurga, pahala pun makin bertambah. Makin ramai join bawah kita, makin banyak pahala. Lepas tu saya dengar kata ada macam-macam jenis bonus pahala pula - ada jenis referral bonus, pairing bonus, matching bonus, royalti bonus, bla bla bla.. Eh eh, macam MLM pula he he he."

Baca cerita menarik selanjutnya disini

28 July 2012

Gamba photoshop terbaru Nik Aziz - jangan jadi bodoh


Nampak tak gamba kat atas?Terang dan nyata itu adalah gambar Nik Aziz yang diphotoshop untuk memalukan beliau dan memfitnah beliau untuk mengatakan bahawa Nik Aziz pegang peha perempuan yang bukan muhrim.Mostly ape yang brader nampak daripada jumlah orang yang share gambar ni akan mengatakan komen-komen seperti ini : 

"Siapalah yang sanggup buat ulamak macam ni","Ulamak adalah pewaris para nabi" dan bla bla bla bla.Jadi dalam fikiran orang yang melihat gambar ini BERKEMUNGKINAN akan fikir bahawa :

"Ini mesti kerja musuh politik Nik Aziz yang bencikan dia"

Nik Aziz : PAS

Musuh politik  PAS : UMNO/BN

Mindset : Photoshop ni kerja orang UMNO/BN

Tujuan : Membangkitkan perasaan marah rakyat (penyokong PR,Atas Pagar,bahkan penyokong BN) yang tak suka benda-benda macam neh - simpati kepada Nik Aziz

Jap,betul ke photoshop neh penyokong UMNO/BN yang buat?Jom kita tengok.Brader cerita menggunakan contoh yang mudah.

Contoh :

Katakanlah,seorang penyokong PR yang mahir dalam bab photoshop buat perkara-perkara di bawah

1) Create 1 akaun facebook (Fake account)

2) Masuk dalam group-group yang biasa digunakan untuk berdebat politik e.g Facebooker1Malaysia,Tepak Bersulam,Road to Putrajaya dsb

3) Post kenyataan-kenyataan yang menyokong kerajaan - bagi tujuan memberi persepsi kepada orang ramai bahawa  dia adalah penyokong kerajaan (menyamar)

4) Photoshop gambar Nik Aziz macam kat atas tadi

5) Post gambar yang siap photoshop dalam group-group yang dia dah join tadi

6) Buat caption gambar - contoh "Astaghfirullah,Nik Aziz meraba peha wanita.Inilah dia pemimpin PAS!!!"

Kesan kepada pembaca

1) Mereka akan menuduh musuh politik Nik Aziz memfitnah Nik Aziz dengan gambar-gambar yang tak senonoh

2) Facebooker/Blogger Pakatan Rakyat akan pickup gambar ni (print screen) dan akan menuduh bahawa UMNO/BN memfitnah pemimpin mereka sebagai modal

3) Geng-geng PR (yang telah berpakat dengan orang yang photoshop gambar Nik Aziz) akan keluarkan gambar sebenar dan dicompare dengan gambar yang telah diphotoshop seperti diatas

4) Komfem orang akan share kat facebook dan meluahkan rasa simpati tanpa kaji lebih dalam perkara-perkara macam yang dah brader sebutkan kat atas.Disebabkan ada gambar sebenar dan diletakkan sebelah -gambar yang telah photoshop,maka akan keluarlah komen-komen macam 'cybertroopers UMNO kantoi fitnah'.Padahal sendiri yang buat

5) Sokongan/simpati kepada Nik Aziz akan meningkat

6) Akhirnya persepsi berjaya dibentuk

So korang da boleh nampak kan game dia macam mana?Easily people fooled by propaganda.Tujuannya adalah untuk membentuk persepsi tak kisahlah apa asalkan orang akan menyampah kepada UMNO/BN.

So tanggungjawab brader ialah menjelaskan bagaimana 'game' ini dicipta berdasarkan pemerhatian dan kajian.Kalau anda nak tau,ini dinamakan 'Black Ops'.Black Ops atau Black Operation bertujuan mengelirukan kumpulan sasaran (pengguna media sosial).Ini baru satu.Yang lain yang kita tak tau macam mane?

Tapi kan YANG PELIKNYA,korang perasan tak,setiap kali keluar gambar macam ni mesti akan keluar gambar original yang belum diphotoshop.Pelik,macam mane dia boleh cari sumber gambar tu dalam internet?Keyword apa yang dia guna?Hebat gila.Ups!Lupa lak,sendiri yang buat kan?Mestilah dia dah save gambar tu.Sebab tu dia boleh suruh geng dia keluarkan gambar sebenar.Untuk tibai UMNO

Pembaca sekalian,harap dapat kaji dahulu sebelum membuat tuduhan.Jangan mudah terpengaruh dengan emosi.Dan,dont easily fooled by propaganda!

P/S : Bahaya beb


26 July 2012

Rangka Mona Lisa sebenar ditemui!


FLORENCE – Beberapa ahli arkeologi kelmarin menemui satu rangka manusia di bawah simen biara Sant’Orsola di sini yang dipercayai mungkin model wanita lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh pelukis terkenal, Leonardo da Vinci.

Sebelum ini beberapa rangka tulang manusia juga telah ditemui dalam misi mencari kubur model tersebut yang dipercayai isteri seorang pedagang sutera, Francesco del Giocondo iaitu Lisa Gherardini.

Kerja-kerja untuk mencari rangka Gherardini itu diketuai seorang ahli arkeologi Itali, Silvano Vinceti di biara tersebut pada tahun lalu.
Ia dilakukan selepas dokumen terbaharu yang ditemui mengesahkan Gherardini pernah tinggal di biara tersebut selepas kematian suaminya.

Rangka-rangka manusia itu akan dikaji bagi mengetahui sama ada ia kepunyaan Gherardini.

Selepas identiti rangka manusia itu diketahui, kerja-kerja untuk membentuk semula mukanya akan dilakukan selama dua bulan.
Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa Gherardini merupakan model untuk lukisan Mona Lisa.

Lukisan itu dihasilkan antara tahun 1503 dan 1506. Ketika ini lukisan tersebut dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. – AFP

[VIDEO] : #twtupsahurTF ada soalan mengenai blogger APA? @tunfaisal


Program : Sahur Bersama Pengerusi Unit Media Baru

Avenue : Restoran Selera Ramai Ikan Singgang - Kg.Baru

Date : 26 Julai 2012

Gambar boleh didapati di blog LensaLoka

Ambik ko!Dalang jual ijazah palsu ditahan


Baca seterusnya disini


25 July 2012

Beb,video hot skandal wanita bertudung tersebar di youtube.Apa nak jadi?



Tak sangka video ini boleh tersebar di youtube.Bulan-bulan puasa macam ni ade orang kata memang elok sebarkan video-video macam ni?Apakah?Tengok jom

Heheh!Ape pun tahniah kepada pembuat video yang menggunakan saluran youtube untuk berdakwah.Eloklah sebarkan video ini mengikut kreativiti anda masing-masing di bulan yang mulia neh.

Kejam!Anak tetak ibu dengan parang bila ditegur sebab tak puasa!

(Gambar hiasan)

TELUK INTAN – Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas.” (Harian Metro)

P/S : Tak cium bau syurga beb

Memang sah,Zed Zaidi kemalangan! @rozaidijamil



Heboh mengenai satu keping gambar Zed Zaidi yang dilaporkan kemalangan jalan raya dalam artikel brader sebelum ni (klik sini).Selepas membelek blog list brader,satu blog hiburan telah mengesahkan bahawa memang sah Zed Zaidi kemalangan.Tapi..

Dalam drama lah.Hehe

Artikel daripada blog hiburan Roti Kaya :

"Terkejut juga kami apabila awal tengah malam tadi, terdapat beberapa sumber menyampaikan yang pelakon Zed Zaiditerlibat dalam kemalangan yang agak dahsyat.

Kalau di’lihatkan kepada sekeping gambar yang tersebar luas di Twitter ketika itu, memang keadaan Zed Zaidi sangat parah dan menimbulkan kerisauan di hati peminat.

Ini terbukti apabila hashtag #PrayForZedZaidi menjadi trending topic di Twitter dalam masa kurang sejam sebelum berita sebenar sampai ke pengetahuan umum.

Beberapa pihak yang rapat dengan Zed Zaidi mengesahkan kemalangan yang di’dakwa terjadi itu hanyalah sebahagian daripada babak lakonan untuk sebuah drama.

Jadi, kami rasa tiada apa yang perlu di’risaukan buat masa ini kerana apa yang terjadi kepada Zed Zaidi awal pagi tadi merupakan satu salah faham. Ada sisi yang bagus sebenarnya dan ini tanda peminat masih sayangkan Zed Zaidi. Tidak begitu?"



Beb.Point baru PKR ni boleh buat kerajaan BN musnah sama sekali

Ni cerita baru yang tak berapa nak baru sangat yang menjadi point PALING PENTING untuk Pakatan Rakyat dalam usaha menuju ke Putrajaya.Kali neh memang brader sebak gila tengok point yang SUPERB neh


Amacam?Tergugat tak iman lu orang tengok point giler besar neh.Ni komen yang brader dapat daripada satu page baru "Selamat Tinggal PKR".Klik lah untuk sokong page ni

Kereta api selaju peluru atau Bullet Train yang kelajuannya mencecah 440km/h kat jepun pun takde cermin sisi. Bukankah kat platform dah ada cermin untuk lihat keadaan persekitaran di platform? Pembangkang-pembangkang...

Teringat kata bekas pemimpin DAP di Buletin Utama tadi, pembangkang di Malaysia ini bukan melengkapkan peraturan demokrasi, check and balance tetapi berperanan membangkang segalayang dilakuakn oleh kerajaan seolah-olah tiada langsung kebaikan.

Kita Tengok Bullet Train Negara Lain Ada SideMirro tak? :P

"Sebagai Parti Pembangkang Mereka Juga akan Bantah dan Memburuk-burukkan Perkara Baik Yang Dilakukan Kerajaan, Kerana Perkara tu Akan Merugikan Mereka dan Buat Mereka Hilang Sokongan

Brader : Malas nak komen.Ngantuk beb.Komen kat atas pun da cukup nak troll puak-puak PR.Kita tau yang PR ni memang bangang.Tapi cover sikit boleh?

Ha Ha Ha!

Zed Zaidi eksiden?

Brader belek belek timeline twitter,terjumpa berita neh berserta gamnar.Kalau benar,sama sama kita doakan keselamatan beliau

Published with Blogger-droid v2.0.6

23 July 2012

Hot Story!Video perkahwinan budak umur 16 tahun (lelaki) berkahwin dengan pasangannya berumur 14 tahun di Pahang!

Brader dapat maklumat ni di Blog Serius.Rujuk ( http://blogserius.blogspot.com/2012/07/serius-bila-budak-16-tahun-dan-14-tahun.html).Fuhh!Speechless.Ape pun brader doakan yang terbaik buat pasangan dalam menempuh alam rumahtangga.

P/S : Tercabar brader yang umur lagi tua ni beb!

Published with Blogger-droid v2.0.6

22 July 2012

Will be back on track soon

Pic ni untuk mahasewel yang masih berlambak kat luar sana.Jangan main-main paham?

Published with Blogger-droid v2.0.6

18 July 2012

Seram : Aksi pontianak di Indonesia kini di kaca televisyen!


Peh.Seram baq ang.Psiko betul.kalau korang jadi juri korang nak buat ape kalau ade kes macam ni?
P/S : Brader ingat juri tak lena la tidoq malam.Ha Ha Ha!

Bila cybertroops UMNO jadi mat rempit.... cc @NajibRazak @tunfaisal


Ramai yang menganggap tugas Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hanyalah berperang di alam maya.Berikut adalah penjelasan Pengerusi Unit Media Baru Tun Faisal Ismail Aziz berkenaan peranan UMB dalam UMNO dan masyarakat itu sendiri.




P/S : Gua suka cara UMB bekerja

17 July 2012

Masih ada insan tinggal di dalam kubu British di zaman moden ni


Dimanakah ini?Siapa yang tinggal di dalam ini?Semuanya akan terjawab apabila anda klik link ini

P/S : APTB

Mahasiswa UUM marah kat @NajibRazak ka?@KhaledNordin tak nak tengok?


Betul ka cerita ini?Klik sini

Cerita Mahathir 23 tahun lepas dibongkar semula!


Ini cerita 23 Tahun Lepas (1989-2012), Tentang Kejayaan Anak Tempatan Melakukan Pembedahan Koronari Jantung Pertama Keatas Seorang Perdana Menteri Yang Yakin Dengan Kemampuan Anak Tempatan Untuk Melakukanya. Beliaulah Perdana Menteri Yang Menolak Nasihat Pakar-Pakar Perubatan Supaya Pembedahan Jantungnya Dijalankan Di Luar Negara, Tun Dr M Yakin Bahawa Anak-Anak Malaysia Mampu Memulihkan SakitnyaDengan Izin Allah SWT.

Bukan Macam Sesetengah Pemimpin Yang Baru Sakit Tengkuk Dah Sibuk Nak Dapatkan Rawatan Kat US. Secara Rasminya Institut Jantung Negara (IJN) Ditubuhkan Pada Tahun 1992 Yang Juga Adalah Ilham Dari Beliau.

Kebijaksanaanya Menjadi Sumber Inspirasi Rakyat Malaysia, Engkaulah Negarawan Ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

P/S : Jom share.Sharing is caring

[VIDEO] : Rakaman CCTV warga emas dibiarkan mengerang kesakitan selepas diragut


Video


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tragik yang telah meragut nyawa Tan Kim Chuan, 60 pada awal pagi 10 Julai lalu kini boleh ditonton di Youtube. Video tersebut telah dimuat naik14 Julai lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi serta maklum balas dari para penonton. Anda juga boleh menonton video tersebut dan nilaikan sendiri berkenaan sikap moraliti dan insaniah dalam diri rakyat Malaysia. Beberapa orang sekadar berlalu pergi tanpa ada sedikit pun rasa ingin membantu? Mengapa mereka bersikap demikian? Apa kata anda?- Sumber

Nak sangat bagi orang bukan Islam guna kalimah Allah kan?Nah,tengok ni


Keterangan : Gambar ini diambil di Medan Indonesia...apabila kalimah Allah dibenarkan diguna oleh agama Kristian bayangkan jika tiada simbol salib, umat islam akan mudah terkeliru....sebab ayat tersebut adalah dipetik dari Kitab Injil...Alhamdulillah kerana kerajaan Malaysia sedia ada mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain...

Isu kalimah Allah pernah hangat di negara kita sebelum ini. Ia diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat termasuk PAS walaupun dibantah sebahagian besar golongan Ulama di negara kita.Lihat selanjutnya di Blog Panglima Perang Cyber

P/S : Terima kasih kekanda PPC yang memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya MENJUAL kalimah Allah kepada golongan bukan Islam.Kita tidak boleh kompromi soal ini!


Terharu gua tengok adik ni


Selanjutnya,klik sini


16 July 2012

KJ vs Uncle Seekers : Thumbs up cybertroop PR cc @NajibRazak @KhairyKJ @tunfaisal


Brader bukan nak cakap ape lah.Memang hebat cybertroops pembangkang ni.Bekerja kuat tak kira masa.Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah kalau tak dapat point nak hentam kerajaan.Pelbagai video dah dibuat.Pelbagai gambar dah di'super impose'.Kali ini korang tengok la hasil kerja yang mantop giler daripada puok-puok neh.Video kat bawah  membuktikan kebijaksanaan mereka.

Korang nampak tak kemantapan video neh.Kalau video neh tersebar.Boleh jatuh kerajaan bhai
Ha Ha Ha
Boleh tak korang buat video yang bijak sikit?Merapu.Fakta tak dek langsung.Mentaliti macam sampah.Terdesak ke bro?Ha Ha Ha.Ade lagi.Klik sini
P/S : APTB

Aku terpaksa akui mentaliti penyokong PR lebih baik daripada UMNO - sorry UMNO cc @umnoonline @unitmediabaru

Semakin hari semakin hebat pulak brader tengok mentaliti puak-puak PR ni.Kalau macam ni,memang kalah besar la UMNO pada PRU 13 nanti.Jom kita tengok apa yang hebat sangat tang mentaliti diorang neh.Orang UMNO sila standby!






Fuh!Berpeluh brader tengok komen-komen mantap dan ilmiah daripada puak PR.Kalau profesor-profesor kat Oxford dan Havard tengok memang menangis.Pendek kata memang 1st class lah!

Kah Kah Kah

Memang perangai puak puak Pakatan Haramjadah memang macam ni.Macam ni punya gambar pun boleh jugak korang jadikan bahan.Tak de point lain ke?Memang patut kalau professor kat Oxford dan Havard tengok menangis.Sebab bodoh sangat.Hadoi..Jom tengok kebodohan sarkas-sarkas dekat sini

P/S : Lawak wehh.Ni ke kononnya puak yang bakal perintah negara?Kah Kah Kah


Gambar Norish Karman digelek lori 10 tan


Norish Karman terlibat dengan kemalangan digilis lori 10 tan? betulke?, rasanya tiada lagi dalam berita mengenai kemalangan ini, dan pihak media rasanya tidak ambil peduli langsung. Ada juga sekeping gambar memperlihatkan Norish Karman berlumuruan darah berada di bawah tayar lori 10 tan, dan rasanya hancur badannya.

Anda jangan excited sangat, sebenarnya ini adalah lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam “Maharku Untukmu” di TV3 pada 30 Jun yang lalu yang meraih 2.4juta penonton

Sumber - (http://boboonline.weebly.com/19/post/2012/07/variasi-gambar-norish-karman-digilis-lori.html)

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 July 2012

Subhanallah,hanya kerana saf solat,seorang lelaki Amerika memeluk Islam!

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?Lelaki Amerika itu menjawab” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”Sheikh itu berkata” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”Lelaki itu menjawab” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”Lelaki Amerika itu menjawab” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah” Rapatkan Saf… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAHI bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and MessengerLihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini…

P/S : Kalau saf mampu membuka hati orang Amerika ini untuk menerima Islam,macam mane pulak kalau solat sampai dua imam disebabkan perbezaan politik?Orang bukan Islam respek ka?

Published with Blogger-droid v2.0.6

[Foto] : Gempar!Pelajar tingkatan 5 mati gantung diri di Kulim!


KULIM – Seorang pelajar tingkatan lima ditemui matidalam keadaan tergantung di tapak medan selera yang tidak lagi diusahakan, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.Mayat pelajar berkenaan ditemui penduduk Taman Selasih yang kemudiannya menghubungi polis.

Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir berkata, ketika ditemui mangsa memakai baju T dan seluar seragam sekolah.Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sebelum ini mangsa bersekolah di Lunas bagaimanapun terpaksa berpindah ke Kulim.“Mangsa berusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan lima.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung di mana lehernya terjerut dengan tali nilon.“Ketika pemeriksaan dijalankan terhadap mayat mangsa, polis turut menemui sekeping nota yang ditulis mangsa di atas singki berdekatan dengannya, ” katanya.Menurutnya, dalam nota itu bertulis, ‘tiga nama ini harus berada di hari pengebumian saya’

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.Hasil maklumat waris mangsa, mangsa merupakan seorang pelajar pintar dan disenangi keluarga.Mohd Azlan berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa mati tergantung dan polis tidak menemui sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.-Mynewshub

Published with Blogger-droid v2.0.6

Flat Sri Pulau Pinang : 17 tahun yang tidak terungkai (untold story)

Mengekalkan keharmonian dalam komuniti adalah satu perkara yang agak sukar di zaman millenium ini lantaran masyarakat hari ini lebih bersifat 'individualistik' kerana pelbagai faktor.Namun ia bukanlah satu perkara yang sukar bagi penduduk Flat Sri Pulau Pinang,Cheras.

Maghrib semalam,brader berkesempatan mengikuti satu majlis di Dataran Flat Sri Pulau Pinang,Cheras.Majlis ini adalah untuk mengadakan majlis tahlil serta meraikan anak-anak yatim Darul Bakti,Hulu Langat

Mungkin majlis tahlil dan meraikan anak-anak yatim adalah satu perkara biasa di dalam sebuah masyarakat lebih-lebih lagi apabila memasuki bulan Ramadhan.

Namun apa yang menarik di Flat Sri Pulau Pinang ini ialah majlis seperti ini sudah berlaku selama 17 tahun disini dan merupakan satu perkara 'wajib' bagi penduduk disini setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Abang Mat,majlis meraikan anak yatim,jamuan raya adalah satu program yang diadakan setiap tahun bagi mengekalkan semangat muhibah dan harmoni dalam masyarakat.Beliau juga turut menyatakan bahawa penduduk disini sangat berganding bahu dalam menjayakan setiap aktiviti kemasyarakatan yang diaadakan.

Disini brader bawakan beberapa gambar yang mungkin boleh dijadikan contoh oleh komuniti-komuniti lain dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mempunyai komuniti yang begitu baik dan harmoni dalam usaha kearah masyarakat yang kondusif dan cakna dalam hal ehwal masyarakat setempat


Antara orang penting yang hadir






1)Yang Berkhidmat Tn Syed Naqib bin Datuk Syed Abd Rahman Al-Habshi (Ahli Parlimen Belia -Percubaan)

2) Iman Hatta (Iman Satu Masjid Azzubair Ibnu Awwam)

3) Ustaz Latif b Hj Idris

4) Tn Syed Ibrahim b. Syed Hamid (Pengerusi Badan Kebajikan Islam Blok 12 Seri Pulau Pinang)

5) Puan Noorhidza Binti Ahmad ( Ketua Kaum Ibu Blok 12 Seri Pulau Pinang)

6) Ayahanda Asri Ismail.

7) En Amir Ahmad (Pemangku Ketua UMNO Cawangan Seri Pulau Pinang)

8) MD Khir b.Iwahi

9) Rahim Abas (Ketua Pemuda Blok 12 Seri Pulau Pinang)

Dalam majlis ini juga terdapat dermawan yang tampil memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik..




Bacaan yasin dan tahlil




Perkongsian ilmu oleh Imam Hatta




Penglibatan Ahli Parlimen Belia

Penglibatan Ahli Parlimen Belia (percubaan) ke dalam masyarakat amatlah bertepatan dengan waktunya.Thumbs up kepada Ahli Parlimen Belia Bandar Tun Razak,Saudara Syed Mohammed Naquib din Syed Abdul Rahman Al Habshi yang hadir dan memberikan sumbangan kepada insan yang memerlukan.Setakat ini,ni frst time brader dengar cerita pasal Ahli Parlimen Belia yang turun kepada masyarakat yang diwakilinya sejak penubuhannya beberapa bulan lepas.Kalau ada yang brader terlepas pandang,mintak maaf la ye.Ini menunjukkan perlantikan anda sebagai ahli parlimen belia tidaklah sia-sia kerana penglibatan dalam masyarakat dan mengenali masyarakat adalah satu tugas yang amat dituntut.Kalau tak,apa guna jadi Ahli Parlimen Belia ye tak?

Selidik punya selidik brader dapat tahu yang Syed Naquib ni adalah Ketua Remaja bagi Gerakan Belia 4B bagi kawasan Banar Tun Razak.So memang baguslah kalau jadi ketua remaja sebab of course mesti dia dah ada plan untuk aktiviti belia disini kan?So Ahli Parlimen Belia yang lain,tunggu apa lagi?



Surat : PAS kerahkan ahli untuk ke perhimpunan buah oren

(Klik untuk besarkan)

P/S : Kah Kah Kah!

14 July 2012

Mohon share!Gadis manis ini hilang!

Brader jumpa kt fb.So brader share.Harap harap membantu.Jom share ramai-ramai!

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 July 2012

Panas!Cuti-cuti pun budak UM buat hal?

Universiti Malaya,12 Julai 2012 - Mahasiswa universiti perdana di negara ini sering dilanda pelbagai kontroversi kerana penglibatan segelintir pelajarnya dalam kegiatan yang memalukan nama baik universiti.

Namun terdapat sebilangan yang lain berusaha mengharumkan nama Universiti Malaya di segenap pelusuk tanah air.Terbaru,sekumpulan mahasiswa seramai 40 orang telah menabur bakti di Felda Jengka 17 Pahang untuk melakukan aktiviti Bakti Siswa.Penyertaan peserta ialah daripada Pembantu Mahasiswa Sentral yang akan menjadi fasilitator kepada mahasiswa/i baru yang bakal mendaftar pada sesi 2012/2013.

Program ini dinamakan Mahasiswa Universiti Malaya bersama komuniti adalah satu program di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.Tiga bulan sebagai persediaan menyiapkan diri bagi melakukan gerak kerja untuk menyambut mahasiswa/i baru,pelbagai aktiviti telah direncana bagi memberi manfaat kepada masyarakat.

Felda Jengka 17


Perjalanan daripada terminal bas Universiti Malaya ke Felda Jengka 17 ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.Mereka bergerak sekitar jam 8.00 pagi dan sampai sekitar jam 10 pagi.Sesampainya di sana,mereka disambut oleh masyarakat Jengka 17 yang menunggu sejak jam 8 pagi lagi kerana tidak sabar menerima kehadiran mahasiswa yang ingin berbakti kepada masyarakat

Bersarapan sambil beramah mesra bersama penduduk yang dikenali sebagai 'kak long'

Penghulu Felda Jengka 17,Hj Yusuf b Arshad

Selesai bersarapan,mereka kemudiannya dibahagi kepada 3 kumpulan yang akan membuat gotong royong di 3 lokasi yang berbeza

1) Surau blok A
2) Surau blok C
3) Balai raya

Surau blok C

Membersihkan dan mengecat surau

Tudia,tuan haji kita.hehe

Surau blok A


orang kampung Felda Jengka 17 turut bersama-sama mereka

Balai raya

Mahasiswa kaum Cina turut bersama

Mahasiswa India turut menabur bakti

Turut membantu penduduk memasak makanan tengah hari

Selepas penat melakukan sesi gotong royong,mereka makan tengah hari berlaukkan juadah yang terkenal di Pahang iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak!Paling kurang,mereka menambah sepinggan lagi.Sedap sangat bak ang!Selepas makan tengah hari,ada sedikit simbolik perasmian yang dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Rohana Yusof.

Saudara Marwan Kahar turut bersama-sama menyempurnakan simbolik perasmian

Aktiviti di sambung kembali sekitar jam 4 petang untuk aktiviti sukan bersama penduduk kampung.Sebelum itu,peserta-peserta ini dibawa ke rumah masyarakat kampung yang menyertai program ini untuk berehat,solat dan mandi.Tidak kira bangsa atau agama,mahasiswa/i ini dibawa ke rumah masing-masing dan inilah yang dinamakan mengambil inspirasi semangat 1Malaysia

Sukan bersama penduduk kampung

Futsal kain pelikat (lelaki)

Bola jaring (wanita)

Bergambar selepas sukan

Selepas habis bersukan,ada penduduk yang bermurah hati memberi makan durian kampung Pahang.Yang pastinya,ramai 'penggila durian' amat gembira dengam sumbangan ini dan para peserta makan durian bersama penduduk kampung.Suasana harmoni seperti sebuah keluarga yang besar!

Ceria!

Perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi tembok pemisah antara masyarakat Malaysia - foto sewaktu hendak pulang


Semangat dan iktibar mahasiswa seperti ini harus dijadikan contoh dan tauladan kepada mahasiswa/i lain.Merekalah yang sebenarnya menjadi Aspirasi kepada Mahasiswa.Jarang atau tidak pernah kita dengar mahasiswa yang menamakan diri mereka sebagai Aspirasi atau seangkatan dengannya melakukan hal-hal yang memberi imej buruk kepada universiti.Mereka faham akan tanggungjawab mereka sebagai seorang mahasiswa iaitu dengan mendekati masyarakat dan menyumbang sesuatu yang baik untuk masyarakat.Berbanding dengan sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka Pro-M,SMM dan seangkatan dengannya,mereka sering kali menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan pelbagai masalah dan huru-hara

Berbanding dengan kumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Soladiriti Mahasiswa Malaysia dan Pro Mahasiswa,kumpulan yang satu lagi ini sanggup berkorban masa cuti semata-mata ingin berbakti kepada mahasiswa yang bakal menjejakkan kaki ke universiti.Cuba anda bayangkan sedang mahasiswa/i lain enak di rumah menghabiskan masa bersama keluarga,ada yang sanggup berkorban  masa yang berharga itu berbakti kepada masyarakat dan mahasiswa sendiri.Mereka cakap,mereka buat.Bukan sekadar retorik politik sesetengah golongan mahasiswa yang cuma pandai bercakap,tetapi untuk melaksanakan,kosong.Bayangkan mahasiswa/i diatas rela mengorbankan cuti selama 3 bulan,adakah anda sebagai mahasiswa/i sanggup?

Antara aksi oleh segelintir mahasiswa yang memalukan universiti




Video

RANDOM