Namun terdapat sebilangan yang lain berusaha mengharumkan nama Universiti Malaya di segenap pelusuk tanah air.Terbaru,sekumpulan mahasiswa seramai 40 orang telah menabur bakti di Felda Jengka 17 Pahang untuk melakukan aktiviti Bakti Siswa.Penyertaan peserta ialah daripada Pembantu Mahasiswa Sentral yang akan menjadi fasilitator kepada mahasiswa/i baru yang bakal mendaftar pada sesi 2012/2013.
Program ini dinamakan Mahasiswa Universiti Malaya bersama komuniti adalah satu program di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.Tiga bulan sebagai persediaan menyiapkan diri bagi melakukan gerak kerja untuk menyambut mahasiswa/i baru,pelbagai aktiviti telah direncana bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
Felda Jengka 17
Perjalanan daripada terminal bas Universiti Malaya ke Felda Jengka 17 ini mengambil masa lebih kurang 2 jam.Mereka bergerak sekitar jam 8.00 pagi dan sampai sekitar jam 10 pagi.Sesampainya di sana,mereka disambut oleh masyarakat Jengka 17 yang menunggu sejak jam 8 pagi lagi kerana tidak sabar menerima kehadiran mahasiswa yang ingin berbakti kepada masyarakat
Bersarapan sambil beramah mesra bersama penduduk yang dikenali sebagai 'kak long'
Penghulu Felda Jengka 17,Hj Yusuf b Arshad
Selesai bersarapan,mereka kemudiannya dibahagi kepada 3 kumpulan yang akan membuat gotong royong di 3 lokasi yang berbeza
1) Surau blok A
2) Surau blok C
3) Balai raya
Surau blok C
Membersihkan dan mengecat surau
Tudia,tuan haji kita.hehe
Surau blok A
orang kampung Felda Jengka 17 turut bersama-sama mereka
Balai raya
Mahasiswa kaum Cina turut bersama
Mahasiswa India turut menabur bakti
Turut membantu penduduk memasak makanan tengah hari
Selepas penat melakukan sesi gotong royong,mereka makan tengah hari berlaukkan juadah yang terkenal di Pahang iaitu Ikan Patin Masak Tempoyak!Paling kurang,mereka menambah sepinggan lagi.Sedap sangat bak ang!Selepas makan tengah hari,ada sedikit simbolik perasmian yang dirasmikan oleh Prof Datuk Dr Rohana Yusof.
Saudara Marwan Kahar turut bersama-sama menyempurnakan simbolik perasmian
Aktiviti di sambung kembali sekitar jam 4 petang untuk aktiviti sukan bersama penduduk kampung.Sebelum itu,peserta-peserta ini dibawa ke rumah masyarakat kampung yang menyertai program ini untuk berehat,solat dan mandi.Tidak kira bangsa atau agama,mahasiswa/i ini dibawa ke rumah masing-masing dan inilah yang dinamakan mengambil inspirasi semangat 1Malaysia
Sukan bersama penduduk kampung
Futsal kain pelikat (lelaki)
Bola jaring (wanita)
Bergambar selepas sukan
Selepas habis bersukan,ada penduduk yang bermurah hati memberi makan durian kampung Pahang.Yang pastinya,ramai 'penggila durian' amat gembira dengam sumbangan ini dan para peserta makan durian bersama penduduk kampung.Suasana harmoni seperti sebuah keluarga yang besar!
Ceria!
Perbezaan agama dan bangsa tidak menjadi tembok pemisah antara masyarakat Malaysia - foto sewaktu hendak pulang
Semangat dan iktibar mahasiswa seperti ini harus dijadikan contoh dan tauladan kepada mahasiswa/i lain.Merekalah yang sebenarnya menjadi Aspirasi kepada Mahasiswa.Jarang atau tidak pernah kita dengar mahasiswa yang menamakan diri mereka sebagai Aspirasi atau seangkatan dengannya melakukan hal-hal yang memberi imej buruk kepada universiti.Mereka faham akan tanggungjawab mereka sebagai seorang mahasiswa iaitu dengan mendekati masyarakat dan menyumbang sesuatu yang baik untuk masyarakat.Berbanding dengan sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka Pro-M,SMM dan seangkatan dengannya,mereka sering kali menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan pelbagai masalah dan huru-hara
Berbanding dengan kumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Soladiriti Mahasiswa Malaysia dan Pro Mahasiswa,kumpulan yang satu lagi ini sanggup berkorban masa cuti semata-mata ingin berbakti kepada mahasiswa yang bakal menjejakkan kaki ke universiti.Cuba anda bayangkan sedang mahasiswa/i lain enak di rumah menghabiskan masa bersama keluarga,ada yang sanggup berkorban masa yang berharga itu berbakti kepada masyarakat dan mahasiswa sendiri.Mereka cakap,mereka buat.Bukan sekadar retorik politik sesetengah golongan mahasiswa yang cuma pandai bercakap,tetapi untuk melaksanakan,kosong.Bayangkan mahasiswa/i diatas rela mengorbankan cuti selama 3 bulan,adakah anda sebagai mahasiswa/i sanggup?
Antara aksi oleh segelintir mahasiswa yang memalukan universiti
Video
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com