.

Live TV Warta Rakyat

31 July 2012

Blogger Pakatan Rakyat dikecewakan Abby Abadi


Isu Abby Abadi.

Pada mulanya aku rasa simpati juga sebab kontraknya dibatalkan atas sebab dia terlibat dengan PAS. Dan rezeki tue sebenarnya ada di mana2. Antara dapat dengan tidak.

Tak payah cakap seme orang pasti tahu penamatan kontrak tersebut sememangnya ada kaitan dengan politik. Dan bila humaira perjelaskan alasan penamatan kontrak itu sebagai "tidak mencapai matlamat" apa sebab otak kita kena berfikir ia berkaitan dengan tudung, jualan dan etc2?

Tidak mencapai matlamat boleh juga dibaca sebagai mempunyai maksud selain dari apa yang aku sebutkan di atas. Bergantung lah kepada apa yang Abby dan humaira persetujui sebelum neh. Apa yang berlaku antara mereka berdua ialah urusan mereka berdua sebenarnya.

Katakan lah semasa melantik abby jadi duta, abby sepatutnya dilihat neutral, tidak berpihak dan non partisan, tetapi ketika kontrak sedang berjalan, abby telahpun dilihat berpihak. So ini juga boleh dibaca sebagai tidak mencapai matlamat.

So tak perlu nak menghentam humaira melulu. Sebagai pihak yang berniaga sesungguhnya dia mempunyai hak untuk memilih duta sebagaimana yang dia inginkan untuk mewakili product dia. Bukanlah ko dan aku harus tetapkan itu seme..

Isu neh sepatutnya berpihak kepada abby abadi andai dia tenang + sabar dan tidak dedahkan apa2 printscreen peribadi antara dia dan humaira.

Tapi aku kecewa melihat cara abby abadi menanggani kes neh. Bahkan bagi aku ia satu tindakan yang tidak matang. Belajar larh dari wardina.. betapa tenang dan sabarnya dia dengan apa yang berlaku. Setakat neh wardina sememangnya contoh terbaik..

Kalau diperhatikan dari printscreen tersebut.. takde pun humaira menulis kata2 kesat sehingga melayakkan mereka dimaki or dihina bahkan dituduh macam2..

So kenapa nak memaki hamun mereka pula.. terserah lah korang nak boikot ke apa product tudung mereka pasal itu duit korang.. cuma kalau cara korang keterlaluan sangat menanggani kes neh elok2 dari orang suka, orang akan jadi benci. Dari orang rasa sayang terus orang rasa meluat. Tak kira lah sapa pun..

Dan buat kak abby abadi, saya dah sangat2 maklum penderitaan kak abby abadi sejak2 terlibat dalam pas. Nasihat saya dapatkan kawan yang betul untuk memimpin anda ke jalan yang betul. Dan cuba rujuk kekawan sebelum buat apa2 keputusan.. kadang2 niat kita baik, niat kawan2 kita baik tetapi niat yang baik jika tidak disusuli dengan penyampaian yang baik, ia akan tetap jadi tidak baik.

Sama dalam isu printscreen perbualan akak dengan humaira. Niat akak memang baik nak perjelaskan keadaan namun cara penyampaian itu tidak baik sehingga mengundang persepsi serong terhadap akak kerana berlebih2an..

Jangan memandang setiap yang mengkritik itu membenci or mendengki, kadang2 orang yang paling lantang bersuara ialah orang yang paling nak tengok kita berjaya cuma kita jek yang selalu salah anggap orang2 macam neh dengki tak bertempat..

So fikir-fikirkan..

Sumber : Ameno World

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM