Maghrib semalam,brader berkesempatan mengikuti satu majlis di Dataran Flat Sri Pulau Pinang,Cheras.Majlis ini adalah untuk mengadakan majlis tahlil serta meraikan anak-anak yatim Darul Bakti,Hulu Langat
Mungkin majlis tahlil dan meraikan anak-anak yatim adalah satu perkara biasa di dalam sebuah masyarakat lebih-lebih lagi apabila memasuki bulan Ramadhan.
Namun apa yang menarik di Flat Sri Pulau Pinang ini ialah majlis seperti ini sudah berlaku selama 17 tahun disini dan merupakan satu perkara 'wajib' bagi penduduk disini setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Abang Mat,majlis meraikan anak yatim,jamuan raya adalah satu program yang diadakan setiap tahun bagi mengekalkan semangat muhibah dan harmoni dalam masyarakat.Beliau juga turut menyatakan bahawa penduduk disini sangat berganding bahu dalam menjayakan setiap aktiviti kemasyarakatan yang diaadakan.
Disini brader bawakan beberapa gambar yang mungkin boleh dijadikan contoh oleh komuniti-komuniti lain dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang pentingnya mempunyai komuniti yang begitu baik dan harmoni dalam usaha kearah masyarakat yang kondusif dan cakna dalam hal ehwal masyarakat setempat
Antara orang penting yang hadir
1)Yang Berkhidmat Tn Syed Naqib bin Datuk Syed Abd Rahman Al-Habshi (Ahli Parlimen Belia -Percubaan)
2) Iman Hatta (Iman Satu Masjid Azzubair Ibnu Awwam)
3) Ustaz Latif b Hj Idris
4) Tn Syed Ibrahim b. Syed Hamid (Pengerusi Badan Kebajikan Islam Blok 12 Seri Pulau Pinang)
5) Puan Noorhidza Binti Ahmad ( Ketua Kaum Ibu Blok 12 Seri Pulau Pinang)
6) Ayahanda Asri Ismail.
7) En Amir Ahmad (Pemangku Ketua UMNO Cawangan Seri Pulau Pinang)
8) MD Khir b.Iwahi
9) Rahim Abas (Ketua Pemuda Blok 12 Seri Pulau Pinang)
Dalam majlis ini juga terdapat dermawan yang tampil memberi sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik..
Bacaan yasin dan tahlil
Penglibatan Ahli Parlimen Belia
Penglibatan Ahli Parlimen Belia (percubaan) ke dalam masyarakat amatlah bertepatan dengan waktunya.Thumbs up kepada Ahli Parlimen Belia Bandar Tun Razak,Saudara Syed Mohammed Naquib din Syed Abdul Rahman Al Habshi yang hadir dan memberikan sumbangan kepada insan yang memerlukan.Setakat ini,ni frst time brader dengar cerita pasal Ahli Parlimen Belia yang turun kepada masyarakat yang diwakilinya sejak penubuhannya beberapa bulan lepas.Kalau ada yang brader terlepas pandang,mintak maaf la ye.Ini menunjukkan perlantikan anda sebagai ahli parlimen belia tidaklah sia-sia kerana penglibatan dalam masyarakat dan mengenali masyarakat adalah satu tugas yang amat dituntut.Kalau tak,apa guna jadi Ahli Parlimen Belia ye tak?
Selidik punya selidik brader dapat tahu yang Syed Naquib ni adalah Ketua Remaja bagi Gerakan Belia 4B bagi kawasan Banar Tun Razak.So memang baguslah kalau jadi ketua remaja sebab of course mesti dia dah ada plan untuk aktiviti belia disini kan?So Ahli Parlimen Belia yang lain,tunggu apa lagi?
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com