.

Live TV Warta Rakyat

30 December 2012

Mogok lapar 100 jam?Kantoi makan?kahkahkah! #PakatanMunafik @adamadli

Beb.Brader tak tau la nk gelak ke nak ape tengok gelagat puak-puak pembangkang bodoh ni.

Ok sembang kat media kata nak mogok lapar selama 100 jam?

Mengikut apa yang brader tau manusia boleh hidup tanpa makanan lebih kurang 10 hari-maksudnya 240 jam dan boleh hidup tanpa air hanya selama 2 hari

So puak-puak pakatan haram ni kata tak nak makan selama 100 jam dan cuma minum je

So kalau minum brader boleh terima lagi.Skang ni baru masuk lebih kurang 60 jam tak makan.

Tapi gambar kt atas diambil sekitar tengah hari tadi

Mana korang punya 100 jam beb???Kahkahkah!!Baru 60 jam

KahKahKah!

P/S : Alolololo sian dia.lapar ea.Xpelah.pi makan sane.nanti nangis pulak.Jangan munafik tau lain kali.Jangan nakal-nakal.kahkahkah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

29 December 2012

SMM bukan pembangkang?

Haha?yeke?!Logo atas ni logo ape ye?Safwan Anang tak nak mengaku lagi?Nanti brader ulas ye.Standby
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

28 December 2012

Pengerusi MPPK tibai kerajaan?


Sewaktu pembentangan Bajet 2013, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa rebat telefon pintar sebanyak RM 200.00 akan diberikan kepada golongan yang berumur diantara 21 tahun – 40 tahun.

Golongan muda khususnya amat gembira dan bersyukur dengan pengumuman yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Namun yang demikian, wujud kekecewaan dikalangan anak muda khususnya bagi mahasiswa kerana kaedah pelaksanaan pemberian rebat tidaklah seperti diharapkan - seterusnya

P/S : Nak kritik bagus cara macam ni.Bukan macam puak mahaswewl yang biadap.Paham?


27 December 2012

LOL.Pas perbodohkan penyokong sendiri!Bukti inside

Kah Kah Kah!

Gambar diatas ialah surat kerahan ahli PAS untuk hadir perhimpunan Oren

Bila ada surat kerahan kompem2 ada yang datang tak tau isu lepas tu demo macam orang gila

Macam Bersih la lebih kurang

Inilah salah satu agenda pembodohan oleh PAS kepada pengikut sendiri

Weh penyokong PAS,sedarlah pemimpin korang cuma tau perah kudrat korang dan perbodohkan korang.

Kenapa korang datang?

Nak perjuangkan Islam?.Korang ingat balik lah apa Nizar cakap "cuba bagitau saya dalam mana2 transkrip2 Pas ke dalam memorandum ke ada menyatakan PAS nak menubuhkan negara Islam"

Ingat balik beb.Rakaman dalam DUN Perak

Chow!LOL

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

26 December 2012

Kenyataan terbaru Tuan Ibrahim tunjukkan bahawa kalimah Allah begitu murah bagi PAS

Teringat brader pasal isu kalimah Allah satu ketika dahulu yang menyebabkan maruah umat Islam dipijak-pijak dan dihina lantaran kenyataan Nik Aziz yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh DAP bagi kepentingan politik DAP.

DAP beb


Kini yang terbaru,PAS telah menyatakan pendirian berbeza seperti sebelumnya melalui Ketua Penerangannya,Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan  "Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal".

Murahnya kalimah suci ini bagi PAS sehingga boleh ditukar-tukar pendirian sama ada boleh guna atau tidak mengikut keperluan semasa.

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man : 

Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan



PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.


Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.



Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

26 Disember 2012


------

Cuba anda semua baca kembali tulisan berwarna kuning diatas dan bezakan dengan kenyataan dibawah

 
Sekali lagi.Kali ni brader tolong copy untuk anda

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.


Nik Aziz berkata " Pemimpin parti politik bukan Islam temasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

------

Demi kepentingan politik,mereka sanggup menggadaikan nama Allah.Dan PALING BANGSAT ialah mereka sesuka hati menukar pendirian mengikut selera mereka.Nama Allah seolah-olah tiada nilai bagi mereka.Murahnya perjuangan parti yang bernama Parti ISLAM SeMalaysia

MURAH

MURAH

MURAH

p/s : Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa mereka.Semoga sebelum mati mereka-mereka ini sempat bertaubat kepadaMu.Brader sangat sedih

25 December 2012

Buku yang membuatkan PAS tertekan

Sila tekan like jika setuju

P/S : Lepas ni makin kritikal kedudukan PAS dalam PORKatan Rakyat.DAP akan ugut macam-macam

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DAP sengaja cetus sentimen agama menjelang Kristmas

SHAH ALAM – DAP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.

"Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

"Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia," katanya.

Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan 'ALLAH' untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan 'ALLAH' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan 'ALLAH' adalah eksklusif kepada umat Islam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

24 December 2012

Surat Dari Mufti Mengenai Fatwa





Isi Kandungan Surat2 ini seperti berikut :-

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)

2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat
orang Pas.

8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh
tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama’ telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al’Fadhilah Dato’ Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama’ yang terdiri dari :-

1). Yang Berbahagia Dato’ Haji Ismail Bin Haji Yusoff –
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2). Al’Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar –
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3). Al’Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik –
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4). Al’Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff-
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5). Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail –
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6). Al’Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman –
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7). Al’Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan –
Iman Besat Masjid Muhammadi.

8). Al’Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris –
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:-

“SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA’ YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA’ MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM”

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato’ Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

23 December 2012

#PRPenakut : Page 1juta Rakyat Malaysia Sokong Najib Di Hack!



Biadap dan penakut.Tu sahaja yang boleh brader cakap kepada individu yang hack Page 1 Juta Rakyat Malaysia menyokong Kepimpinan DS Najib yang dikelola oleh Unit Media Baru (UMB)

Page berkenaan yang telah mencecah 20,523 like telah dihack kira-kira jam 10 pagi tadi.Page ini antara page penyokong kerajaan yang paling aktif dan mendapat respon.

Tiga individu dipercayai menjadi dalang kepada perbuatan PENAKT dan TIDAK BERMORA:L ini




Ketiga-tiga akaun berkenaan dipercayai akaun palsu.Marilah kita pahlawan siber bersama-sama report akaun berkenaan

Page berkenaan juga telah menukar gambar yang memalukan DS Najib



P/S : Tak de telor!

SMS terakhir untuk adik

Nor Fazira Athirah (kiri) ditemani seorang saudara di Unit Forensik, HSNZ Kuala Terengganu, semalam


KUALA TERENGGANU – “Saya tidak sangka khidmat pesanan ringkas (SMS) permohonan maaf yang dihantar abang malam sebelum kemalangan menjadi petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga.”

Itu luahan adik mangsa kemalangan maut, Nor Fazira Athirah Mohd Nor, 17.

Abangnya, Allahyarham M Fazrol Amirul, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan, melibatkan tiga kenderaan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas, di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman, manakala pemandu Proton Iswara dan pemandu Proton Waja yang turut terlibat dalam insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, M Fazrol dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Raja, Tepoh, selepas bermalam di rumah ibu saudaranya di Kampung Bukit Berangan, di sini.

Mengulas lanjut, Nor Fazira berkata, dia terkejut apabila menerima SMS ‘maafkan abang’ pada malam kelmarin dan dia juga difahamkan SMS sama turut dihantar kepada rakan abangnya itu sejak dua minggu lalu.

“Ketika menerima SMS daripada abang malam tadi (kelmarin), saya tidak membalasnya kerana menganggap abang bergurau.

“Lebih-lebih lagi, saya dan abang sememangnya selalu bergurau dan kadang kala bergaduh manja apabila bertemu di rumah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Asnah Embong, 44, berkata, arwah anaknya itu sering tidur di rumah ibu saudaranya di Kampung Bukit Berangan kerana hubungan Fazrol dengan ibu saudaranya sekeluarga sangat rapat.

“Dia memang biasa tidur di rumah emak saudaranya dan sehari sebelum kejadian, dia maklumkan akan tidur di sana dan saya tiada halangan.

“Namun, pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kemalangan dan kini anak saya sudah tiada,” katanya yang bertugas sebagai pembantu Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Jenazah dituntut ahli keluarga dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Bukit Berangan, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan kemalangan berkenaan.

Menurutnya, penunggang motosikal terbabit dari arah Maras ke Tepoh, dipercayai memotong di garisan berkembar di hadapan SK Bukit Nenas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta.

“Mangsa mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya - Sinar

22 December 2012

Lim Keng Yaik meninggal dunia



PETALING JAYA: Former Gerakan president Tun Dr Lim Keng Yaik passed away at his home in Tropicana here at 4.45pm on Saturday. He was 73.

The medical doctor-turned-politician became the Gerakan president in 1980.

Dr Lim began his political career in 1968 by joining the MCA. He subsequently contested in the Pekan Baru state seat in Perak in 1969 on an Alliance ticket, but lost.

In 1971, he became the chairman of Perak MCA but was expelled in 1973. In the same year, he joined Gerakan.

Dr Lim became the Ulu Kinta Gerakan division head the next year and moved up to become Perak Gerakan chief in 1974. In 1976, he became the party's deputy president. In July 1978, Lim resigned as senator and contested in the general elections and won the Jalong state seat in Perak.

In 1986, he contested and won the Beruas Parliament seat with a handsome margin and had held the seat until the 2004 elections when he retired from politics.

Dr Lim first joined the Cabinet when he was made Minister with Special Functions dealing with New Villages and Emergency work in 1972.

He held many ministerial positions with the last being the Energy, Water and Communications portfolio in 2004.

On Sept 2, 2005, at the Gerakan annual national delegates conference dinner, Dr Lim announced that he would be retiring as party leader on April 8, 2007, which was also his 68th birthday.

Lim retired from his Cabinet post shortly before the 2008 general election - The Star


Paksa adik ipar bernikah semula kerana dinikahkan imam kerajaan - Bekas Kader PAS #PASSesat #PenipuRakyat

BESUT 21 Dis. - Zakaria Daud (gambar), 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu.

Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat.

Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka.

"Ketika amanat Haji Hadi memuncak,Datuk Seri Hadi Awang turut datang ke sini bersama tokoh-tokoh lain dan dalam ceramah mereka,apa yang kami semua faham bahawa bukan sahaja UMNO tetapi penyokong juga kafir,tidak boleh makan sembelihan mereka" ujarnya yang menyara kehidupan dengan menjalankan kerja kampung.

Beliau menyatakan demikian ketika menyingkap kembali isu Amanat Haji Hadi yang masih memecahbelahkan masyarakat di kampungnya sehingga di samping pendedahan bekas penyokong tegar Pas,Zainon Ismail dalam bukunya 'Kafirkah aku' yang mendedahkan puluhan ribu penyokong parti itu masih berpegang kepada amanat tersebut

Katanya,masjid tersebut dianggap tercemar dn tidak sah solat berimamkan imam lantikan kerajaan yang dianggap memihak kepada UMNO,parti yang dianggap kafir.

"Malah pernikahan oleh imam kerajaan juga TIDAK SAH hinggakan saya paksa adik ipar saya dinikahkan semula dengan imam PAS sebelum dia dan isteri menginjak kaki ke rumah" ujarnya.

Lihat seterusnya di Utusan Malaysia hari ini.Isu panas ni

P/S : Ape sialnya benda alah ni.Habis berapa ramai anak luar nikah kt luar sana kalau semua yang dinikahkan oleh imam kerajaan tak sah?Banggang punya PAS

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

21 December 2012

Saya berdosa sebarkan amanat Hadi Awang - Ahli PAS

Ini pengakuan penyokong PAS.Berapa ramai yang sudah disesatkan?Nauzubillah

Sebab amanat inilah sampai ada yang tak nak uruskan jenazah sesama Islam kerana berlainan parti.

Mungkin PAS akan cakap pengakuan ini adalah konspirasi UMNO.Sebab u oll kan tau PAS ni memang parti yang maksum.

Jangan sampai anak-anak anda menjadi mangsa kesesatan PAS neh.Fikir-fikirkan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

20 December 2012

Enggan urus jenazah kerana arwah orang UMNO

Perpecahan yang melanda umat Melayu di Malaysia pad hari ini berpunca daripada parti bangsat yang melabel diri mereka lebih Islam daripada orang lain dan lebih menyedihkan lagi sehingga bab menguruskan jenazah pun mengambil kira aspek politik

Dari blog Mymassa :


Berkeseinambungan daripada artikel kelmarin bertajuk "PAS aliran menyesatkan - Pengakuan bekas Otai PAS", MyMassa hidangkan lagi dengan pendedahan daripada BEKAS PEMIMPIN PEMUDA PAS tentang kesesatan PAS yang nyata. Beliau mendedahkan akibat terpengaruh dengan Amanat Hj Hadi, Seorang Kariah PAS menolak untuk memandikan jenazah yang dilabelkan sebagai "Orang UMNO".

Klik Teks Penuh.

ALOR SETAR 19 Dis. - Seorang bekas pemimpin Pemuda Pas hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an - Seterusnya

P/S : Bangsat sangat puak-puak PAS nih!Menyirap pulak brader

19 December 2012

Hampir 300 Keluar UMNO di Sabah.Betul ke? Apa nak jadi?



KOTA KINABALU - Seramai 340 anggota Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (Perkebas) hari ini MENYERTAI Umno kerana percaya pada perjuangan parti yang mempunyai keanggotaan seramai 3.5 juta itu.

Borang keanggotaan mereka diserahkan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Nawawi pada majlis pelancaran pertubuhan itu di Wisma Wanita di sini.

Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang melancarkan pertubuhan itu turut menyaksikan upacara penyerahan borang keanggotaan itu.

Pengasas Perkebas Mohd Shahni Ismail berkata pertubuhan itu mempunyai anggota seramai 1,400 orang sejak ditubuhkan bulan lepas dan mereka yakin pada perjuangan Umno yang selari dengan prinsip pertubuhan itu.

"Sesuai dengan situasi politik masa kini, kami percaya pada perjuangan Umno yang mirip Perkebas - mengutamakan prinsip agama Islam untuk memajukan negara dan kami mahu membantu apa yang boleh untuk kerajaan dan negara," katanya - Bernama

P/S : Salah pulak.ingatkan keluar UMNO,.Rupanya masuk UMNO.Kah Kah Kah.Hanya orang-orang berkepentingan dan kecewa sahaja yang keluar UMNO.Yang lain masih steady!

12 December 2012

@NajibRazak @hishammuddinH2O dikafirkan oleh orang bukan Islam?

Haih.Macam mana org tak cakap politik tu kotor kalau tindakan parti politik bebal yang macam ni.Susah sangat ke nak letak Bin?

---------

PUTRAJAYA, 12 Disember - Pembangkang hari ini menganjurkan demonstrasi di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara bagi menunjukkan rasa protes terhadap masyarakat India yang masih belum mendapat status warganegara.

Demonstrasi tersebut telah dihadiri kira-kira 50 orang atas dakwaan kerajaan kejam tidak memberikan hak rakyat mendapat kad pengenalan biru (warganegara). Beberapa pemimpin pembangkang dari PKR dan PAS turut kelihatan menyampaikan ucapan berbaur hasutan membenci kerajaan Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, MIC telah membuka kaunter pendaftaran bagi memudahkan urusan pendaftaran mendapat kad pengenalan seperti yang didakwa pembangkang.-PutrajayaOnline

------

Brader : Ce letak Nik Abdul Aziz A/L Nik Mat.sure best punya

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 December 2012

Kesian @NajibRazak,tak dapat sambutan di Penang?


Kah kah kah.Betul ke program Jelajah Janji Ditepati tak mendapat sambutan?Tengok la sikit.Hehe.Lihat seterusnya
http://panggungopera.blogspot.com/2012/12/live-from-penang-50000-bersama-pm-di.html




Amacam?Ada goyang x?Kah Kah Kah

6 December 2012

Pelik Tapi Benar : 8 barang pelik yang pernah tertinggal di bilik hotel

Tertinggal Barang di hotel adalah perkara yang dilakukan oleh banyak orang. Terburu-buru boleh menjadi punca utama penyebabnya. Namun, bagaimana jika benda yang ditinggalkan adalah benda yang "pelik", seperti lapan benda ini.Semakin bawah turutan nombor,semakin pelik barang yang dijumpai.Jom tengok :

1) Wang USD 6,000



Meninggalkan tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik hotel.

2) Kaku Palsu


Selipar atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.


3) Ikan Jerung


Jika anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.

4) Ganja



Tidak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa perjalanan.


5) Kuda


Secara teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.

6) Gigi



Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Spanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu kembali kepadanya.


7) Belon Kambing


Mungkin penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku di Travelodge's Edinburgh

8) Jam Tangan Omega Anwar Ibrahim


Jam Omega ini dipercayai tertinggal di dalam bilik hotel setelah habis membalun China Doll dalam video seks kontroversi Anwar Ibrahim.Yang peliknya,Wan Azizah (isteri Anwar Ibrahim) mendakwa masih memiliki jam berkenaan namuun sehingga kini masih gagal menunjukkan jam berkenaan kepada khalayak umum.Kalau ada pun,gambar di dalam telefon bimbit!


Kah Kah Kah

Kalau macam gini,brader pun boleh buat dowh.Kalau betul lah Anwar nak menafikan bahawa dia bukan pelaku dalam video seks tersebut,tunjuklah jam Omega tuh kepada khalayak umum (kalau ada lah).Habis cerita.

Tapi masalahnya sampai sekarang tak tunjuk.So ia secara automatik mengiyakan bahawa memang Anwar yang membalun China Doll dalam bilik hotel tuh.Perrghhh.

Kah Kah Kah






Hot Story.Penyokong Pakatan Rakyat sertai Maharaja Lawak Mega



Benar ke ada penyokong Pakatan Rakyat menyertai pertandingan lawak yang tengah hot sekarang ni?Brader pun tak berapa nak pasti sebab menurut apa yang brader tau,cai cai Pakatan Rakyat memang lawak-lawak belaka.Yelah,badut politik,lawak la kan?

Kah Kah Kah

Ok sebenarnya brader nak cerita balik pasal kononnya serangan yang dilakukan oleh orang UMNO terhadap ceramah PKR yang berlaku di Gombak baru-baru ni.Jom kita tengok macam mana skrip yang sama diulang-ulang untuk menipu rakyat.Kes dibawah ni adalah kes Pilihanraya Kecil Bangan Pinang yang lepas dimana petugas PAS didakwa diserang oleh penyokong BN


Jap kita besarkan ye



Kejap,apa yang tak kena dengan gambar ni ye?Dia cakap dia kena tetak.Tp cuba korang tengok kat bahagian belakang dia

Owh..

Baru aku tau mcm tu kena tetak.Elok je koyaknya.Macam kena koyak dengan pisau lipat pulak.Tengok pulak tak de kesan luka.Usah cakap kesan luka.Kesan birat pun tak de!Failed lah Black Operation pembangkang ni!

Black Operation yang dicipta oleh cai-cai pembangkang sendiri untuk menuduh orang UMNO yang serang.Padahal sendiri yang serang orang sendiri.

Kah Kah Kah!

Macam biasa lah.Komfem yang akan keluar daripada mulut cai-cai pembangkang 'UMNO Gangster' dan segala bagai.Tapi beb,kalau nk buat pun makesure lah rapi sikit perancangan.Jangan kantoi bodoh macam ni.Korang tak bosan ke tengok skrip yang sama?Come on la Pengarah Strategi PKR,buat la skrip lain.Skrip ni dah lapuk dowh.

Ok,kita balik pulak pada kes 'serangan' kat Gombak baru-bau ni



Peh gua rasa respek gila dengan orang 'UMNO' yang 'melempar' objek kearah ketua cawangan PAS Air Panas sehingga mengalami kecederaan di kepala sebab GILA TEPAT 'lemparan' dia.

Dilaporkan pulak oleh bloggger pro pembangkang, Sharpshooteblogger.blogspot.com.

Eh?sharpshooter?Lempar objek?sharpshooter?Lempar objek?Sharpshooter?Lempar objek?

Kah Kah Kah.!

P/S : Gua rasa kalau diorang ni masuk Maharaja Lawak Mega,JOZAN pun melutut beb!

5 December 2012

Pemuda UMNO Diserang?


Semalam Bt 8 Gombak telah diserang oleh puak cacai makan dedak Anuwar..puak cacai ni yang rata-rata orang luar telah datang dengan biadap ke kawasan tersebut dengan membawa sama general perang siAnuwar malaun ni..


Masakan mungkin orang luar datang ke tempat kawasan Pemuda UMNO Gombak, mereka pula yang diiktiraf penyerangkan..ibarat Israel menyerang Palestin...Israel menyerang negara palestin takkan Palestin pula kita nak tuduh penjenayah...


Mestilah puak Israel kerana mereka datang dan menyerang Palestin..


Dahlah datang ke kawasan orang..lepas tu ceramah pula maki hamun kerajaan...melihat akan keadaan ini puak makan dedak ini mula panas dan menyerang dengan kejam sehinga berterbangan baldi senduk gayung...kelakar kan..kikikiki


Satu ucapan tahniah kepada Pemuda UMNO Gombak yang berani menyuarakan bantahan untuk menghalang musuh dari bermaharajalela di kawasan anda...setitis darah yang mengalir adalah bukti perjuangan suci kita yang sanggup mempertahankan apa sahaja daripada terus dijajah - Harapan Esok

RANDOM