BESUT 21 Dis. - Zakaria Daud (gambar), 74, dari Kampung Awek Darau di sini mungkin salah seorang yang benar-benar kecewa dengan Pas setelah mensia-siakan sekian banyak masa dan tenaga sepanjang hidupnya untuk membantu parti itu.
Beliau yang menjadi kader parti sejak usia belasan tahun berusaha mewujudkan dua buah premis yang digelarnya 'masjid' di kampung dengan memerah keringat membinanya di samping berusaha mengumpulkan derma untuk menyiapkannya agar penyokong Pas boleh solat berasingan termasuk solat Jumaat.
Zakaria juga tukang sembelih bagi memastikan sembelihan halal setelah benar-benar diyakinkan oleh para pemimpin Pas dalam siri ceramah mereka tentang tahap keislaman dua parti Melayu yang bertentangan itu dan para penyokong mereka.
"Ketika amanat Haji Hadi memuncak,Datuk Seri Hadi Awang turut datang ke sini bersama tokoh-tokoh lain dan dalam ceramah mereka,apa yang kami semua faham bahawa bukan sahaja UMNO tetapi penyokong juga kafir,tidak boleh makan sembelihan mereka" ujarnya yang menyara kehidupan dengan menjalankan kerja kampung.
Beliau menyatakan demikian ketika menyingkap kembali isu Amanat Haji Hadi yang masih memecahbelahkan masyarakat di kampungnya sehingga di samping pendedahan bekas penyokong tegar Pas,Zainon Ismail dalam bukunya 'Kafirkah aku' yang mendedahkan puluhan ribu penyokong parti itu masih berpegang kepada amanat tersebut
Katanya,masjid tersebut dianggap tercemar dn tidak sah solat berimamkan imam lantikan kerajaan yang dianggap memihak kepada UMNO,parti yang dianggap kafir.
"Malah pernikahan oleh imam kerajaan juga TIDAK SAH hinggakan saya paksa adik ipar saya dinikahkan semula dengan imam PAS sebelum dia dan isteri menginjak kaki ke rumah" ujarnya.
Lihat seterusnya di Utusan Malaysia hari ini.Isu panas ni
P/S : Ape sialnya benda alah ni.Habis berapa ramai anak luar nikah kt luar sana kalau semua yang dinikahkan oleh imam kerajaan tak sah?Banggang punya PAS
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
The King and U
3 days ago
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com