.

Live TV Warta Rakyat

31 May 2012

Akhirnya siswa ini minta maaf kerana memfitah Sultan Johor!Nizar apa cerita pulak?

Beberapa hari lepas brader telah mendedahkan sedikit mengenai identiti mahasiswa yang memfitnah Sultan Johor berkenaan isu no plat WWW1 yang telah berjaya dibida oleh Sultan Johor.Perkara ini dijadikan isu murahan oleh puak-puak pembangkang yang tampil ingin menjadi hero kepada masyarakat kononnya namun akhirnya memakan diri apabila Tengku Mahkota Johor tampil mengeluarkan kenyataan di twitter (rujuk sini)

Disini brader ingin bawakan permohonan maaf daripada mahasiswa ini kepada Sultan Johor,kerabatnya serta seluruh rakyat Johor yang terkesan berkenaan fitnah ini

Email yang dihantar kepada brader oleh mahasiswa ini


Kenyataannya di Facebook

Komennya di posting blog brader

Walau apa pun,brader masih ada hati perut untuk tidak mendedahkan siapa mahasiswa ini.Namun perlu diingat bahawa pada masa akan datang,kaji dahulu sesuatu perkara sebelum anda membuat kenyataan yang bakal mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri mahupun keluarga.Apatah lagi jika anda memegang status sebagai mahasiswa.Nama mahasiswa kan besar gila btul?Sampai boleh terkecuali daripada tindakan undang-undang!Kah Kah Kah.Brader tahu anda adalah seorang penyokong pembangkang (brader ada bukti).Janganlah kerana anda sokong pembangkang,anda terikut-ikut dengan gaya monyet sering mereka lakukan!Buktikanlah bahawa anda boleh menjadi pembangkang yang baik dan bukanlah pembangkang yang monyet.Ikutkan hati brader memang nak publish muka anda serta gmbar anda yang banyak brader dah dapat.Tapi mungkin ini kesalahan pertama anda dan brader harap ini kesalahan TERAKHIR kepada mana-mana pihak berkaitan.

Apa-apa pun tak perlulah anda berterima kasih kepada brader kerana menyedarkan anda sebaliknya buktikanlah ucapan anda melalui tindakan pada masa akan datang.Wsalam

P/S : Nizar Lilin apa cerita pulak?Jom tengok sini

30 May 2012

Brader bukak sikit muka mahasiswa yang fitnah Sultan Johor pasal isu WWW1

Ni brader dedahkan sedikit lagi muka dia.Brader tutup bahagian mata sahaja.Brader masih ada hati perut lagi.Cuma minta maaf tak susah kan?


Brader dan rakyat Johor yang lain masih menunggu permohonan maafmu wahai mahasiswa.....

P/S : Gambar die sume brader dah upload :)

29 May 2012

[VIDEO] : Komfem!Video pendedahan BERSIH 3.0 yang belum pernah orang awam lihat.Cepat tengok!

Saksikanlah video ini.Gempak


P/S : Memang Bersih itu kotor sebenarnya!

Blogger anak jati Batu Pahat ni bogelkan Nizar!Malu beb!


Masihkah anda ingat pembelian 16 buah Toyota CAMRY sewaktu Nizar berkuasa??? 


PLAT KHAS SULTAN JOHOR

Sultan JOHOR menyumbang pendapatan Negara RM520K untuk Plat WWW 1, sedangkan Sultan Johor mempunyai PLAT KHAS untuk setiap kereta yang Baginda miliki .

Sekali lagi Mohammad Nizar Jamaluddin (Nizar DERHAKA) mohon DERHAKA kepada Sultan! Kali ini beliau cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli no Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya. 

Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1".

-Baca selanjutnya disini.Blogger Batu Pahat ni kasi hantam baik punya!

P/S : Makin ramai tak puas hati.Padan muka ko Nizar!


Amaran pertama dan terakhir gua kepada bloggers @YuseriYusoff.Keluar daripada tempat persembunyian kau sekarang!


Gua tak puas hati betul lah dengan bloggers yang sorang ni.Dia ade hina brader pasal satu benda.Bro,agak-agaklah.Jangan sampai lu kalah nanti gua publish kaw-kaw!Cakap banyak tak guna tembak tak kena.Jom kita fight!


Cis ade ke die cakap gua tak reti main PES?Siot!Woit.Ko kuar daripada bilik kau skang,kita lawan PES!Sebelom tu meh kita layan dulu artikel mamat kerek PES ni pasal isu no plat www1 kat sini


P/S : Brader peminat setia blog Double Y!

Panas!Mahasiswa ini cakap sultan Johor bodoh sebab beli no plat pakai duit rakyat!!

Brader rasa isu ni takkan reda selagi orang-orang bodoh yang bajet tahu cerita masih terus bermain dengan apa yang ada kat kepada hotak dia tanpa mengambil satu insiatif pun untuk mengkaji perkara tersebut terlebih dahulu.Ni maklumat terbaru yang brader dapat semalam.Seorang mahasiswa yang bodoh dan terikut-ikut cakap orang lain menggelar sultan Johor sebagai "BODOH" kerana perasaan marahnya terhadap sultan yang membeli no plat dengan harga 520k yang langsung tak ada kene mengena dengan budak ni mahupun family budak ni.Jom kita tengok!



Woi budak bodoh yang tak tau apaa-apa!Brader bagi masa 2 hari untuk lu mohon maaf secara terbuka di facebook.Brader akan pantau!Kalau lu tak mintak maaf kat facebook,brader akan dedahkan siapa kau!Lu boleh cakap ikot sedap,lu terima la padahnya.Kepada pembaca,ni ha budaknya.

Macam bagus je budak ni

Untuk isu no plat ni korang boleh tengok sini dan sini

P/S : Woi budak.Easily brader boleh dapat siapa kau dan kat mana kau tinggal ok?Details kau semua.Lu better buat kenyataan maaf kat facebook sebelum gua publish muka lu.Gua nak lu baca artikel ni!

Nizar hentam Sultan Johor?Brader tak terkejut.Ini pandangan brader

Heboh sana sini mengenai isu no plat www1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor.Pelbagai spekulasi dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memanpulasikan untuk bagi kepentingan politik.Ini pandangan brader

Pandangan brader asasnya satu,puak pakatan haram ni memang TIDAK SENANG DENGAN SISTEM RAJA berpelembagaan yang ada di Malaysia.Maka pelbagai usaha yang dilakukan untuk menghapuskan sistem yang ada.Ini kenyataan terbaru daripada Nizar





Nizar Jamaluddin?Siapa dia?

Umum yang kita tahu Nizar Jamaluddin adalah bekas Menteri Besar Perak yang hilang kuasa akibat daripada ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat sendiri keluar parti.Ingat!Idea melompat parti ini bukan datang daripada UMNO tetapi datang dari idea seorang yang gila ingin menjadi Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim (Sila baca angan-angan 16 September)

Brader tidak terkejut kalau Nizar ni menuduh sultan tanpa usul periksa kerana dia pernah derhaka dan memohon untuk derhaka kepada Sultan Perak (lihat video dibawah)



Memang kita lihat kenyataan manis Nizar ini seperti seorang pembela rakyat.Jika benarlah Nizar mahu benar-benar membela rakyat,mengapa tidak dikaji dahulu sumber kewangan Sultan Johor untuk membida no plat berkenaan.Mengapa membuat kenyataan tanpa membuat kajian terlebih dahulu!Jadi ada dua persoalan daripada brader iaitu :

1) Jika benar Nizar seorang pembela rakyat,dia akan kaji terlebih dahulu isu no plat ini.Daripada mana sumber kewangan sultan.Bukan hentam keromo!

2) Disebabkan Nizar membuat kenyataan di twitter tanpa usul periksa,maka layaklah brader gelar tindakan Nizar ini cuma mahu mendapatkan political mileage  serta mahu menanamkan RASA KEBENCIAN RAKYAT kepada raja!Kita berbalik kepada asas bahawa puak pakatan haram ini memang tidak senang dengan sistem beraja yang ada di Malaysia.

Jadi brader rasa bersyukur kerana Nizar kini tidak lagi menjadi Menteri Besar walaupun masih menggunakan nama "mbnizar" di laman twitter (lawak).Adakah rakyat di Perak mahu seorang menteri besar yang segala tindakan dan keputusannya dibuat berdasarkan cakap-cakap orang tanpa mengkaji isu terlebih dahulu?Brader pasti rakyat Perak tidak sanggup!

Namun apa yang pasti ramai rakyat Johor telah marah kerana peristiwa ini kerana tanpa segan silunya seorang  yang pernah derhaka kepada Sultan Perak kini mencari pasal pulak dengan Sultan Johor kesayangan rakyat Johor ini (sila rujuk sini)

Akhir kata brader cuma nak ingatkan kepada seluruh pembaca bahawa pakatan haram ini akan menggunakan segala cara untuk berkuasa.Bukti dah banyak.Go and find it yourself.Kepada Nizar jangan segan silu memohon maaf kepada Sultan Johor

P/S : Brader mendapat maklumat ada mahasiswa yang cakap Sultan Johor bodoh kerana kes ni.Bukti dah ada.Brader tak sanggup nak keluarkan kerana fikirkan masa depan dia.Jangan uji kesabaran brader ok?

Kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter mengenai isu no plat www1

28 May 2012

Panas!Kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter mengenai isu no plat WWW1!!



Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Sekian.. Sumber : FB Kesultanan Johor

Ini pula jawapan Tengku Mahkota Johor di twitter


P/S : Brader pelik kenapa juak-juak pembangkang je yang pertikai benda ni.Tetiba brader teringat matlamat puak-puak biaDAP yang bercita-cita menghapuskan sultan-sultan di Malaysia.

[VIDEO] : Gempar!!@ainantasneem luahkan perasaan suka pada dot dot dot di pentas #HBN2012




Suka pada siapa ye?Pada penonton yang sporting of course!Hehe!

P/S : Brader suka nih.Nak jadi fansssss!Hihihi

Kisah benar : Cepat baca yassin!Ada hantu!!



KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.


Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)

26 May 2012

[VIDEO] ; Dato @razaliibrahim kantoi!Ada kaitan dengan @fizoomar?

Kantoi!Kantoi!Kantoi!Habeslah kalau video ni tersebar kat puak-puak pembangkang!Dato Razali Ibrahim kantoi la pulak!!!!!!!




Memang KANTOI Dato Razali Ibrahim dan Fizo Omar promote hari belia dan booth #BeeAntBlues.Hehe.Tq kepada mereka semua.So ape lagi?Jom kita sama-sama memeriahkan booth Bee Ant Blues dan kami menjanjikan pelbagai acara yang menarik disini!Video ni diambil malam tadi.So PM akan datang pada hari ini bhai!Jom!

25 May 2012

Kisah mayat yang tidak diterima bumi di Pahang,orang Pahang mesti tau cerita ni



Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut...

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus

Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus

Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus

Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)

korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?

apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.Sumber : OhMedia

P/S : brader terkena..Nokharommm!!!!

[VIDEO]: Hot!Komen para artis sempena #JDAB2012 @datosahol @RafidahIbrahim @AidaSassu @IqramDinzlyHM @DannyXfactor @zuanazmi@JelajahDestini

Hot!Berikut adalah gelagat serta komen para artis yang menyertai Jelajah Destini Anak Bangsa di negeri Kelantan Darul Naim.Mereka bernaung di bawah satu kelab yang dinamakan Malaysian Artist Sports Club (MASC)


P/S : Woi blogger Harapan Esok.Seperti yang dijanjikan,lu kene letak video ni dlm blog lu.Sebulan ok?Sebulan!!!Kahkahkah!

Kemalangan ngeri di Kota Tinggi!



Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.

"Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.

"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak

Brader- Al Fatihah...


24 May 2012

Video terbaru Jelajah Destini Anak Bangsa @JelajahDestini @datosahol



22 May 2012

[VIDEO] : Pemimpin UMNO yang mengamuk kini memohon maaf


Brader pulangkan kepada anda untuk menilai

Baca dulu......



Jelajah Destini Bangsa (JDAB2012) semalam meneruskan siri jelajah mencari anak bangsa yang memerlukan bantuan pendidikan di negeri Kelantan. Sebanyak 3 buah lokasi telah menjadi tumpuan semalam iaitu Pondok Moden (JELI), SMK Tanah Merah (Tanah Merah), dan SK Tumpat (Tumpat).

Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar merasmikan 
Program JDAB Peringkat Kelantan di Kampus UiTM Kota Bharu

Pergerakan pada hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di UiTM Kampus Kota Bharu. Seramai 80 orang sukarelawan daripada UiTM kampus Kota Bharu dan Kampus Machang telah melibatkan diri pada misi jelajah hari ini.

Masyarakat JELI bergambar kenang-kenangan bersama 
Dato' Seri Mustapha Mohammad

Sejurus sahaja program dirasmikan, konvoi JDAB telah menuju ke Pondok Moden Jeli. Dato’ Seri Mustapha Mohamad telah menyempurnakan upacara perasmian yang disaksikan seramai 300 masyarakat sekitar Jeli.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah:

Dato’ Seri Mustapha Mohamad (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia)
Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)
Prof Madya Dr. Syukri Omar (Rektor UiTM Machang)
Sdr. Mohd Faizal Daud (Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa)
Said Aiman (Pengerusi Malaysian Artist Sport Club, MASC)

Surat Tawaran Masuk UiTM melalui Program JDAB


Dato' Seri Mustapha Mohamad memberikan surat Tawaran kepada 
bakal Mahasiswa UiTM dalam majlis Penyerahan Surat Tawaran
di Pondok Moden Jeli

Seramai 16 orang pelajar lepasan SPM telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Program JDAB setelah permohonan mereka pada bulan Mac yang lalu memenuhi syarat kemasukan. Dalam pada itu, Dato Sahol sempat meluangkan masa bersama masyarakat sekitar Jeli untuk menyemak permohonan pelajar lepasan SPM yang gagal dalam pemilihan UPU yang lepas dan meluluskan serta merta kemasukan pelajar ini. Pelajar yang diluluskan akan menyambung pengajian di UiTM untuk pengambilan seterusnya.


Maaf ye internet tidak mengizinkan brader untuk masukkan gmbar-gambar hot artis yang join jelajah ni,klik sini untuk tengok selanjutnya.Kalau tak click brader declare sebagai kurang ajar.Haha

P/S : Gambar-gambar hot akan brader upload kemudian ok?

20 May 2012

Terima kasih kerana mendedahkan video terbaru mengenai kebobrokan LYNAS!

Series kita kene stop Lynas lepas tengok video nih




Kah Kah Kah!Series lawak dowh!Gua rasa mesti Fuziah pun gelak bila tengok kebodohan sendiri.

P/S : Brader masih lagi gelak sempai skang.Cool giler video 1peluru.blogspot.com!

Gila! VC UiTM,@datosahol penjual ikan???Wajib tengok ni @NajibRazak @JelajahDestini #JDAB2012

Semalam brader digemparkan oleh satu cerita.Ini cerita dekat Kuala Kedah pada 18/5/2012.Apakah yang sedang berlaku?Adakah benar berita yang brader dengar ni?Dato Sahol jual ikan?Kalau benar dimana?Jom tengok!

Adakah ini lokasi dimana Dato Sahol ikan?Kenapa jauh sangat daripada Shah Alam??

Mai kita terjah tengok Dato Sahol jual ikan ape!Kah Kah Kah!


Eh!Bukan jual ikan ke?Kalau tak jual ikan.buat ape kat pasar tu?


Ok.Brader dah faham.Rupanya Dato Sahol meredah pasar ikan bagi mendapatkan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan bagi memasuki UiTM.Nampaknya berita yang brader dengar ni tak betul!Selamat brader check dulu!Hehe.Steady la Dato,sanggup meredah hutan belantara demi anak bangsa.Eh silap.Pasar ikan.Hehe.Kali ini,Dato Sahol bersama Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri,Dato Lat Shariman.


Dato Sahol menanyakan sesuatu kepada pelajar


ANTARA INDIVIDU YANG BERJAYA DITERIMA MASUK UITM

-Nur Enani Bt Kamarudin
-berjaya melanjutkan pengajian di UiTM Arau 
 -Diploma Agroteknologi.
-Pencapaian 9 kredit (3A)



-Azreyn Binti Zamri bersama ibu
- Berjaya melanjutkan pengajian di UiTM Merbok
-Pra Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat. 


Mereka merupakan antara pelajar yang berjaya yang sempat brader ceritakan serba sedikit disini.Tahniah!Tahniah!Tahniah!Belajar rajin-rajin macam brader ok?Hehe.Selepas itu konvoi bergerak ke Perlis.Di Perlis,orang no 1 dalam kerajaan negeri menyertai program ni.Jom klik sini.

Nak pesan follow twitter @JelajahDestini dan blog jelajah-anak-bangsa.blogspot.com bagi mengetahui lebih lanjut lagi setiap aktviti di lokasi yang berlainan.

P/S : Dengar cerita orang no 1 kerajaan negeri Pelis serang jelajah disana.Ape lagi,jom kita tengok!


19 May 2012

Gempar!Syarat-syarat untuk dibenarkan membuat maksiat ditemui!



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak- Sumber MyNewsHub

P/S : speechless

18 May 2012

Jawapan VC UiTM @datosahol yang mengejutkan di Harian Metro! cc @NajibRazak @JelajahDestini

Komen brader-Tahniah kepada Asyraf.Ternyata kedatangan adik ini tidak sia-sia.Pesanan brader,jangan hampakan harapan ibubapa.Belajar bersungguh-sungguh dan yang PALING PENTING jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang hendak memecahbelahkan dan merosakkan orang Melayu.Brader ucapkan selamat maju jaya.Ok brader nak makan ni.Bismillah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

[FOTO] Live : Pelajar berebut untuk mendapatkan tandatangan @datosahol!Lebih hot dpd artis cc @NajibRazak

Hot.Tandatangan Dato Sahol Hamid kini selaris goreng pisang panas!Kami baru selesai menyudahkan misi membantu anak bangsa di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bakar Bata.RTM juga bersama untuk membuat liputan.Antara gambar yg sempat dirakam.Kami kini berada di Pasar Nelayan Kuala Kubang Rotan


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

#JDAB2012 terima 50 pelajar kurang berkemampuan,satu berita gembira buat penduduk Pulau Pinang! @datosahol @NajibRazak

Jelajah Destini Anak Bangsa selamat melabuhkan tirai disekitar Pulau Pinang semalam.Lawatan ini disertai oleh Dato Sahol sendiri.

Dalam lawatan ini,UiTM telah menerima 50 pelajar yang membuat permohonan pada April lalu dan apa yg menariknya terdapat lebih kurang 70 org membuat rayuan semalam dan sebahagiannya telah diterima oleh Dato Sahol sendiri selepas pelajar-pelajar tersebut menepati syarat yg ditetapkan dan menjadikan jumlahnya bertambah melebihi 50 orang.

Empat lokasi utama yg dikunjungi oleh kami :

1) Dewan Seri SMK Seri Balik Pulau
2) Dewan SMK Dato' Onn,Butterworth Pulau Pinang
3) Dewan Serbaguna Jawi,Seberang Perai Selatan
4) Dewan SMK Dato' Hj Ahmad Badawi,Kepala Batas

Tahniah!Tahniah!Tahniah!Semoga UiTM terus sukses dalam membantu anak bangsa!

P/s : Sebak melihat seorang bapa yang mengalirkan air mata sebaik sahaja Dato Sahol menandatangani surat rayuan dan menerima anaknya untuk masuk UiTM.Brader teringat ayah brader kt rumah pulak


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Terkini dari lokasi [FOTO] :@JelajahDestini di Parlimen Nibong Tebal cc @datosahol @NajibRazak

Gambar berikut antara yang sempat dirakam

#JDAB2012 meneruskan langkah gemilangnya dengan meneruskan misi membantu anak bangsa.Kini kami berada di Dewan Serbaguna Jawi,Seberang Perai Selatan.Majlis perasmian ini dirasmikan oleh ADUN Sg Acheh YB Hj Mahmood Zakariah.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

RANDOM