.

Live TV Warta Rakyat

28 May 2012

Panas!Kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter mengenai isu no plat WWW1!!



Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor beli plat nombor kereta guna duit rakyat.

Kawan cuma nak kata sikit saja, "Kalau orang biasa beli no plat mahal dikatakan orang tu kerja keras, Kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah tu makan duit rakyat?". Macam tu la pula eh.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8m sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji".

Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa nak beli kereta atau no plat guna duit rakyat lagi?

Dan anda juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu.

Dan bila anda baca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya" anda dapat lihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Kawan fikir, Johorean tak terperanjat pun, sebab memang percaya Tuanku mampu. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Sekian.. Sumber : FB Kesultanan Johor

Ini pula jawapan Tengku Mahkota Johor di twitter


P/S : Brader pelik kenapa juak-juak pembangkang je yang pertikai benda ni.Tetiba brader teringat matlamat puak-puak biaDAP yang bercita-cita menghapuskan sultan-sultan di Malaysia.

6 comments:

  1. bro, ade screenshot tweet fitnah tu x..?

    ReplyDelete
  2. nak tengok gak.. tweets fitnah tu, saudara ada x??

    ReplyDelete
  3. http://flowersofnation.my/index.php/component/content/article/39-top-stories/36019-biadap-nizar-hina-sultan-johor

    ReplyDelete
  4. search WWW 1 di twitter lepas tu baca semua tweet :)

    ReplyDelete
  5. kepada SMN dan meg,ni screenshot daripad nizar yang pertikai mengenai isu no plat ini http://braderjai.blogspot.com/2012/05/nizar-hentam-sultan-johorbrader-tak.html

    ReplyDelete
  6. negeri JOHOR ada tentera, jgn2 wat hal, smpadan tangkak melaka pun x lepas nnt

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM