.

Live TV Warta Rakyat

29 May 2012

Nizar hentam Sultan Johor?Brader tak terkejut.Ini pandangan brader

Heboh sana sini mengenai isu no plat www1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor.Pelbagai spekulasi dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memanpulasikan untuk bagi kepentingan politik.Ini pandangan brader

Pandangan brader asasnya satu,puak pakatan haram ni memang TIDAK SENANG DENGAN SISTEM RAJA berpelembagaan yang ada di Malaysia.Maka pelbagai usaha yang dilakukan untuk menghapuskan sistem yang ada.Ini kenyataan terbaru daripada Nizar





Nizar Jamaluddin?Siapa dia?

Umum yang kita tahu Nizar Jamaluddin adalah bekas Menteri Besar Perak yang hilang kuasa akibat daripada ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat sendiri keluar parti.Ingat!Idea melompat parti ini bukan datang daripada UMNO tetapi datang dari idea seorang yang gila ingin menjadi Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim (Sila baca angan-angan 16 September)

Brader tidak terkejut kalau Nizar ni menuduh sultan tanpa usul periksa kerana dia pernah derhaka dan memohon untuk derhaka kepada Sultan Perak (lihat video dibawah)



Memang kita lihat kenyataan manis Nizar ini seperti seorang pembela rakyat.Jika benarlah Nizar mahu benar-benar membela rakyat,mengapa tidak dikaji dahulu sumber kewangan Sultan Johor untuk membida no plat berkenaan.Mengapa membuat kenyataan tanpa membuat kajian terlebih dahulu!Jadi ada dua persoalan daripada brader iaitu :

1) Jika benar Nizar seorang pembela rakyat,dia akan kaji terlebih dahulu isu no plat ini.Daripada mana sumber kewangan sultan.Bukan hentam keromo!

2) Disebabkan Nizar membuat kenyataan di twitter tanpa usul periksa,maka layaklah brader gelar tindakan Nizar ini cuma mahu mendapatkan political mileage  serta mahu menanamkan RASA KEBENCIAN RAKYAT kepada raja!Kita berbalik kepada asas bahawa puak pakatan haram ini memang tidak senang dengan sistem beraja yang ada di Malaysia.

Jadi brader rasa bersyukur kerana Nizar kini tidak lagi menjadi Menteri Besar walaupun masih menggunakan nama "mbnizar" di laman twitter (lawak).Adakah rakyat di Perak mahu seorang menteri besar yang segala tindakan dan keputusannya dibuat berdasarkan cakap-cakap orang tanpa mengkaji isu terlebih dahulu?Brader pasti rakyat Perak tidak sanggup!

Namun apa yang pasti ramai rakyat Johor telah marah kerana peristiwa ini kerana tanpa segan silunya seorang  yang pernah derhaka kepada Sultan Perak kini mencari pasal pulak dengan Sultan Johor kesayangan rakyat Johor ini (sila rujuk sini)

Akhir kata brader cuma nak ingatkan kepada seluruh pembaca bahawa pakatan haram ini akan menggunakan segala cara untuk berkuasa.Bukti dah banyak.Go and find it yourself.Kepada Nizar jangan segan silu memohon maaf kepada Sultan Johor

P/S : Brader mendapat maklumat ada mahasiswa yang cakap Sultan Johor bodoh kerana kes ni.Bukti dah ada.Brader tak sanggup nak keluarkan kerana fikirkan masa depan dia.Jangan uji kesabaran brader ok?

Kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter mengenai isu no plat www1

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM