.

Live TV Warta Rakyat

29 February 2012

Sistem Pilihanraya baru di UM,apa kata pemimpin pelajar ini?

Wow!Hot nampaknya pilihanraya kampus kali ni dimana kedua-dua pihak bercakap mengenai sistem baru yang bakal diperkenalkan pada pilihanraya kampus kali ini.Terbaru kenyataan Speker Sekretariat Presiden Kolej-Kolej Kediaman merangkap Presiden Kolej Kediaman Kesembilan tampil membuat satu artikel mengenai sistem terbaru ini.Mari kita lihat kenyataan saudara Marwan Kahar bin Baharudin

Mahasiswa dan sistem : Mendepani cabaran dunia baru

1. Dunia hari ini bergerak pantas. Perkembangan dari setiap sudut kehidupan dilihat sangat pesat. Secara zahirnya, negara membangun dan membentuk kehidupan masyarakat hari ini. Namun, kita ingin bicara soal mahasiswa dan sistem. Perkembangan kognitik yang pastinya membangun sejajar dengan kemajuan persekitaran.

2. Kalau kita bandingkan hari ini dan semalam. Perbezaannya adalah sgt banyak. Persaingan juga amat dahsyat. Namun masih lagi kita kembali mengidamkan semalam. Mungkinkah sesetengah mahasiswa masih lagi tidak faham. Atau sengaja membantutkan pemikiran mahasiswa yang lainnya. Masih lagi di takuk yang sama.

3. Baru-baru ini, ada dialog terbuka yang dianjurkan bahagianrbarisan pentadbir kepada seluruh mahasiswa berkaitan transformasi baru yang cuba disampaikan universiti setelah bergelar 'universiti autonomi'.

4. Pihak SPKUM menyambut baik transformasi yg ingin disampaikan oleh universiti dan merasakan ianya adalah 'A Timely moved decision'. Profesor Dr Hamdi Abdul Shukor, TNC Akademik di dalam ucapannya menegaskan bahawa transformasi yang ingin disampaikan oleh universiti ini tidak akan berhasil sekiranya mahasiswa tidak ingin sama melakukan transformasi terhadap diri mereka.

5. TNC HEP Profesor Datuk Dr Rohana Yusof menegaskan bahawa penubuhan HEP adalah bertujuan untuk mengurus dan mentadbir aktiviti dan program mahasiswa di universiti dan tidak mungkin segala itu boleh berlaku tanpa kewujudan HEP. Malah HEP membantu mahasiswa dalam pembentukan sahsiah dan ketrampilan diri melalui unit-unit yang ada di HEP seperti unit kolej kediaman, unit latihan dan kepimpinan dan seksyen kaunseling dan kerjaya. Bicara soal PRK, pihak SPKUM berpendapat mana mungkin mahasiswa di atas kapasitinya sebagai pelajar mampu menguruskan pilihanraya kampus sedangkan mandat yang diberi untuk mewujudkan parlimen mahasiswa sehingga hari ini masih belum lagi dijalankan.

6. Berkenaan proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan diadakan tidak lama lagi, pihak universiti memutuskan untuk menurunkan purata nilai gred terkumpul (PNGK) layak bertanding dari 3.0 kepada 2.5. Rasionalnya adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat kepimpinan mereka dengan bebas dan tidak terikat oleh pencapaian akademik semata-mata. Hal ini kerana kepimpinan adalah suatu perkara yang subjektif dan tidak dinilai di atas kertas peperiksaan ataupun ujian. Jadinya, kami merasakan tidak perlu sesetengah pihak mejadikan hal ini sebagai satu isu dengan memperlekehkan sistem. Sengaja menjadikan hal ini suatu isu besar hanya kerana politik tanpa melihat dari sudut pembangunan pelajar.

7. Untuk pertama kalinya, Universiti Malaya memperkenalkan suatu sistem pilihanraya kampus yang dilihat seolah-olah menyamai sistem pilihanraya yang dijalankan oleh Malaysia semenjak merdeka. Sistem ini boleh ditafsirkan sebagai sistem parlimen dan dewan undangan negeri yang digunapakai dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Untuk proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi kerusi umum, sistem calon umum diundi oleh kesemua pelajar ijazah dasar telah dimansuhkan dan digantikan oleh sistem zon. Di dalam sistem baru ini, kesemua 16 fakulti, pusat dan akademi dibahagikan kepada 4 zon. Setiap zon akan diwakili oleh 2 calon kerusi umum. Ini bermakna Majlis Perwakilan Pelajar akan mempunyai 8 kerusi umum. Baki satu lagi kerusi adalah daripada zon Institut Pascasiswazah (IPS) untuk melengkapkan jumlah kerusi umum sebanyak 9 buah. Tapi terdapat pula sesetengah pihak yang memperlekehkan sistem baru ini sebagai tidak adil dan harus dihapuskan dengan tagline 'Hapuskan Sistem Zon'. Mungkin selepas ini kita boleh namakan sistem baru ini sebagai sistem parlimen dan mereka mungkin pula akan mengatakan 'Hapuskan Sistem Parlimen'. Kami di SPKUM berpendapat sistem baru ini adalah bertepatan dengan sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia dimana zon yang ditetapkan tadi adalah 'parlimen' dan fakulti, pusat dan akademi yang berada di dalam zon itu diistilahkan sebagai 'Dun'. Bagaimana pula jadi tidak adil sedangkan sebelum ini, sentimen fakulti dimainkan semasa pengundian di mana fakulti yang punya pelajar kurang mesti kalah dalam pertandingan di peringkat umum contohnya bidang profesional undang-undang berbanding dengan fakulti yang punya pelajar paling ramai sering mendominasi tanpa perlu melihat komposisi bidang pengajian. Ujudnya, sistem yang pada kami di SPKUM ini lebih senang didengar dengan istilah Parlimen boleh memberi keseimbangan dalam pemilihan wakil pelajar. Untuk di peringkat kita sebagai mahasiswa inilah yang dipanggil 'democracy and fairness' yang sering dilaung-laungkan.

8. Hari ini, kita lihat mahasiswa sengaja menjadikan sesuatu pembaharuan itu sebagai isu demi kepentingan politik masing-masing. Bagaima kita sebagai pemimpin pelajar ingin meneruskan pembangunan pelajar sekiranya pembaharuan yang ingin disampaikan tidak diterima sebagai suatu daripada sistem. Sistem dianggap pelajar sebagai satu perkara yang harus di tentang namun, kembali pada sistem apabila ada kepentingan. Seharusnya pelajar harus kritikal tentang bagaimana mengatasi sistem dengan cara paling terhormat. Tidak perlu lagi menyekat ideologi atau terus-terusan menjadi 'anti-establishment'. Perlu sedar satu hari nanti kita pula sebagai pemimpin pelajar akan mewujudkan sistem dan bagaimana kita mahu pelajar yang lainnya berada di dalam sistem.



P/S : Brader sokong sistem baru!



Saudara Marwan Kahar

MONTAJ PENGGERAK MAHASISWA #1

Montaj pertama daripada Penggerak Mahasiswa.Bakal menyusul yang lain :)



Nantikan kami...

26 February 2012

#Lynas : apa persamaan PAS dengan KETAM ni?


Apa persamaan PAS (Parti Alam Sekitar) dengan ketam ni?Brader rasa ada persamaan dari segi perumpaan "Ibarat Ketam Mengajar Anaknya berjalan lurus".Nak tau apa?Jom layan video ni.Lihat minit 2 : 08



Dr Che Rosli Che Mat,Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hului Langat mendakwa penerangan PAS menghalang YB ini daripada membuat sebarang kenyataan

Jadi jelaslah PAS ini ibarat 

Ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus

Kerana apa?

Kerana puak-puak PAS ini jugaklah yang mengajar-anak buahnya macam Safwan Anang menuntut kebebasan akademik.

Sendiri ajar anak buah pasal kebebasan akademik tapi sendiri tak apply kebebasan akademik.So ape jadahnya Dr Che Rosli dihalang daripada membuat sebarang kenyataan sebelum ni oleh penerangan PAS?Bukankah itu salah satu kebebasan akademik?Dia bercakap diatas ilmu yang dia ada.Ini apa ni??Jaga periuk nasi?Jaga kepentingan politik?Nak cover apa lagi??Si Fuziah pulak,ada degree dalam kaunseling dan master dalam pentadbiran perniagaan tapi dalam kes ni dia pulak yang macam ada 12 degree dalam bidang nuklear.Pelik jugak rakyat Malaysia yang dok sokong dia ni!

So adakah rakyat di sekitar Lynas di dedahkan dengan fakta-fakta ini?(Baca!!Jangan malas)













































Sedarlah woi rakyat Malaysia anda ditipu oleh juak-juak pembangkang nih!!

kes VC UiTM-pandangan bloggers mahasiswa



Dalam seminggu ni brader dok perhati je pergaduhan antara bloggers-bloggers Pro BN.Paling HOT ialah kes VC UiTM iaitu Dato' Sahol yang brader difahamkan telah selesai pada tahun 2007.Isu ini telah dibawa kembali oleh seorang bloggers yang menjadi "RajA Bloggers" Entah apa tujuannya brader tak pasti.Disini brader ingin membuat satu pandangan terhadap Raja Bloggers ni.Brader pun tak faham kenapa bersungguh-sungguh raja bloggers ni ambil sumber daripada MeloyaKini yang selama ni dikutuk.Mungkin raja bloggers ini rasa hebat dapat menghentam VC daripada sebuah intsitusi yang menjaga anak-anak Melayu dan bumiputera dengan melakukan Character Assasination.Brader melihat serangan keatas Dato' Sahol ini ialah tindakan yang kurang bijak.Atas beberapa dasar :

1) Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah diiklankan diakhbar tempatan bermula 20 Ogos 2006 hingga 8 Sept 2006 (Masa ni ramai yang memohon termasuk 2 orang anak Datuk Sahol) 

2) Senarai pemohon yang diterima telah menghadiri satu temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini). Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat pada peringkat ini.
411 orang telah berjaya lepasi temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini) di peringkat Fakulti. 

3) Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah dikemukan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) untuk kelulusan. (dalam laporan ini ada nama 2 Orang Anak Datuk Sahol) 

4)Y. Bhg Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ketika itu memegang jawatan TNC Akademik dan Pengantarabangsa selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) telah memperakui bersetuju dengan Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 

5) 21 Disember 2006, Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan yang dipengerusikan Dato' Sahol telah mengesahkan dan memperakui Keputusan Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)

6) Dato' Sahol tidak memaklumkan kepentingan beliau kepada mesyuarat kerana anaknya ada dalam senarai yang Pemberian Biasiswa Tenaga Pengajar Muda. (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)
Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat dalam pemilihan Calon bagi temuduga.


Jadi brader menyarankan supaya "Raja Blogger" ini MEMINTA MAAF kepada Dato' Sahol.Juga ada pandangan daripada bloggers student Harapan Esok disini.Gambar dibawah adalah gambar Dato' Sahol bersama seorang bloggers.Tahniah Dato' kerana sudi bersama segenap lapisan masyarakat tidak terhad kepada mahasisw sahaja



Brader jugak tak faham ada juga sekutu-sekutu "Raja Blogger" ni menyambut artikelnya seolah-olah maklumat yang didapati itu telah sahih dan benar.Bukan apa,tindakan dia ini akan dan telah pun membuatkan sebahagian besar penuntut UiTM menyampah kepada bloggers ini dan simpati keatas Dato' Sahol yang terkenal dengan sikap mesranya dengan mahasiswa.Adakah selama ini mahasiswa khususnya tertarik dengan maklumat dan cara penyampaian yang "Raja Blogger" ini lakukan?Dan adakah dengan tindakan ini membuatkan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada bertambah?Selain daripada menulis blog,bloggers juga berperanan sebagai pengkaji sikap dan respon pelbagai lapisan masyarakat terhadap apa yang dikeluarkan oleh bloggers itu sendiri.Brader sarankan "Raja Blogger" and the gang  MEMINTA MAAF.Untunglah Dato' Sahol tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.Baik setel cepat.Tak kisah lah kita ni Raja Blogger ke Raja Buah ke Raja Rempit ke.Kita ada  banyak lagi agenda yang mahu diteruskan.

P/S : Berani kerana benar!

24 February 2012

SIAPA GERAKAN 13?

Wow!Macam-macam blog yang muncul skang.Yang anti kerajaan la.Yang pro kerajaan la.Macam-macam.Terbaru brader tengok ada satu blog ni terbhaek jugak.Fokus isu mahasiswa.Jom layan!


Wow!Adakah Gerakan 13 ni adik beradik dengan geng Jinggay 13?Keh keh keh.nampaknya tak kot.Sebelum ni kita ada nama-nama besar bloggers mahasiswa seperti :


So brader harap Gerakan 13 ni akan melakukan yang terbhaek demi perjuangan mahasiswa!hapuskan kebatilan ok?

TUDUH PENGGERAK MAHASISWA BOLEH NAIKKAN CGPA?JOM SETEL ISNIN NIH!

Wow!Nampaknya semakin tertekan la puak-puak Pro-Mahasiswa ni lantaran keceluparan mulut salah seorang ORANG KANAN mereka iaitu Tan Tiong Yih  baru-baru nih (klik).Ada ke tuduh Penggerak Mahasiswa boleh naikkan pointer sesuka hati khas untuk bertanding PRK.Ko ingat universiti ni mak bapak Penggerak punya ke?Ko ingat TNC Akademik tu budak Penggerak ke?Kau ingat TNC Akademik tu angkat banner sokong Penggerak masa Pilihanraya Kampus ke?Cis!Dah.Cakap banyak tak guna,tembak tak kena.Jom kita pegi satu sesi Isnin nih


Ok Tan Tiong Yih yang hebat,apa kata kau pegi dan tanya sendiri TNC Akademik pasal benda yang kau tuduh tu.Tak pun kalau kau tak berani,kau suruh je budak-budak kau pegi tanya.Sekurang-kurangnya nanti yang malu bukan kau tapi budak-budak yang tanya tu.KAH KAH KAH.Ada bran ke???

P/S : Trus TTY menyorok bila tengok artikel nih.Wakakakakaka!

22 February 2012

HOT : TUDUHAN YANG KURANG AJAR TERHADAP PENGGERAK MAHASISWA!

Yellow morning!Disini brader ingin menaikkan satu isu yang cukup HOT!Tuduhan berat keatas Penggerak Mahasiswa oleh seorang MPP (Pro-M) yang digantung tugas.Lai tengok (klik gambar untuk besarkan)


Haha..Mesti korang tak paham kan apa yang dituduh?Rileks k?Brader dah siap pun translate dengan bantuan kawan chineese.Bukan brader translate pakai google translate ok?Ini translate nya

Daripada Tan Tiong Yih

Keprihatinan dan penyertaan Pelajar UM terhadap politik Kampus adalah sesuatu perkara yang  membanggakan tidak mengira mana-mana parti Mahasiswa. Tetapi apa yang mengejutkan adalah penggerak mahasiswa sanggup memberi pelbagai manfaat kepada calon-calon pengerak yang bertanding dalam pilihan raya kampus, termasuklah menaikkan CGPA mereka. Sebelum saya mendapat bukti yang kukuh, saya harap kamu boleh menghentikan perbuatan kotor ini supaya saya boleh menghormati anda sebagai pelawan saya.
Saya amat berharap kamu dapat membuktikan kepada saya bahawa statement saya adalah salah.


KAH KAH KAH


Jom kita tengok apa balas Yu Sheng.Dia balas dengan santai je.Terduduk kot si Tan Tiong Yih ni

Daripada Leong Yu Sheng,

To Mr Tan Tiong Yih
Dear Senior, Please stop black mailing our faction. Giving out statement without concrete fact and data is absolutely irrational and irresponsible.
I urge u to show me the proof if you have. if not, please apologize for your irresponsible action. I believe people that supported you would be dissapointed too for you accusing action.

Anyway, academic stuff is under TNC akademik, nothing to do with HEPA part, unless you are doubt about TNC akademik neutrality.
Please respond as soon as possible.

Your Junior and not your enemy,
Leong Yu Sheng


Nak bukti lagi sila klik gambar dibawah


So dia ingat benda ni dah setel ke?Blum bro!Benda ni melibatkan bahagian Akademik dan mencemarkan nama institusi Akademik!.Habis semua kau kaitkan semata-mata nak memburukkan Penggerak Mahasiswa.Kalau ada bukti yang kukuh,JOM KITA JUMPA TNC AKADEMIK!ADA BERANI?????

P/S : Memfitnah jelah keje depa ni.Tak de keje lain.Daripada kau fitnah,baik kau cabut rumput panjang.Brader mintak Tan Tiong Yih kemukakan bukti yang KONKRIT tu (Kalau ade)


Gerakan Mahasiswa di Universiti Malaya



21 February 2012

HOT : NAMA AMAN KAMPUS DIBURUKKAN DI UNIVERSITI MALAYA??

Cis..Brader ingat citer Aman Kampus untuk  fasa 1 ni dah berakhir.Semalam brader helo2 member seperjuangan kat UM.Dorang bagitau brader yang ade satu banner dah naik kat dalam UM.So brader pun mintak la member brader ni send gambar.Banner ni naik dipercayai pada Jumaat 17/2/2012 di depan UM Sentral dimana ketika itu sedang HOT jelajah Aman Kampus.So brader da abes program ni baru dapat tau.Ciss!Jom tengok banner nye


Agak-agak sape punya keje ni?Dengki sangat kot.Sampai buat banner bagai.Brader agak ni saje je buat salah eja kat dalam banner tu.Siap melibatkan nama Penggerak Mahasiswa dan Srikandi Malaya lak tuh..

Cis !!

Tapi brader nk cakap

Ni je ke yang mampu diorang buat??xde lagi hot ke??GAME YANG SERABAI OK?

P/S : Aman Kampus still cool!Penggerak lagi cool.Srikandi Malaya amatlah cool!Yang buat banner ni SERABAI!

#AMAN KAMPUS FINALE : "INILAH SUARA ANAK MUDA YANG KITA TELAH BAWA KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA"

Selamat pagi dan salam 1Malaysia.Sempena pagi yang sejahtera ni brader ingin  membuat kesimpulan jelajah Aman Kampus fasa 1 yang bertemakan "Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat".

Fasa 1 Aman Kampus telah selamat melabuhkan tirainya pada 19/2/2012 yang berakhir di Tanjung Karang.Mesej jelas disini bahawa kedatangan Aman Kampus ke semua negeri di Semenanjung Malaysia berjaya membawa imej positif kepada masyarakat bahawa inilah sebenarnya suara mahasiswa dan inilah peranan sebenar mahasiswa dalam menjiwai denyut nadi rakyat.Jommmm kita terjah aktiviti-aktiviti terakhir Aman Kampus!

(Program Mentor Mentee di SMKA Simpang Lima Sg Besar-Yang sorang tu tido ke doa tu?Haha)

(Pelajar SMKA Simpang Lima mendengar perkongsian daripada mentor mereka)

(Haa!Tu nk peluk ke nak cekik??)

(Kami menang motor!Hehe)

Selepas selesai program mentor mentee,pelajar-pelajar SMKA Simpang Lima turun mengiringi kami sehingga ke pintu bas.Gelagat ceria mereka membuatkan kami rasa u ollz adalah student yang sporting habess!Mereka macam tak nak melepaskan kami pulang!(pergh ayat mau gempak.Tp seyes dowh!).Rugi lak tak amik gamba bateri kamera dgn fon kong pulak!Ciss

Ok..Program di SMKA Simpang Lima telah pun....

S.E.L.E.S.A.I

Skang kita beralih ke Majlis Penutup di Hj Dorani Homestay Sg Besar

(Dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon)

Yang menariknya YB Noriah membahasakan diri dia sebagai "makcik" kepada peserta-peserta Aman Kampus.Sempoi gilerr Ahli Parlimen ni...!

(Audiens)

(Pemakaian Vest simbolik perasmian)


Kemudiannya u olzz tau la kan sesi apa seterusnya..

SESI AIR MATA OK??

KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!

(Korang tengok je doranng ni bersemangat,padahal tengah tahan air mata tu.Hihihi)

(macam biasa la,pempuan memang tak boleh cover sedih dorang.Gila kau,lebih 2 minggu bukak mata tengok muka yang sama,nak tutup mata tengok muka yang sama.Last2 muka yang sama akan pegi membawa haluan masing-masing.Cheh ayat nak sastera).

Ok setel di Selangor,then peserta Aman Kampus bergerak ke Tanjung Karang untuk majlis penghargaan yang dirasmikan oleh YB Dato' Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan)

Ok muat tu Dato'..hehe

Ok kali ni memang betul-betul punya last Sesi Air Mata.Brader pun bateri dah kong,so brader rembat lah pic daripada bloggers Harapan Esok.Thanks bro!Hehe


(Woi!Korang tak sedih ke??)

(Brader pasti ni air mata ikhlas)

(Dik tu nanges ke nak muntah?)

(Tudiaa standby dah sapu tangan)

(Sedih sampai sakit belakang???)

(Dah macam ibu dan anak pun ade.Takpe dik,kita berjumpa di alam maya ye)
(Memerah sapu tangan sebab dah terlalu basah.hihih)

Ape la korang sedih-sedih..tengok gamba brader.Cool je!hehehe



........................

Nanti!!Aman Kampus fasa II akan menemui anda

Jelajah AMAN KAMPUS Fasa II


Melibatkan 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara dan setiap lokasi akan melibatkan minimum 1000 orang mahasiswa pelbagai bangsa.


Program tertumpu mengikut kehendak mahasiswa di IPT dan yang menjadi perkara pertama Menteri Kabinet harus bersama bermesra dengan para mahasiswa di setiap kampus dalam keadaan bersantai dan berdialog dengan mereka berkaitan isu-isu semasa. NGOs akan mengetuai jelajah ini.


Objektif

-Menerangkan kepada Warga kampus mengenai ‘AMAN KAMPUS’
-Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian dan bersama mempertahankan keamanan negara.
-Memperlihatkan mahasiswa kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri
-Menjelaskan dasar-dasar dan pencapaian negara kepada masyarakat.
-Mendapat input daripada masyarakat mengenai kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak


Bengkel Penyelarasan

-Kursus Penyelarasan ini akan diadakan pada 26-27 Februari 2012 selama 2 hari 1 malam
-Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja program disamping merapatkan hubungan antara peserta.
-Peserta kursus ini juga akan diterangkan objektif pelaksanaan AMAN KAMPUS, harapan pemimpin dan suntikan motivasi.
-Antara pengisian kursus ini ialah Majlis Perasmian, Ceramah Kenegaraan dan Isu-isu semasa, Sesi Suai kenal dan Pembentukan Kumpulan.

ACARA KEMUNCAK

-Penerimaan Memorandum ‘AMAN KAMPUS’ daripada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

Aktiviti


P/S : Nantikan gambar-gambar menarik sepanjang Aman Kampus di post yang akan datang.Jeng Jeng Jeng.Hehe!

Jap!!!!

Brader merindui kata-kata yang biasa brader dengar daripada brader Shahar iaitu "Saya kira,inilah suara anak muda yang kita akan bawa ke seluruh semenanjung Malaysia.Bermula daripada putrajaya dan berakhir di tanjung karang"

Dan yang terakhir,brader juga teringin nk post gambar ni.



Kah Kah Kah.Shahar tenggelam beb!Okbai!

19 February 2012

Pengakuan peserta #AmanKampus : ""Kami telah disuap!"

Jelajah Aman Kampus "Kembara Mahasiswa bersama masyarakat" hampir melabuhkan tirai.Kini kami berada di Sg Besar,Selangor.Walaupun hampir melabuhkan tirai,namun jelajah ini tidak putus-putus dilanda kontroversi.Terbaru,ramai peserta mengaku telah disuap!Cerita ini memang nampak tak sedap.Jom kita terjah!


Ciss!!Brader ingat kene rasuah tadi.Rupanya mereka memang betul-betul kene suap!Kene suap dengan pulut kuning oleh penduduk kampung bagi meraikan kedatangan mereka!Nice one!Sambutan yang baik hanya untuk mereka yang datang secara terhormat.Petang tadi kami sampai lebih kurang jam 6.30 petang

(Baik hati penduduk kampung sini.Siap ada paluan kompang lagi.Kami sungguh terharu!)

(Minum petang yang disediakan,Sume dah macam dinosaur bila makan)

(Tenang dan damai sungguh panorama senja di sini-Saje nak bagi jeles budak-budak yang tak join.Haha!)

(Sume jadi Jawa malam ni.Peserta dijamu dengan Nasi Ambeng yang disediakan di dalam dulang untuk makan malam)

(Muzammil memang kuat makan!)


(Kumpulan Nasyid juga turut membuat persembahan sebelum program Pentas Anak Muda)

(Hiyarghh!!!!patah tengkuk Adam Adli.Haha)

(Sesi penyerahan Anak Angkat)

Kini sedang berlangsung Pentas Anak Muda di Sg Besar

.............................

Semetara itu,di sebelah pagi dan tengah hari,kami berada di Kg Melayu Ampang untuk aktiviti Info Siswa,Siswa Cergas dan Siswa Prihatin.Program ini diuruskan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM).Sempena program ini juga diadakan Mini Carnival yang menyediakan pelbagai aktiviti

(Aktiviti dimulakan dengan Siswa Cergas-Senamrobik ok?Kelas kau jahh!)

(Style lah akak ni bawak anak dia.Haha)

(Programm Siswa Prihatin di TABIKA Sri Muhibah)

(Letih ke kak?Hehe)

(Gotong royong dehh)

(Peace!Kemas dapur ke dik??Hehe)

(Program Info Siswa)

(Terjah ke dik oii???)


(Antara yang dipamerkan)

(Esok da besar masuk Universiti tau!)

(Ucapan daripada Jaringan Melayu Malaysia-JMM)

(Ucapan penyelaras Dun Bukit Antarabangsa,Datuk Ismail Kijo)

(Hamper untuk program Explorace sempena Siswa Cergas)

(Presiden Aspirasi Alumni dan Datuk Ismail Kijo ditemuramah oleh wartawan)

Terima Kasih kepada penduduk Kg Melayu Ampang dan Jaringan Melayu Malaysia atas kerjasama yang diberikan!


RANDOM