Mahasiswa dan sistem : Mendepani cabaran dunia baru
2. Kalau kita bandingkan hari ini dan semalam. Perbezaannya adalah sgt banyak. Persaingan juga amat dahsyat. Namun masih lagi kita kembali mengidamkan semalam. Mungkinkah sesetengah mahasiswa masih lagi tidak faham. Atau sengaja membantutkan pemikiran mahasiswa yang lainnya. Masih lagi di takuk yang sama.
3. Baru-baru ini, ada dialog terbuka yang dianjurkan bahagianrbarisan pentadbir kepada seluruh mahasiswa berkaitan transformasi baru yang cuba disampaikan universiti setelah bergelar 'universiti autonomi'.
4. Pihak SPKUM menyambut baik transformasi yg ingin disampaikan oleh universiti dan merasakan ianya adalah 'A Timely moved decision'. Profesor Dr Hamdi Abdul Shukor, TNC Akademik di dalam ucapannya menegaskan bahawa transformasi yang ingin disampaikan oleh universiti ini tidak akan berhasil sekiranya mahasiswa tidak ingin sama melakukan transformasi terhadap diri mereka.
5. TNC HEP Profesor Datuk Dr Rohana Yusof menegaskan bahawa penubuhan HEP adalah bertujuan untuk mengurus dan mentadbir aktiviti dan program mahasiswa di universiti dan tidak mungkin segala itu boleh berlaku tanpa kewujudan HEP. Malah HEP membantu mahasiswa dalam pembentukan sahsiah dan ketrampilan diri melalui unit-unit yang ada di HEP seperti unit kolej kediaman, unit latihan dan kepimpinan dan seksyen kaunseling dan kerjaya. Bicara soal PRK, pihak SPKUM berpendapat mana mungkin mahasiswa di atas kapasitinya sebagai pelajar mampu menguruskan pilihanraya kampus sedangkan mandat yang diberi untuk mewujudkan parlimen mahasiswa sehingga hari ini masih belum lagi dijalankan.
6. Berkenaan proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan diadakan tidak lama lagi, pihak universiti memutuskan untuk menurunkan purata nilai gred terkumpul (PNGK) layak bertanding dari 3.0 kepada 2.5. Rasionalnya adalah untuk membuka lebih banyak peluang kepada mahasiswa untuk menonjolkan bakat kepimpinan mereka dengan bebas dan tidak terikat oleh pencapaian akademik semata-mata. Hal ini kerana kepimpinan adalah suatu perkara yang subjektif dan tidak dinilai di atas kertas peperiksaan ataupun ujian. Jadinya, kami merasakan tidak perlu sesetengah pihak mejadikan hal ini sebagai satu isu dengan memperlekehkan sistem. Sengaja menjadikan hal ini suatu isu besar hanya kerana politik tanpa melihat dari sudut pembangunan pelajar.
7. Untuk pertama kalinya, Universiti Malaya memperkenalkan suatu sistem pilihanraya kampus yang dilihat seolah-olah menyamai sistem pilihanraya yang dijalankan oleh Malaysia semenjak merdeka. Sistem ini boleh ditafsirkan sebagai sistem parlimen dan dewan undangan negeri yang digunapakai dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Untuk proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi kerusi umum, sistem calon umum diundi oleh kesemua pelajar ijazah dasar telah dimansuhkan dan digantikan oleh sistem zon. Di dalam sistem baru ini, kesemua 16 fakulti, pusat dan akademi dibahagikan kepada 4 zon. Setiap zon akan diwakili oleh 2 calon kerusi umum. Ini bermakna Majlis Perwakilan Pelajar akan mempunyai 8 kerusi umum. Baki satu lagi kerusi adalah daripada zon Institut Pascasiswazah (IPS) untuk melengkapkan jumlah kerusi umum sebanyak 9 buah. Tapi terdapat pula sesetengah pihak yang memperlekehkan sistem baru ini sebagai tidak adil dan harus dihapuskan dengan tagline 'Hapuskan Sistem Zon'. Mungkin selepas ini kita boleh namakan sistem baru ini sebagai sistem parlimen dan mereka mungkin pula akan mengatakan 'Hapuskan Sistem Parlimen'. Kami di SPKUM berpendapat sistem baru ini adalah bertepatan dengan sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia dimana zon yang ditetapkan tadi adalah 'parlimen' dan fakulti, pusat dan akademi yang berada di dalam zon itu diistilahkan sebagai 'Dun'. Bagaimana pula jadi tidak adil sedangkan sebelum ini, sentimen fakulti dimainkan semasa pengundian di mana fakulti yang punya pelajar kurang mesti kalah dalam pertandingan di peringkat umum contohnya bidang profesional undang-undang berbanding dengan fakulti yang punya pelajar paling ramai sering mendominasi tanpa perlu melihat komposisi bidang pengajian. Ujudnya, sistem yang pada kami di SPKUM ini lebih senang didengar dengan istilah Parlimen boleh memberi keseimbangan dalam pemilihan wakil pelajar. Untuk di peringkat kita sebagai mahasiswa inilah yang dipanggil 'democracy and fairness' yang sering dilaung-laungkan.
8. Hari ini, kita lihat mahasiswa sengaja menjadikan sesuatu pembaharuan itu sebagai isu demi kepentingan politik masing-masing. Bagaima kita sebagai pemimpin pelajar ingin meneruskan pembangunan pelajar sekiranya pembaharuan yang ingin disampaikan tidak diterima sebagai suatu daripada sistem. Sistem dianggap pelajar sebagai satu perkara yang harus di tentang namun, kembali pada sistem apabila ada kepentingan. Seharusnya pelajar harus kritikal tentang bagaimana mengatasi sistem dengan cara paling terhormat. Tidak perlu lagi menyekat ideologi atau terus-terusan menjadi 'anti-establishment'. Perlu sedar satu hari nanti kita pula sebagai pemimpin pelajar akan mewujudkan sistem dan bagaimana kita mahu pelajar yang lainnya berada di dalam sistem.
P/S : Brader sokong sistem baru!
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com