.

Live TV Warta Rakyat

26 February 2012

kes VC UiTM-pandangan bloggers mahasiswa



Dalam seminggu ni brader dok perhati je pergaduhan antara bloggers-bloggers Pro BN.Paling HOT ialah kes VC UiTM iaitu Dato' Sahol yang brader difahamkan telah selesai pada tahun 2007.Isu ini telah dibawa kembali oleh seorang bloggers yang menjadi "RajA Bloggers" Entah apa tujuannya brader tak pasti.Disini brader ingin membuat satu pandangan terhadap Raja Bloggers ni.Brader pun tak faham kenapa bersungguh-sungguh raja bloggers ni ambil sumber daripada MeloyaKini yang selama ni dikutuk.Mungkin raja bloggers ini rasa hebat dapat menghentam VC daripada sebuah intsitusi yang menjaga anak-anak Melayu dan bumiputera dengan melakukan Character Assasination.Brader melihat serangan keatas Dato' Sahol ini ialah tindakan yang kurang bijak.Atas beberapa dasar :

1) Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah diiklankan diakhbar tempatan bermula 20 Ogos 2006 hingga 8 Sept 2006 (Masa ni ramai yang memohon termasuk 2 orang anak Datuk Sahol) 

2) Senarai pemohon yang diterima telah menghadiri satu temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini). Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat pada peringkat ini.
411 orang telah berjaya lepasi temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini) di peringkat Fakulti. 

3) Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah dikemukan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) untuk kelulusan. (dalam laporan ini ada nama 2 Orang Anak Datuk Sahol) 

4)Y. Bhg Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ketika itu memegang jawatan TNC Akademik dan Pengantarabangsa selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) telah memperakui bersetuju dengan Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 

5) 21 Disember 2006, Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan yang dipengerusikan Dato' Sahol telah mengesahkan dan memperakui Keputusan Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)

6) Dato' Sahol tidak memaklumkan kepentingan beliau kepada mesyuarat kerana anaknya ada dalam senarai yang Pemberian Biasiswa Tenaga Pengajar Muda. (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)
Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat dalam pemilihan Calon bagi temuduga.


Jadi brader menyarankan supaya "Raja Blogger" ini MEMINTA MAAF kepada Dato' Sahol.Juga ada pandangan daripada bloggers student Harapan Esok disini.Gambar dibawah adalah gambar Dato' Sahol bersama seorang bloggers.Tahniah Dato' kerana sudi bersama segenap lapisan masyarakat tidak terhad kepada mahasisw sahaja



Brader jugak tak faham ada juga sekutu-sekutu "Raja Blogger" ni menyambut artikelnya seolah-olah maklumat yang didapati itu telah sahih dan benar.Bukan apa,tindakan dia ini akan dan telah pun membuatkan sebahagian besar penuntut UiTM menyampah kepada bloggers ini dan simpati keatas Dato' Sahol yang terkenal dengan sikap mesranya dengan mahasiswa.Adakah selama ini mahasiswa khususnya tertarik dengan maklumat dan cara penyampaian yang "Raja Blogger" ini lakukan?Dan adakah dengan tindakan ini membuatkan sokongan kepada kerajaan yang sedia ada bertambah?Selain daripada menulis blog,bloggers juga berperanan sebagai pengkaji sikap dan respon pelbagai lapisan masyarakat terhadap apa yang dikeluarkan oleh bloggers itu sendiri.Brader sarankan "Raja Blogger" and the gang  MEMINTA MAAF.Untunglah Dato' Sahol tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang.Baik setel cepat.Tak kisah lah kita ni Raja Blogger ke Raja Buah ke Raja Rempit ke.Kita ada  banyak lagi agenda yang mahu diteruskan.

P/S : Berani kerana benar!

1 comments:

  1. anak dato' layak....fakta... ade ke dalam permohonan syarat die anak vc x boleh mohon?? lainlah kalau anak vc x lalui tapisan2 tu...

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM