.

Live TV Warta Rakyat

21 February 2012

#AMAN KAMPUS FINALE : "INILAH SUARA ANAK MUDA YANG KITA TELAH BAWA KE SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA"

Selamat pagi dan salam 1Malaysia.Sempena pagi yang sejahtera ni brader ingin  membuat kesimpulan jelajah Aman Kampus fasa 1 yang bertemakan "Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat".

Fasa 1 Aman Kampus telah selamat melabuhkan tirainya pada 19/2/2012 yang berakhir di Tanjung Karang.Mesej jelas disini bahawa kedatangan Aman Kampus ke semua negeri di Semenanjung Malaysia berjaya membawa imej positif kepada masyarakat bahawa inilah sebenarnya suara mahasiswa dan inilah peranan sebenar mahasiswa dalam menjiwai denyut nadi rakyat.Jommmm kita terjah aktiviti-aktiviti terakhir Aman Kampus!

(Program Mentor Mentee di SMKA Simpang Lima Sg Besar-Yang sorang tu tido ke doa tu?Haha)

(Pelajar SMKA Simpang Lima mendengar perkongsian daripada mentor mereka)

(Haa!Tu nk peluk ke nak cekik??)

(Kami menang motor!Hehe)

Selepas selesai program mentor mentee,pelajar-pelajar SMKA Simpang Lima turun mengiringi kami sehingga ke pintu bas.Gelagat ceria mereka membuatkan kami rasa u ollz adalah student yang sporting habess!Mereka macam tak nak melepaskan kami pulang!(pergh ayat mau gempak.Tp seyes dowh!).Rugi lak tak amik gamba bateri kamera dgn fon kong pulak!Ciss

Ok..Program di SMKA Simpang Lima telah pun....

S.E.L.E.S.A.I

Skang kita beralih ke Majlis Penutup di Hj Dorani Homestay Sg Besar

(Dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon)

Yang menariknya YB Noriah membahasakan diri dia sebagai "makcik" kepada peserta-peserta Aman Kampus.Sempoi gilerr Ahli Parlimen ni...!

(Audiens)

(Pemakaian Vest simbolik perasmian)


Kemudiannya u olzz tau la kan sesi apa seterusnya..

SESI AIR MATA OK??

KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!

(Korang tengok je doranng ni bersemangat,padahal tengah tahan air mata tu.Hihihi)

(macam biasa la,pempuan memang tak boleh cover sedih dorang.Gila kau,lebih 2 minggu bukak mata tengok muka yang sama,nak tutup mata tengok muka yang sama.Last2 muka yang sama akan pegi membawa haluan masing-masing.Cheh ayat nak sastera).

Ok setel di Selangor,then peserta Aman Kampus bergerak ke Tanjung Karang untuk majlis penghargaan yang dirasmikan oleh YB Dato' Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan)

Ok muat tu Dato'..hehe

Ok kali ni memang betul-betul punya last Sesi Air Mata.Brader pun bateri dah kong,so brader rembat lah pic daripada bloggers Harapan Esok.Thanks bro!Hehe


(Woi!Korang tak sedih ke??)

(Brader pasti ni air mata ikhlas)

(Dik tu nanges ke nak muntah?)

(Tudiaa standby dah sapu tangan)

(Sedih sampai sakit belakang???)

(Dah macam ibu dan anak pun ade.Takpe dik,kita berjumpa di alam maya ye)
(Memerah sapu tangan sebab dah terlalu basah.hihih)

Ape la korang sedih-sedih..tengok gamba brader.Cool je!hehehe



........................

Nanti!!Aman Kampus fasa II akan menemui anda

Jelajah AMAN KAMPUS Fasa II


Melibatkan 20 IPTA dan 5 IPTS di seluruh negara dan setiap lokasi akan melibatkan minimum 1000 orang mahasiswa pelbagai bangsa.


Program tertumpu mengikut kehendak mahasiswa di IPT dan yang menjadi perkara pertama Menteri Kabinet harus bersama bermesra dengan para mahasiswa di setiap kampus dalam keadaan bersantai dan berdialog dengan mereka berkaitan isu-isu semasa. NGOs akan mengetuai jelajah ini.


Objektif

-Menerangkan kepada Warga kampus mengenai ‘AMAN KAMPUS’
-Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk cemerlang dalam pengajian dan bersama mempertahankan keamanan negara.
-Memperlihatkan mahasiswa kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri
-Menjelaskan dasar-dasar dan pencapaian negara kepada masyarakat.
-Mendapat input daripada masyarakat mengenai kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak


Bengkel Penyelarasan

-Kursus Penyelarasan ini akan diadakan pada 26-27 Februari 2012 selama 2 hari 1 malam
-Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja program disamping merapatkan hubungan antara peserta.
-Peserta kursus ini juga akan diterangkan objektif pelaksanaan AMAN KAMPUS, harapan pemimpin dan suntikan motivasi.
-Antara pengisian kursus ini ialah Majlis Perasmian, Ceramah Kenegaraan dan Isu-isu semasa, Sesi Suai kenal dan Pembentukan Kumpulan.

ACARA KEMUNCAK

-Penerimaan Memorandum ‘AMAN KAMPUS’ daripada Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar

Aktiviti


P/S : Nantikan gambar-gambar menarik sepanjang Aman Kampus di post yang akan datang.Jeng Jeng Jeng.Hehe!

Jap!!!!

Brader merindui kata-kata yang biasa brader dengar daripada brader Shahar iaitu "Saya kira,inilah suara anak muda yang kita akan bawa ke seluruh semenanjung Malaysia.Bermula daripada putrajaya dan berakhir di tanjung karang"

Dan yang terakhir,brader juga teringin nk post gambar ni.



Kah Kah Kah.Shahar tenggelam beb!Okbai!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM