.

Live TV Warta Rakyat

31 January 2012

TO PDRM : JANGAN JADI KEJAM #KEKEJAMAN TERBARU PDRM

Brader dah lama berdendam kepada PDRM.Kali ni Brader Jai secara rasmi brader benci PDRM sebab kekejaman  yang diorang dah buat

Brader tak de hal kalau PDRM cari brader.APA ADA HAL!!

Jom tengok KEKEJAMAN TERBARU PDRM..

Bloggers2 pembangkang boleh main isu ni ok??Gua support

......................

“TERIMA KASIH KERANA TUNAIKAN IMPIAN SAYA…” : Hasrat adik Noor Raihana binti Batturul Saman, 14 tahun yang ingin menjadi seorang anggota PDRM tercapai apabila berpeluang memakai uniform polis dan dibawa melawat ke Muzium PDRM, Unit Udara PDRM dan IPD Petaling Jaya, tengah hari tadi. 

Adik Raihana yang menghidap kanser tulang kelihatan teruja dan terharu dengan layanan baik yang diberikan oleh pegawai dan anggota polis sepanjang sesi lawatan. Beliau turut diiringi oleh keluarga, doktor dan wakil dari Persatuan Kebajikan Make a Wish Malaysia. 

Seluruh warga PDRM mendoakan agar adik Raihana dan keluarga tabah menghadapi dugaan dan kuatkan semangat dalam meneruskan kehidupan seharian.






Kejam kan?Cilaka nye polis

Nak gambar yang lg banyak pasal kekejaman polis boleh bukak link disini

30 January 2012

HOT : KAIN NURUL IZZAH TERSELAK LAGI???

(Sekadar gambar hiasan)

Lawatan Perdana Menteri di PPR Kerinchi di dalam kawasan parlimen Lembah Pantai ternyata 'menyelak kain' YB Nurul Izzah yang merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai


Lawatan ini disambut oleh lautan penduduk yang gembira dengan kedatangan YAB Perdana Menteri


Saksikan gambar!






Pada Oktober 2009, Najib yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri, melawat PPR Kerinci dan mengumumkan hadiah istimewa bagi membantu golongan berpendapatan rendah, terutama penyewa PPR untuk memiliki rumah sendiri di bawah konsep "Satu Keluarga Satu Rumah."

Menerusi program itu penduduk PPR boleh membeli PPR kendalian Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada harga antara RM21,500 dan RM35,000 seunit.

Program yang membabitkan keseluruhan 44,146 unit rumah iaitu 29,562 unit PPR MTEN di 20 kawasan dan 14,584 unit PA DBKL di 17 kawasan, dijual pada harga yang mampu dimiliki oleh penghuni PPR, dan harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga pasaran, iaitu antara RM80,000 dan RM85,000 seunit-BERNAMA

Amacam yob?terselak tak 'kain' Nurul Izzah??

P/S : Apa Izzah buat untuk Parlimen Lembah Pantai ye???

#PAS BUKAN PARTI ISLAM? : SIRI 1



Brader just ingin berkongsi kepada readers semua mengenai pembacaan brader mengenai PAS.Jadi diharap dapat membantu readers semua dalam memahami perjalan parti politik yang sering dijolokkan sebagai sebuah parti Islam.Go!

Pertamanya pada zahirnya,PAS sebenarnya tidak menggambarkan ciri-ciri sebuah Jemaah Islam atau parti Islam,tetapi ia lebih bersifat sebagai sebuah parti politik.Lebih-lebih lagi bila ia diluluaskan pendaftarannya oleh kerajaan British selepas ditubuhkan pada 16 September 1951.

Ertinya kewujudan PAS turut direstui penjajah British atau dengan kata lain PAS turut 'diredhai' penjajah.Kemudian PAS telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955,nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang)

PAS satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang ditibuhkan sebelum merdeka sesudah HIzbul Muslimin.Kenapa Hizbul Muslimin diharmkan dan PAS diizinkan bergerak?

Jawapannya ialah seperti mana kita faham bahawa penjajah ialah terdiri daripada kaum Yahudi dan Nasrani,mereka tidak akan berpuas hati denag umat Islam,selagi umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.Bila dilihat PAS boleh diperalatkan,British pun turut merestui PAS untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.

Buktinya telah didedahkan oleh Allah dalam Al Quran maksudnya "Selama-lamanya orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan redha (senang hati) kepada kamu (umat Islam) hinggalah kamu mengikuti agama (cara hidup) mereka: (Surah Al Baqarah ayat 120)

Ertinya,orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) selama-lamanya tidak senang hati terhadap mana-mana umat Islam,sama ada secara individu atau kumpulan (parti),selagi tidak mengikut jejak langkah mereka.

Jadi,mana-mana organisasi yang kononnya hendak memperjuangkan Islam,tetapi mendapat restu Yahudi dan Nasrani dan diberi permit (kebenaran) untuk bergerak,maka tandanya perjuangan mereka tidak boleh membawa cara hidup Islam tulen dan tidak mengamcan Yahudi dan Nasrani

Bersambung...

#AJL26 : TOLONG PULANGKAN HAK AIZAT!

Malang tidak berbau!

Inilah yang berlaku pada Aizat Amdan yang mempertaruhkan lagu Sungai Lui

Ceritanya bukan mengenai lagu yang dipertaruhkan 

Tetapi mengenai barang-barang Aizat yang dicuri di dressing room semasa berlangsungnya AJL 26

Jom kita view twitter Aizat di @MuhdAizatAmdan


Pulangkan lah...!Jangan Aniaya orang

Brader Jai : Tahniah kepada Hafiz dan pemenang-pemenang lain dalam AJL 26

P/S : Brader dengar AJL dlm van!Kelas U ollz!

28 January 2012

PANAS : TANTAWI JUGA BAKAL SENASIB DENGAN HASSAN ALI???

‎Panas!Kenyataan terbaru Tantawi di Twitter adalah bercanggah dengan kenyataan Anwar!


Kenyataan Anwar di Wall Street Journal

......................

Ini balas Ketua Pemuda PAS di Twitter


Adakah dengan kenyataan ini,puak-puak Anwarinas dalam PAS akan mencucuk kepimpinan tertinggi PAS untuk memecat Tantawi??Biasalah,bila tak kena dengan selera Anwar,akan ditendang daripada PAS!

Pecat jangan tak pecat yob!

27 January 2012

BETUL KE PEMECATAN HASSAN ALI TAK BAGI KESAN NEGATIF PADA PAS?LAI LAI TENGOK

Al-Kisah ada lah bloggers Pro Pembangkang ni khabaq kt orang yang kononnya pemecatan Dr Hassan Ali  tak bagi kesan negatif pada PAS?Ok..Jom duduk tepi jalan,gelak ramai-ramai..Haha.Standard la..Bila dah takut,macam2 la ayat cover puak-puak PAS ni buat bagi menutup kelemahan yang ada.Antara hujah mereka ialah "Tinjauan juga dibuat terhadap penonton klip Youtube berkaitan dengan pengumuman Presiden PAS mengenai pemecatan Dr Hasan Ali seperti yang diterbitkan oleh TVPAS. Daripada 67,796 penonton, 273 penonton memberi maklumbalas sama ada like atau dislike yang boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak. 80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan.


Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca-pembaca dan penonton-penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan, sumber The Malaysian Insider."-Sila rujuk sini

Brader Jai : Hebat benar kajian Pusat Penyelidikan PAS depends on youtube like or dislike.Ni brader nk tell u ollz yang puak-puak pembangkang ni sememangnya ada geng cybertroops sendiri yang keje depa like or dislike video kt U tube.Kalau video menyebelahi mereka,mereka pakat ramai-ramai like.Kalau tak menyebelahi mereka akan pakat ramai-ramai dislike.Alahai.Ni taktik murahan utk buat kajian lah abg-abg PAS sekalian.kalau sorang ade 5 6 account email,dah 5 6 dislike dah..Cuba bayangkan kalau 100 orang tu keje dorang asik like atau dislike agak2 cmne?Haha.Apasal Pusat Penyelidikan PAS ni tak melihat angka 67,790 viewers ni sebagai satu angka yang membimbangkan kerana jumlah itu adalah jumlah yang ambil tahu mengenai isu pemecatan ni?Ok lah..Dorang kata tak bagi  effect kan?Let see gambar dibawah

Ni ape kes yobb??takut ka??

OK la.Berdasarkan gambar di atas kita memang akui bahawa Pakatan Rakyat memang tak gentar langsung kekuatan Hassan Ali

Setakat apa yang brader perhati,memang ramai BERLUMBA-LUMBA MASUK PAS selepas kes pemecatan ni.Nah bukti


Woi!!Sorry..bukan masuk PAS..tapi keluar PAS..silap lak.HAHAHAHA

Tambah biaDAP lagi,kenyataan Azmin Ali terbaru..

Hek Elleh..Setakat Azmin ni,kecik anak jelah

P/S : Jangan bongkak,nanti lu merangkak!

VIDEO UNTUK MEREKA YANG SEDANG BEKERJA

Morning semua

Kali ni lari sikit daripada politik

Video lama tapi bila di refresh balik

Cukup menyentuh hati

Buat mereka yang sudah bekerja dan pendek kata sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Jom saksikan


Share artikel ini untuk mengingatkan yang lain.tq

NI KHAS UNTUK MAHASISWA #YANG DEGIL

PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara  tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang. (sumber : Berita Harian)

So mahasiswa yang menjual voucher dengan selamba badak seperti gambar dibawah bolehlah mula berasa takut sekarang

Sungguh bergaya jual di mudah.my



(Brader Jai : Ntah2 yang demo kt UPSI hari tu antara orang yang terawal ambik.Kih Kih Kih)

AMANAT TAHUN BARU KPT,SAIFUDDIN ABDULLAH TIDAK HADIR?

Amanat 2012 oleh YB .Dato' Seri Mohammed Khalid Nordin yang berlangsung di Dewan A,Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Khamis,26 Januari 2012 mengundang seribu tanda tanya apabila majlis itu tidak dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB.Dato' Saifuddin Abdullah



Persoalan : Dimana Saifuddin Abdullah?Mengapa bila SMM dan BEBAS berdemostrasi,dia boleh sanggup untuk turun sedangkan majlis yang penting seperti ini dia tiada?Nak jugak dengar amanat daripada Timb Menteri kita ni lebih-lebih lagi geng Solidariti Minoriti Mahasiswa cukup berminat dengan dia.

Wawawawawawawa

Amanat Dato' Seri Khaled Nordin ini bertajuk "Berfikiran Global,Bertidak Lokal" boleh dirujuk disini

Ulasan juga daripada blog YY  disini

26 January 2012

Soal Jawab Hassan Ali : Komen ringkas daripada Brader Jai



Kemunculan Dr Hassan Ali di media-media elektronik sememangnya sangat ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira yang menyokong kerajaan,pembangkang mahupun golongan atas pagar.

Pada pihak pembangkang terutamanya PAS sendiri,mungkin mereka tertunggu-tunggu apakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu menggugat sokongan terhadap mereka-di pihak kerajaan juga tertunggu adakah setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Hassan Ali mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk terus bermain isu ini.

Namun dalam program soal jawab ini,Dr Hassan Ali banyak memfokuskan mengenai kewujudan "Third Force" dalam sistem politik tanah air.Beliau juga ditanya adakah mereka yang berada di dalam kelompok third force akan mengadakan satu pakatan sempena PRU 13 yang akan datang.Semua adalah bergantung kepada keadaan.

Namun apa yang menarik perhatian brader ialah third force ini pada pandangan brader semakin kuat selepas pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS.Ya benar,sebelum ini sememangnya sudah ada third force seperti ini namun kali ini brader melihat satu aura yang agak berbeza mungkin kerana Hassan Ali ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air dan pemecatannya dari PAS telah mengundang seribu satu kontroversi yang pastinya akan mencalarkan imej PAS.Pastinya sedar atau tidak,pengaruh Hassan Ali ini mampu memberikan undi protes terhadap PAS.Yang pasti Hassan Ali mempunyai pengikutnya tersendiri yang  mampu menggugat PAS

Namun kewujudan third force ini tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerajaan pemerintah kerana kewujudan mereka ini sepatutnya diambil daripada sudut positif.Bagaimana sudut positif itu dapat terhasil ialah dengan menjadikan mereka sebagai 'saingan' yang mampu menjadikan jentera kerajaan lebih berusaha berkhidmat kepada rakyat dan membuat sehabis baik.Mereka cuba memberi yang terbaik untu rakyat dan anda juga cuba memberi yang terbaik untuk rakyat,maka hasilnya rakyat juga akan mendapat faedah.Beginilah politik matang.Tidak berusaha mensabotaj dan dengki akan sesuatu usaha daripada pihak lain sebaliknya menggunakan usaha pihak terbabit sebagai insiprasi untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Berbalik kepada peranan third foce dalam landskap politik tanah air.Kewujudan entiti third force yang dilihat kuat ini adalah bergantung kepada personaliti bersih pendukung-pendukungnya.Individu seperti Hassan Ali bagi pandangan umum masyarakat tidak mempunyai masalah apatah lagi beliau dilihat sebagai perjuang bagi menegakkan apa yang disebutkan sebagai perjuangan Islam Melayu dan Raja (IMR) yang merupakan tonggak kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia.Masyarakat yang berada di kelompok atas pagar melihat kuasa third force ini sebagai satu alternatif kepada persaingan politik yang hebat antara pihak kerajaan dan pembangkan.Pada pandangan brader,alternatif ini dipilih dan dibina diatas persepsi bahawa politik Malaysia sudah kotor dan perlu ada satu kuasa yang neutral sebagai satu 'pilihan selamat' kepada pengundi-pengundi diatas pagar bagi menentukan corak politik Malaysia pada masa akan datang.

Kesimpulannya,pembangkang terutamanya PAS jangan memandang rendah kepada third foce ini lebih-lebih lagi tonggak-tonggak utamanya adalah terdiri daripada mereka yang selama ini banyak membantu PAS semasa dalam usaha menawan Selangor.Juga kepada pihak kerajaan,usah berasa selesa dengan keadaan politik sekarang yang lebih banyak mendedahkan kelemahan-kelemahan PAS dalam pentadbiran dan terus berusaha mendukung amanah rakyat dan dibantu oleh third foce ini secara tidak langsung-Brader Jai


25 January 2012

PANAS : YANG TERBARU DARI USTAZ BUDAK


Belum reda dengan kontroversi mendakwa Nik Aziz adalah nabi,kini ustaz budak tampil dengan satu video terbaru

Nah..anda nilaikan sendiri..lihat la komen2 dalam video ini jugak...






Antara komen dalam chanel youtube


Mahu lihat lebih lagi?sila klik sini

24 January 2012

AZWAN ALI SUDAH INSAF,TUTUP CERITA


Dah..Happy ending..Harap2 semua dapat maafkan dia

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu biasa

Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu zalim

Jika kejahatan dibalas kejahatan,itu dendam

Jika kejahatan dibalas kebaikan,itu MULIA

21 January 2012

SAFWAN ANANG SUDAH "SIHAT",MINTAK PULANGKAN KERUSI RODA TU KEPADA PEMILIK ASAL


Safwan Anang dilihat sudah sihat sejahtera daripada "nazaknya"

Siap pergi berceramah lagi

Maka brader menyeru kepada dia supaya pulangkanlah kerusi roda tu kepada pemilik asal

Nak tau siapa punya?

Anda boleh tanya  si Syukri

Pulanglah weh

Dengar-dengar orang tua tu dah merajuk..

jual voucher di mudah.my?


ni contoh mahasiswa tak bertanggunjawab

ni ibarat mencabar

siap jual kt mudah.my

asal tak jual kt e-bay terus??

Kah Kah Kah

Brader gelak sebab geram dgn perangai budak-budak ni

Brader dengar ade kedai runcit pun ada yang jadi 'agen' tukar voucher

tukar dengan barang-barang keperluan

Masyarakat.....

Geleng je lah kepala...

20 January 2012

PENYOKONG PAS YANG BIADAP.PATUT LUDAH JE MUKA DIORANG NI



Cis!Cam haram.Bukan macam lagi tapi memang haramjadah

Ni la yang korang gelar pejuang-pejuang agama

Tapi sebenarnya sampah!

Lu orang tengok la sendiri


P/S : Thanks to Darul Ehsan Today kerana rakam keSAMPAHan penyokong-penyokong hamPAS.Patut lah pegang portfolio Islam kat Selangor pun.......

#KUIN-RESPON KETUA PEMUDA PAS MEMPERLIHATKAN PERPECAHAN DALAM PAS SEMAKIN KETARA?



Kecoh 1Malaysia pasal kes lama yang dibangkitkan kembali kononnya nak menunjukkan geng-geng SMMBEBAS ni tak partisan kepada mana-mana parti politik la kononnya.Tapi apa yang lebih malang lagi kes ini menyebabkan masyarakat lihat kecelaruan dan ketidaksepakatan pemimpin-pemimpin PR khususnya PAS sendiri berhubung kes ini.Kah Kah Kah.Terbaru kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia.Jom layan jap

....................

1. Saya menulis saat ramai orang sedang enak tidur di buai mimpi. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi, jam menunjukkan 2.30 am. Bukan sahaja saya tidak mampu melelapkan mata tetapi juga resah mengenang masa depan yang tentunya menjanjikan 1001 cabaran buat diri saya dan perjuangan Islam yang saya dokong ini.

2. Antara yang benar - benar mengganggu keselesaan dan mengusik jiwa muda saya buat masa ini ialah isu KUIN dan AUKU. Sekian lama saya berlunak dengan semua pihak bagi menjernihkan suasana dan meredakan keadaan. Sebelah kanan saya ialah bapa yang banyak membekal ilmu, hikmah dan pengalaman berjuang sementara sebelah kiri saya ialah adik - adik yang meronta mohon diadili selayaknya. Sementara saya masih berdiri digaris tengah dengan tetap mempertahankan prinsip perjuangan suci yang saya galas sejak sekian lama.

3. Sebahagian prinsip yang saya maksudkan itu ialah pendirian saya dan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap AUKU. Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Sebagaimana saya pernah ke lokap, bermandi air asid dan bersimbah gas pemedih mata memperjuangkan pendirian Mansuhkan ISA, maka demikianlah saya dan rakan - rakan pemuda konsisten berjuang untuk mansuhkan AUKU bukan memindanya seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO dan BN. Terbaru saya telah meminta agar JUHAM DPPM menghantar memorandum bantahan AUKU dan RUU Himpunan Aman kepada kementerian yang terbabit, tetapi tertangguh atas faktor kesesuaian masa dan pertembungan program. Insyaallah ia akan di"proceed" dalam tempoh terdekat.

4. Pendirian ini bukan kepada kes - kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat sementara Menteri Besarnya dari PAS. Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali telah saya kemukakan samaada dihadapan YAB Menteri Besar sendiri, mahupun melewati kenyataan media yang menggesa agar KUIN bertindak wajar dan tidak menggantung 5 orang mahasiswanya.

5. Namun, cara dan pendekatan saya mungkin berbeza dengan pihak lain termasuk sebahagian mahasiswa sendiri. Ianya berasaskan khibrah atau pengalaman, sedang saya pernah melalui alam kemahasiswaan. Saya telah merayu dan meminta jasa baik KUIN agar mengkaji semula tindakan yang diambil dan saya telah merancang untuk pergi mengadap pihak tertinggi dalam pentadbiran KUIN. Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.

6. Saya mengambil sikap, jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik - adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak pentadbir KUIN tersebut, maka saya akur dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan. Buat pengetahuan umum, saya sendiri telah bertemu dengan adik - adik mahasiswa yang telah diambil tindakan ini dan mendengar suara serta penegasan mereka, malah saya masih ingat lagi kata - kata saya kepada mereka dengan disaksikan oleh Yb Ust Nasir Zakaria selaku Exco DPPM dan Ust Ahmad Yahya selaku Ketua DPP Negeri Kedah. Apa yang saya tegaskan ialah, jika antum rasa ini adalah satu kebenaran maka antum mesti mempertahankan pendirian antum dan hadapinya sehingga berjaya. Inilah idealisme mahasiswa dan perjuangkannya.

[ Itu penegasan saya dan itu prinsip saya dan tidak perlu saya ulang sebut acap kali seperti ia bukan suatu yang penting dan muktamad sedang ia prinsip dan muktamad sifatnya. Saya pun tidak suka bercakap perkara yang sama berulang kali. ]

7. Sepanjang tempoh itu pula, saya tidak meninggalkan kes ini berlalu begitu sahaja. Saya minta jasa baik JUHAM pula untuk meneruskan apa jua usaha yang boleh DPPM hulurkan kepada mahasiswa tersebut. Bermula di zaman Dr. Zulqarnain menjadi pengarah JUHAM dan dibantu sdr Abdullah Karim selaku Exco DPPM pada waktu itu yang juga merupakan seorang lawyer sehinggalah sekarang, JUHAM bersama pengarah barunya sdr Zamri terus mewakili DPPM menghulurkan apa jua bantuan yang dirasakan perlu.

8. Ertinya saya tegaskan disini bahawa DPP Malaysia terus komited dengan gerakan Mansuhkan AUKU dan tentunya kita harapkan mahasiswa sendiri yang "lead" atau terajui gerakan mansuhkan AUKU justeru itulah perjuangan agar mereka bebas dari cengkaman AUKU yang membelenggu mereka sejak lebih 40 tahun lalu. DPPM bersama dengan gerakan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang.

9. Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.

10. Akhirnya saya berharap adik - adik mahasiswa bersabar mendepani dugaan ini. Andai kalian dipihak yang benar, pasti sahaja kebenaran itu akan terserlah jua. Kerana Allah bersama hambanya yang benar dan sabar. Saya jua senantiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan perjuangan membebaskan mahasiswa dari kepungan AUKU, biar siapa yang terpaksa didepani. Namun nasihat saya selaku ketua DPPM, berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar tidak emosi menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.

Selamat berjuang dari saya

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


.......................

Nah..Ustaz Azizan menyokong AUKU,Ketua Pemuda PAS tak sokong AUKU.Macam mana ni?

Nah..Bila kena batang hidung depa,macam-macam kenyataan kornar depa buat.Sume nak cover line.Sume nk playsafe.Puih!

Cuba tengok point no 9 KP PAS nih "Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.- Brader pening lah dengan PAS nih.Kata memperjuangkan kebebasan bersuara mahasiswa.Bila bersuara kene AUKU.kikikiki..Ade pulak yang cakap tak nak ambil sikap menghukum siapa benar siapa salah.Apa?Takut ka??Hujah macam mana pun tapi kalau kau guna undang-undang yang kerajaan UMNO-BN buat,kira macam cakap tak serupa bikin lah!Kah Kah Kah.jap,belum habis lagi.Macam-macam jugak diorang gaduh dalam ni.Kah Kah Kah

.....................

Paling GRAND kenyataan Pengerusi SMM


P/S : Sampai bila PAS nak sedar mereka bukan pilihan student-student PRO DSAI ni?Kah Kah Kah.Nak baca lagi pergaduhan mereka ni sila klik sini

KASIH SAYANG UMI HAFILDA



Brader dengar ramai yang tersentuh dengan video ini yang meminta Datin Seri Wan Azizah kembalikan Azmin Ali kepada pangkuan keluarga

Dalam video ini juga ditampilkan Azwan Ali yang sudah berdamai dengan Umi Hafilda dan mereka dikatakan sudah tidak bertegur sapa selama 7 tahun

Alhamdulillah akhirnya dengan kuasa Allah dua beradik ini sudah bersatu

Sama-sama kita berdoa agar hubungan baik ini berpanjangan

Jika kita lihat pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Umi Hafilda namun beliau tabah dalam mengharungi dugaan

Berkat kesabaran beliau,akhirnya beliau dan Azwan akhirnya berdamai

Video ini mungkin berbahaya kepada penyokong tegar Pakatan Rakyat

Namun bagi yang mendalami nilai institusi kekeluargaaan,dicadangkan agar melihat video ini

Selamat menonton


Thnx to uploader

18 January 2012

#MALU DUA PENGHINAAN KEPADA PAS HARI INI



Parti Islam SeMalaysia (kecuali Selangor) dalam sejarah apabila hari ini maruah PAS yang selama ini mereka banggakan akhirnya diinjak-injak oleh rakan dalam Pakatan Rakyat dan juga gologan mahasiswa yang Pro PKR.Penghinaan berkenaan ialah

1. PAS tidak memegang portfolio Hal Ehwal Islam sebaliknya di pegang oleh MB Selangor sendiri iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim
2. Patung pocong yang digantung di hadapan pejabat PAS Jalan Raja Laut oleh Solidariti Minoriti Mahasiswa

.....................

Nik Aziz  bersyukur

Mursyidul Am PAS katanya melahirkan rasa syukur?Klik sini

Pergh!!!

Dah dihina sedemikian rupa pun masih gembira dan rasa bersyukur

Ini membawa mesej yang JELAS bahawa

PAS PIS PUS adalah sebenar-benar

KUDA

KUDA

KUDA

KUDA dalam Pakatan Rakyat

So tak perlulah kita bermain dengan persoalan bahawa PAS ni masih releven atau tidak menggunakan nama seperti sekarang

Kerana kita sudah tahu jawapannya

Alasan lain yang diberikan ialah perlantikan Dr Yunus kukuhkan Pakatan Selangor.(sini)

Ye

Kami semua percaya perlantikan ini mengukuhkan Pakatan Selangor (sambil ketawa terbahak-bahak)

Sikit masa lagi 

Brader PASTI

Semakin ramai yang akan keluar daripada PAS

SMM dan BEBAS??

Yang ni tak usah citer lah

Daripada kes kat UPSI pun kita boleh nampak mereka ni bukan suka dengan PAS

Even budak-budak PAS yang ditarbiyah semenjak di Nilam Puri pun macam tu

Apa barang PAS

Skang ni zaman DSAI bhai!!

P/S : Brader takut pocong yang digantung akan menghantui pekerja-pekerja dalam pejabat PAS.

Kah Kah Kah



Hantu pocong dikesan sekitar Kuala Lumpur pada siang hari




Ini kerja gila...Hantu pocong

Ikuti perkembangan hantu pocong ini dalam blog YY

P/S : YY bakal join Seekers.Uncle mane uncle?

PAS dah boleh tukar jadi PMS

Kah Kah Kah berdekah

Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini boleh lah ditukar nama menjadi Parti Melayu SeMelaysia (PMS) 

Di mana??



Di Selangor lah


Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus Hairi (PAS)
ADUN N.51 Sekijang Selangor
(EXCO hal-ehwal Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan)

MENGGANTIKAN


Yang Berhormat Datuk Dr Hassan Ali (ex-PAS)
Adun N17 Gombak Setia Selangor
(Ex-EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam)

SEMENTARA ITU


Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR)
ADUN N.11 Ijok Selangor

Portfolio Hal ehwal Islam, Infratruktur dan Kemudahan Awam
dipegang oleh Menteri Besar sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim

KAH KAH KAH

Asal tak bagi kat DAP je??

Ini satu penghinaan kepada PAS

Eh PAS peduli ka???

Baik tukar nama jadi PMS la

Kah Kah Kah

P/S : Sat lagi tengok je apa yang PAS nak putar belit.Kah Kah Kah


Thnx to blogger : Isamuddin



17 January 2012

USTAZ AZHAR IDERUS JAWAB ISU 15K



Sekarang ni hot isu UAI hentam ILMU.ILMU hentam UAI

Bagi brader perkara ini perlu dibawa ke meja perbincangan supaya tidak berlaku pertelagahan yang berpanjangan

Umat kita semakin berpecah

Brader menghormati kedua-duanya 

Mereka perlu menyelesaikan perkara ini agar pengikut-pengikut mereka dapat berdamai



......................

UFB : No problem




...........................

Sikap para ilmuan yang menghormati sesama mereka dalam video dibawah


Marilah sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua pihak bertelagah dan untuk kebaikan umat Islam di Malaysia Insyallah.Semoga kita dijauhkan dari perasaan taksub

16 January 2012

BRADER JAI : APA LA SANGAT JASA TUN M PADA NEGARA

Heheheh

 Sorry la readers!Brader saje wat tajuk kontroversi

Patutnya

APA JASA AZWAN ALI PADA NEGARA

Sembang sana,sembang sini

Macam la bagus sangat Azwan Ali nih


P/S : Korang tengok Bio si Azwan Ali nih..Ayat punya la baik-baik..Tapi bila tang  twitter......

Kah Kah Kah 

Tu la beb.Nak mulut laser tak kene tempat

Lu bikin orang lagi menyampah la

Orang jauh lebih respek Aznil la

Lu orang boleh pikir sendiri la kann..

Dah cakap banyak tak guna,tembak tak kena

Jom like page ni 


Jom kita sembang apa jasa Azwan Ali kepada negaraku Malaysia..

Kah Kah Kah

14 January 2012

BEZAKAN


Bezakan cara penyampaian

Anda ada akal yang waras

Nilaikan sendiri

(Credit to : Abuaqifstudio)


PERSAMAAN YANG KITA PERLU LIHAT


Credit video :  TransformasiMediaTV

Andai nilai sendiri...

Gempar!!Video 4 sudut terbaru DSAI!!!







Ramai dowh datang!!! (untuk ambik video and gambar) haha!

Ade jugak sorang pakcik tu  melaungkan Reformasi!

Tapi

Dia sorang je yang laung..Adessss!

Kan yang lain kerumun sebab nak ambik gamba

DSAI meninggalkan perkarangan Masjid Kg Baru sekitar jam 2.15 petang

(Video dirakam selepas solat Jumaat semalam)

11 January 2012

#ISU WANG ZAKAT : KOMEN GERAKAN MAHASISWA DI UPSI

Salam yob!

Kali ni Brader nak korang nilai sendiri satu group student nih

dekat UPSI

Nama Legasi Mahasiswa Progresif (LMP)

Sarang #Adam Adli

Kenapa brader suruh korang nilai sendiri

Kenapa ya?

Let's see

(Klik pada gambar untuk besarkan)


..................................



Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak.

Ia sudah disediakan sejak 1993.

Tidak timbul ia disalahguna.

Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam.

Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya.

Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM.

Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman.

Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini.

Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya.

Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas.

Dipetik daripada blog  Panglima Perang Siber

........................

Haha.Meh Brader mintak geng-geng LMP UPSI cuba terangkan apa yang sebenarnya berlaku (Itu pun kalau diorang tau kes ni)

Ataupun

Mereka ni sesedap rasa seindah bahasa menyebarkan berita-berita fitnah

Yelah

Isu negara mesti kene follow dowl!!

Barulah mahasiswa!!MAHASISWA MENGGUGAT!!

OPS..!Bukan isu negara tapi isu pembangkang!

Keh keh keh

Haish!!kene tukar lagi

Mahasewel memfitnah!!

P/S : Orang nak citer pasal isu negara,dia pun nak jugak.Brader percaya LMP sendiri pun tak tau ape yang dorang cakapkan!

Kah Kah Kah

TUKAR JELA NAMA JADI LEGASI MEMFITNAH PEMIMPIN (LMP)

Jom layan video daripada UFB



10 January 2012

#901 : Brader Jai KIRIM SALAM kat Pengerusi Pro-M Nasional!

Salam semua

Haha.Kali ni HOT isu Muslimat PAS hilang akal

Ramai jugak yang post video ni

Dan fokus Brader Jai ialah kenyataan Pengerusi Pro-M Nasional

Sebelum tu meh tengok video ni


#Credit to Massavoice utk video

.......................

Kenyataan Pengerusi Pro-M Nasional dalam Facebook


Wah!!Defensif tak kena tempat

malah menuduh orang lain menyamar sebagai muslimat PAS pulak tuh!

Jom lihat gambar di bawah untuk kenalpasti siapa yang lead sorak menyorak ni

Menyamar ya!!

Siap kau

(Klik gambar untuk besarkan)


Meh layan Pantun 4 kerat Brader Jai

Pokok keruing pokok angsana
Letaknya di belakang rumah nyonya
Baru ke sekarang TIADA.MANUSIA.YANG SEMPURNA
Tapi bila menghentam orang,dunia ibarat dia yang punya!

P/S : Cuba lihat kenyataan Mohammad Hafizuddin dalam gambar di atas,mungkin kita boleh identify betul ke "menyamar" berdasarkan kenyataaan Pengerusi Pro M Nasional 
Tak perlu kot nak defend sangat ye Taufiq!

Siapa yang Assobiyah sekarang!

 Lihat kenyataan Assobiyah mentor mereka,Shazni Munir


.......................

Jom kita layan maksud Assobiyah oleh Ustaz Kazzim



Nice one Ustaz Kazim

Selama ni puak-puak ni yang kata UMNO Assobiyah

Memperjuangkan Melayu

HAHAHA

Tapi berdasarkan bukti-bukti printscreen dan penjelasan video oleh Ustaz Kazim,sekarang ni siapa yang Assobiyah??

Amacam Shazni Munir??

Tegur la mentor tersayang dpd PAS tu

Harap semua pembaca yang ada dapat faham

Dan sebarkan

Teruskan follow blog Brader Jai dan rakan-rakan yang lain

Salam sayang dari Brader Jai

P/S : Brader tak reti nak guna ayat-ayat sopan bagi menyembunyikan sesuatu yang batil.HAHA

9 January 2012

#AdamAdlli : Pejuang Islam dan keadilan yang terkasar bahasa


Alahai Adam,ilmu kau pun Brader rasa tak sampai 10 peratus daripada ilmu prof ni, kau da rasa kau ni besar kepala,rasa kau ni pandai.3 sem tak cukup!!!

Eloklah 3 sem ni kau pergi amik kelas pemulihan

Belajar berbahasa

Kau kan nak 'cikgu'

Tak mustahil satu hari nanti bila kau jadi cikgu

Antara dialog yang kau akan jumpa ialah

Murid : "Cikgu Adam ni bodoh la kan cara dia ajar,aku tak paham langsung,aku rasa dia tu tak reti mengajar kot"

Hahahaha

Gambar sekitar perbicaraan Adam Adli (Masih ada rasa hormat aku panggil nama penuh kau)











RANDOM