.

Live TV Warta Rakyat

16 July 2013

[Video] : Orang kampung tak puas hati dengan BN? #PRKKualaBesut



Semalam brader berjalan-jalan meninjau ninjau sekitar kawasan kampung di Kuala Besut neh.Singgah lah di satu tempat menjual ikan dipinggir sungai.Berborak-borak dengan penjual ikan dan kuih disana.Sempat merakam apa pandangan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional.Ada yang tak puas hati?Jom tengok video ni



Tak puas hati ke?Mana ada!Padan muka readers pembangkang kena game dengan gua..Kahkahkah!Ada gua kesah.Nampaknya pembangunan yang telah berjaya dibuat oleh pemimimpin-pemimpin BN sebelum ini ternyata membuatkan penduduk disini berpuas hati.Diharap pembangunan pada masa akan datang akan semakin rancak sesuai dengan peredaran masa

Lagi komen daripada penduduk kampung di Kuala Besut

Khidmat rakyat cemerlang dan perjuang pembangunan, itu antara harapan penduduk Kuala Besut terhadap calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman jika diberikan mandat pada 24 Julai ini.

Ghani Hassan dari Kampung Gong Tengah berkata masyarakat luar bandar sepertinya memerlukan wakil rakyat yang mudah didekati untuk mendengar keluh kesah mereka.

"Orang kampung ni tak minta banyak. Cuma kita harap calon BN ini sama prihatin seperti Allahyarham (Dr A. Rahman Mokhtar) yang turun padang dengar permasalahan setempat. Janganlah sombong nanti kalau dah jadi Adun," kata pemandu jentera berat kilang papan itu kepada Bernama di sini.

Ghani, 66, yakin BN membuat proses pemilihan teliti dengan mengambil kira kehendak tempatan apabila meletakkan Tengku Zaihan sebagai calon.Tengku Zaihan, bekas jurutera awam kelahiran Kampung Nail di sini, akan ditentang calon PAS Endot@Azlan Yusof pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Ismail Omar, 74, juga dari Kampung Gong Tengah berkata faktor usia bukan ''isu'' untuk penduduk menilai calon muda seperti Tengku Zaihan, 37, asalkan idea dan kepimpinannya menyerlah."Pok (Saya) lihat sesiapa boleh jadi pemimpin asalkan dia mampu menjaga hati rakyat sebaiknya dan amanah dengan tanggungjawab diberikan. Cuma kalau dilihat lebih jauh, calon BN boleh diharapkan akan menjadi wakil rakyat kita dengan latar belakang yang meyakinkan."Kita tidak mahu mana-mana calon parti tangkap muat untuk menjadi wakil rakyat hanya kerana berdasarkan atas sebab-sebab tertentu dan berkepentingan tertentu," kata pesara guru itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Gong Nering di sini, Wan Mohd Sulaiman Wan Idris, 51, berkata seandainya Tengku Zaihan diberi mandat, beliau akan ditagih mampu meneruskan kesinambungan pembangunan seperti yang diperjuangkan Dr A. Rahman sebelum ini. "Kita masih memerlukan satu calon yang ''fresh'', berwawasan dan berkaliber dalam memastikan projek pembangunan berterusan sekiranya mahu membangunkan kawasan Kuala Besut," katanya.Dengan keseimbangan pendidikan dunia dan akhirat yang dimiliki Tengku Zaihan, beliau berpandangan calon BN itu boleh pergi jauh."Kalau dia (Tengku Zaihan) ditakdirkan menang, ia merupakan satu anugerah buat penduduk. Kalau dilantik menjadi Exco (kerajaan negeri), kita percaya dia calon yang sesuai," katanya.


Anak Ustaz,Profesional,Ore Muda - Kuala Besut bertambah biru

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM