Sekadar hiasan |
Puak-puak pembangkang seperti mana yang kita tahu akan menggunakan strategi kotor pada saat-saat akhir untuk memastikan Dun Kuala Besut jatuh ke tangan mereka (nauzubillah)
Bagi yang mengikut secara langsung PRK Kuala Besut pasti mengetahui bahawa calon PAS, Che Long tidak dapat menandingi populariti calon BN iaitu Tengku Zaihan yang berimej bersih berbanding Che Long yang pernah 'kantoi' dengan kenyataannya yang sibuk dengan urusan perniagaan walaupun sekiranya menang PRK serta mahu lmenyerahkan tugas kepada individu kepercayaannya untuk menguruskan Dun sekiranya menang - baik tak payah bertanding
Atas sebab itulah pengurus pilihanraya PAS sibuk membuat 'control damage' dengan melarang Che Long untuk membuat sebarang kenyataan sebelum berbincang dengannya terlebih dahulu (rujuk sini) .
Berbalik kepada cerita strategi kotor pada saat akhir,pastinya kita teringat akan cerita semasa hari-hari terakhir sebelum pengundian PRU 13 dimana heboh dikatakan 40 000 bangla dibawa masuk ke Malaysia untuk mengundi Barisan Nasional serta peristiwa Black Out yang digembar-gemburkan berlaku di pusat pengundian
Sehingga hari ini Pakatan Pembangkang tidak dapat membuktikan perkara ini dan sia-sialah rakyat Malaysia yang mempercayai khabar angin bodoh daripada pembangkang.Anwar Ibrahim sendiri pun tidak membuat laporan polis mengenai kedua perkara ini.Yang dilaporkan kepada pihak polis hanya isu dakwat kekal.
Maka tidak mustahil strategi kotor ini akan berulang di PRK Kuala Besut memandangkan pembangkang beria-ia menipu penduduk kampung termasuk yang berada di dalam masjid bahawa mereka akan dapat memerintah sekiranya menang di Dun Kuala Besut ini walaupun hakikatnya ia mustahil kerana kuasa penentu ialah di tangan speaker yang jelas dilantik kerajaan Terengganu.Kalau dalam masjid pun boleh menipu,siap jual nama Allah lagi,setakat buat strategi kotor saat akhir apalah sangat bagi puak-puak pembangkang ni!
Maka bersedialah dengan apa jua cara untuk menghalang pembangkang daripada melakukan strategi kotor untuk memenangi PRK Kuala Besut ini.Apa agaknya strategi kotor mereka ya?
Undilah Tengku Zaihan 'Anak Ustaz ,Profesional , Ore Mudo - Kuala Besut bertambah Biru
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com