.

Live TV Warta Rakyat

15 July 2013

Kekayaan Che Long tak mampu menawan hati rakyat Kuala Besut #PRKKualaBesut

TEMPOH cuma tinggal 9 hari sahaja lagi untuk seluruh rakyat Terengganu mengetahui samada hasrat PAS untuk menawan serta menggugat kerajaan Barisan Nasional Terengganu dengan catatan sejarah 16 :16 akan terlaksana ataupun tidak ataupun BN Terengganu terus kukuh menguasai Kerajaan Negeri dan segalanya terletak ditangan seramai 17,683 pemilih berdaftar,mereka inilah yang akan menjadi penentu kepada demokrasi dalam Negara ini.

Sejak dari hari kematian Allahyarham DrRrahman,PAS dan Anwar Ibrahim dan ketua menjadikan kematian Wakil Rakyat BN ini sebagai khabar gembira saolah-olah mereka begitu yakin dan pasti akan menang dan langsung tidak menghormati perasaan sedih keluarga Allahyarham malah apa sahaja balasungkawa yang menimpa BN,semuanya dijadikan khabar gembira oleh kumpulan manusia durjana ini yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara.

Namun hakikatnya mimpi PAS dan pembangkang rupa-rupanya tidaklah seindah realiti yang ada, bermula dari pemilihan calon sehinggalah tempoh berkempenyang tinggali 9 hari lagi,PAS berhadapan dengan jalan yangcukup berliku biarpun mereka cuba sedaya upaya mengajak rakyat Kuala Besut untuk mencipta sejarah 16:16.

Rupa-rupanya juga PRK Kuala Besut ini makin mendedahkan wajah busuk PAS yang selama ini terselindung disebalik ucapan retorik dan topeng Islam terutamanya PAS Besut sendiri kerana perbalahan peribadi antara Nik Zawawi bekas calon dan ADUN Kuala Besut tahun 1999 dengan Wan Azhar YDP PAS Besut yang juga bekas calon di Jertih menyebabkan PAS akhirnya menjadikan Endut@Azlan@Che Long sebagai calon yang membawa harapan PAS untuk menawan Kuala Besut.

Calon yang dikatakan boleh mengelakkan cah keting dikalangan penyokong Nik Zawawi dan Wan Azhar ini rupa-rupanya boleh mengundang cah keting yang lebih besar kepada PAS sendiri,PAS terperangkap dengan strategi politik yang jahat lagi dayus.!

Endut@Azlan@Che Long sebagai Bendahari PAS Besut yang terpilih rupa-rupanya mempunyai strategi dan plan politik beliau tersendiri dan sebagai kontaraktor, jiwa rakus dan gelojoh tidak boleh dipisahkan walaupun telah ditarbiah oleh PAS sejak meninggalkan Pemuda UMNO dulu malah kenyataan awal beliau yang mensyaratkan supaya pemilihannya harus dikuti dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Jentera PRK Kuala Besut mengejutkan banyak pihak di dalam PAS.
Pengumuman Presiden PAS,Hadi Awang ternyata memalukan PAS Terengganu, seolah-olah maruah PAS Terengganu dipijak-pijak kerana ketika PRK Kuala Besut, Husam Musa yang telah ditolak oleh kerajaan Negeri Kelantan atas arahan Tuanku Sultan Kelantan pula dilantik dengan alasan murahan namun segalanya makin terjawab,rupa-rupanya Endut@Azlan@Che Long ini adalah proksi Husam yang dikatakan banyak menyimpan harta dan kekayaan Husam Musa yang dipunggah dari rakyat Kelantan selama ini.

Dikatakan juga banyak kekayaan dan perniagaan beliau adalah milik bersama antara beliau dengan Husam dan oleh itu tidak hairanlah bila PAS amat berbangga sehingga menjadi fokus kempen PAS bahawa calon mereka adalah orang kaya.,ini juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat Kuala Besut yang seolah-olah mereka ini terlalu miskin serta papa kedana hingga memerlukan orang kaya sebagai pemimpin mereka.


Dua perwatakan yang cukup berbeza..

Seolah-olah semua masalah rakyat Kuala Besut boleh diselesaikan dengan kekayaan milik Che Long. dan PAS terlupa kepada pesan Saidina Ali ketika ditanya antara ilmu dengan harta mana lebih baik? Ali menjawab ilmu, kerana harta jika dibelanja ianya makin habis,sebaliknya ilmu bila dibelanja makin bertambah; dan kita tidak mahu rakyat Kuala Besut lali serta terlupa bahawa jika Che Long menang, yang akan menjadi kuat dan berkuasa k eatas Che Long sebenarnya bukan PAS tetapi Husam Musa.

Lihat sahaja pengabdian Che Long terhadap Husam Musa sewaktu PRU13 yang lepas sehingga sanggup meninggalkan Nafisah,calon PAS Kuala Besut sebelum ini bersendirian dan terkontang kanting hingga tewas dalam PRU13 yang lepas di DUN Kuala Besut.Berapa banyak sumbangan Che Long untuk Nafisah di Kuala Besut ketika itu berbanding sumbangan Che Long kepada Husam di DUN Salor dan Parlimen Putrajaya sehinggakan pada hari mengundi pun Che Long tetap berada di Putrajaya dan timbul pertanyaan adakah Che Long balik mengundi menyokong Nafisah di Kuala Besut? Berapa ramai keluarga Che Long keluar membantu kempen dan mengundi Nafisah? Apakah perjuangan politik Che Long untuk PAS Besut atau perjuangannya hanya untuk Husam Musa?

Kini penyokong PAS Besut dan Terengganu boleh menilai apakah Che Long sekarang menjadi alat untuk Husam menyerang Presiden PAS dalam Muktamar PAS nanti?Semuanya ini bergantung kepada keputusan yang bakal dibuat oleh rakyat Kuala Besut dan jika memberi kemenangan kepada PAS dan akhirnya Presiden Hadi Awang di serang nanti,,jangan salahkan PAS Terengganu kerana semuanya bermula dari gerakan Che Long di Kuala Besut ini.

Manakala dalam kem BN yang bergerak secara damai dan tenang jelas memperlihatkan bahawa BN sememangnya berhak untuk menang dalam PRK ini dan syabas kepada semua pimpinan yang bergerak sederap, serentak dan seirama dalam dalam gerakan menawan hati rakyat Kuala Besut TPM.dengan gandingan mantap Idris Jusoh nampak jauh terkedepan dalam gerakan-gerakan yang dilaksanakan apatah lagi dengan semangat dan berjiwa besarnya Ahmad Said, biarpun tidak diberi peranan besar tetapi tanpa jemu terus bergerak dari rumah ke rumah berkempen untuk memastikan kemenangan besar sepertimana yang disasarkan.

Corak strategi yang dilihat lain dari yang lain seperti setiap agensi hanya fokus kepada peti undi tertentu dan gerakan 'man to man marking’ dilihat makin menunjukkan kematangan gerakan BN untuk menang, bermula dengan pemilihan calon yang dilihat boleh memenangi hati pengundi muda dan veteran,Tengku Zaihan cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan tuntutan berpolitik gaya Kuala Besut.


Jika BN terus menerus dalam tempuh 9 hari yang ada dengan mengekalkan momentum seperti ini,kekayaan yang di miliki oleh Che Long tidak mampu menawan hati rakyat Kuala Besut namun di PRK mana-mana pun pasti akan ada pihak yang cuba bermain dengan api, bermain dengan politik peribadi atau menangguk di air yang keruh.Adda kedengaran suara-suara nakal yang cuba membalas dendam kepada Ahmad Said dan orang-orang tertentu yang sebelum ini memasang angan-angan tetapi tidak terpilih, cuba untuk bermain dengan bara api dan cuba menjadi anai-anai yang memakan dalam diam..

Kepada yang menangis dan menghantar SMS seperti Selamat Tinggal UMNO dan mengatakan bahawa tidak perlu lagi aktif dalam UMNO untuk menjadi calon, harap-harap dapatlah melihat antara kepentingan diri, parti dan negeri kemudian buatlah tindakan terbaik sesuai dengan segala nikmat yang telah dinikmati sebelum ini dan perlu disyukuri kerana bukan semua impian kita Tuhan akan makbulkan dan apakah kita tidak malu dengan para nelayan dan akar umbi yang tidak hidup sewewah kita tetapi tetap setia dan berjiwa besar dalam perjuangan?

Kita berhak menangis, kita berhak rasa kecewa tetapi tidaklah sampai kita juga sanggup melihat negeri ini jatuh kepada musuh yang akan memberi laluan kepada DAP dan para kafir harbi mencorakkan politik kita dan kepada yang masih kecewa tidak terpilih menjadi calon, cukup cukuplah merajuk. Sudah tiba masanya kita bersatu hati, membulatkan tekad, berpadu tenaga untuk memastikan Kuala Besut menjadi medan penentuan mempertahankan negeri ini. Terimalah hakikat bahawa untuk menjadi pemimpin, Allah SWT telah memilih orang yang lebih berhak untuk memimpin di Kuala Besut - STJ

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM