.

Live TV Warta Rakyat

23 July 2013

Terkini - Operasi hitam PAS di #PRK #KualaBesut akhirnya terbongkar! @AhmadMaslan @TunFaisal


Operasi hitam atau black OPS sememangnya menjadi taktik utama daripada pakatan pembangkang untuk melakukan apa sahaja bagi meraih undi atau membuat pengundi beralih arah.Modus operandi ini digunakan di setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PRK.Strategi hitam ini biasa digunakan pada saat akhir sebelum membuang undi

Teringat brader sewaktu PRU 13 yang lalu dimana isu yang menjadi permainan operasi hitam atau black ops pembangkang ialah 40 000 pengundi bangla dibawa masuk serta isu Black Out dimana kedua-dua isu ini akhirnya tidak dapat dibukti pun oleh pembangkang.

Sebelum ini brader ada menulis artikel mengenai apakah strategi kotor saat akhir oleh PAS untuk PRK Kuala Besut (rujuk sini)

Operasi hitam PAS di PRK Kuala Besut


Tengku Zaihan calon payung terjun atau Che Long?Che Long nak bercakap
pun kena gam!Black Ops PAS yang gagal

Banner ini dikesan beberapa hari lalu di dua kawasan strategik di sini.Banner diatas BAGI MENGGAMBARKAN SEOLAH-OLAH pencalonan Tengku Zaihan tidak mendapat restu daripada sesetengah pihak daripada UMNO Kuala Besut.

'Calon kito ni weh pantang tengok dahi licin weh.Bukan Orang Kito Pun,CALON PAYUNG TERJUN' jelas bertujuan untuk memburukkan personaliti Tengku Zaihan dan bertujuan untuk : 

1) Membuatkan penyokong UMNO menuduh sesama sendiri
2) Membuatkan orang kampung percaya bahawa UMNO Kuala Besut mempunyai krisis dalaman

Itu pada pemerhatian brader apa yang cuba di propagandakan oleh PAS.Dan brader percaya banner ini dinaikkan oleh PAS untuk tujuan seperti yang dah disebutkan.

Blogger pembangkang pun memainkan black ops ini di blog mereka .Klik sini

Marilah kita lihat peribadi Tengku Zaihan (pemerhatian melalui media sosial)






Oke.Abaikan Friend Request daripada brader.Harap dia approve.Hehe.

Ok,seorang yang begitu sayangkan keluarga tidak mungkin melakukan perkara seperti yang dikatakan di dalam banner yang digantung.

Jelas ini cubaan jahat daripada PAS untuk memburukkan keluarga Ku Zaihan serta mewujudkan syak wasangka antara tengku dan isterinya.

Oke setel isu black ops pertama tadi

16 : 16 perpaduan UMNO - PAS?



Ini satu lagi poster yang dijumpai disekitar kawasan Kuala Besut dan diedarkan oleh penyokong PAS.Dan ini yang paling kelakar dan contoh Black Ops yang gagal oleh PAS.Kenapa?

Masa ini pandai pulak PAS memainkan isu kerajaan perpaduan.Selama ni penyokong merekalah yang tolak kerajaan perpaduan.Kalau ada yang sokong pun sedikit kerana sikap taksub mereka.PAS-UMNO pula dikatakan tidak akan bersatu.Ini bukan brader yang cakap.Ini Nik Aziz yang cakap ok?Alasan - UMNO ini tidak mengamalkan Islam lah apa lah.PAS tu pun bukan Islamik sangat pun dan malahan dalam banyak perkara lebih teruk daripada apa yang mereka kata kepada UMNO/BN



Artikel ini dikeluarkan pada 29 Mei 2013.Maknanya baru lagi.Apa Nik Aziz cakap?Tiada penyatuan PAS-UMNO selagi saya masih hidup.Tak percaya check link disini

Dan hari ini,ketika ini,di PILIHANRAYA KUALA BESUT, PAS memainkan isu perpaduan UMNO-PAS?Merepek apa?

Adakah sama banyak kerusi menunjukkan perpaduan?TIDAK!Kerana kerusi sama banyak hanya akan MENYUKARKAN kerajaan negeri Terengganu membuat keputusan di dewan negeri untuk kebaikan rakyat.Maka sukalah pihak pembangkang kerana dapat menghalang kerajaan negeri daripada membuat keputusan yang baik untuk rakyat.Kerana apa?Keran sikap pembangkang ini kerjanya membangkang apa sahaja termasuk perkara yang baik.Asalkan membangkang BN.Sebab itulah wujudnya konsep asalkan bukan UMNO (ABU).Maknanya tak kira bekerjasama dengan komunis,syiah dan sebagainya.

Apabila kerajaan Terengganu sukar membuat keputusan untuk kebaikan rakyat,maka segala kegagalan mentadbir Terengganu akan diletakkan diatas bahu BN semata-mata.Oh,Dan masa inilah PAS akan memainkan sentimen benci kepada kerajaan negeri.PAS rasa dah cukup pandai ke strategi ni?Bodohlah sebab kantoi dengan gua

Cuba libatkan NGO

Kenapa dalam flyers diatas PAS melibatkan PERKASA,MBM,GPMS dan PEKIDA?Sebelum ini pembangkang kerap menuduh NGO-NGO ini pro UMNO.

Dan hari ini,ketika ini,DI PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT,PAS cuba u-turn dengan menunjukkan imej bahawa NGO berkenaan adalah neutral.Ada tujuannya mereka berbuat demikian.Kenapa?

Jawapannya - NGO ialah satu badan bebas dan bukan politik.Mereka neutral.Jadi pandangan mereka juga neutral.Tidak terpengaruh dengan mana-mana politik.Asas daripada pandangan yang neutral inilah mereka gunakan untuk mengatakan bahawa NGO turut bersetuju untuk keseimbangan kerusi kerana ini akan memberikan kebaikan kepada rakyat

Dan yang brader pelik,sejak bila NGO terlibat dengan pilihanraya?Mereka tidak terlibat.PAS hanya jual nama NGO berkenaan untuk meraih undi.

Mana ada kenyataan media daripada ketua NGO-NGO berkenaan yang mengatakan bahawa ngo mereka menyokong 16 : 16 ?Penduduk Kuala Besut jangan tertipu dengan taktik licik PAS


Tengku Zaihan/Abe Ku - Pilihan terbaik.Jangan pilih wakil rakyat yang nak meneruskan perniagaan 
kalau menang PRK.Baik tak payah bertanding !

1 comments:

  1. Aduh..fenin baca kisah politik.
    Bulan puasa pun bertelagah lagi. Pegi masak bubur kacang + durian la lagi baik.

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM