.

Live TV Warta Rakyat

5 June 2013

[Foto] : Pelumba SUKMA Terengganu maut ketika sesi latihan



Seorang pelumba skuad pelapis Persatuan Lumba Basikal Terengganu maut selepas dirempuh lori treler di atas sebuah jambatan ketika menjalani sesi latihan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, pada jam 9.30 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Syafiq Imran Shahril, 15, dikatakan gagal mengawal basikalnya selepas cuba mengelak rakannya yang terjatuh sebelum dirempuh lori terbabit dari arah bertentangan.

Ketika kejadian, arwah bersama 44 rakan sepelatih sedang berkayuh ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian daripada latihan untuk menghadapi sebuah kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.

Rakan sepelatih mangsa, Che Ku Mohd Nazimie Che Ku Romli, 19, berkata kejadian berlaku apabila salah seorang pelumba di hadapan terlanggar lubang sebelum dia yang mengekori di belakang tidak sempat mengelak.

“Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Arwah yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar saya tetapi hilang kawalan dan terjatuh dari basikalnya di tengah jalan.

“Saya sempat bangun tetapi arwah gagal dan dia dirempuh sebuah lori treler yang datang dari arah bertentangan serta diseret sejauh 1.5 meter.

“Ketika itu, arwah masih bernyawa sambil merintih kesakitan dan memanggil nama ibu bapanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), sebentar tadi.

Menurutnya, arwah kemudian dikejarkan ke HSNZ dengan ambulan untuk mendapatkan rawatan namun meninggal dunia beberapa minit selepas tiba di hospital itu.



P/S : Al Fatihah buat mangsa

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM