Keh Keh Keh!
Brader sudah lama tidak menulis, meneliti blog-blog otai yang menghentam Penasihat PM bagai tak cukup tanah, brader terkilan bila ada bloggers secara total menyalahkan Najib Razak, Hishammuddin Hussein, Razali Ibrahim, Allies Nor bla bla bla bla...
Najib Razak lembik, Hishammuddin pondan, Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda bajet bagus dalam sejarah pemuda bla bla bla bla...
Inilah kecaman yang dibuat oleh segelintir bloggers bertaraf superstars di Selangor. Di sebalik keseronokkan menghentam pemimpin dan penasihat PM mungkin terlupa bloggers tersebut lupa bertanya ;
"Apakah dia benar-benar 'all out' membantu BN sepanjang kempen PRU13?"
Lebih-lebih lagi jika UMNO negeri memberi kepercayaan untuk dirinya membantu kempen BN melalui media sepanjang PRU13. Inilah yang gagal dilihat oleh bloggers superstars dek kerana ghairah menghentam pemimpin.
Orang lain semua tak kena, kamu sahaja yang betul?
Brader dapat senarai bloggers yang dipertanggungjawabkan untuk membantu UMNO Selangor, boleh rujuk gambar di bawah yang dirakam dari 'white board' dalam WarRoom UMNO Selangor ketika kempen PRU13 :
Brader tertarik dengan blog superstars yang telah menghasilkan 4,000 artikel sejak 2008. Iaitu blog Gerakan Anti PKR atau GAP.
GAP antara bloggers yang dipertanggungjawabkan untuk membantu UMNO Selangor ketika kempen PRU13. Adakah sahabat otai bloggers yang brader kagumi GAP benar-benar 'all out' membantu calon-calon BN di Selangor sepanjang 14 hari kempen?
Kita teliti artikel yang disiarkan oleh GAP sepanjang tempoh kempen PRU13 bermula 21 April hingga 5 Mei 2013.
Walaupun diamanahkan UMNO Selangor untuk membantu merampas negeri tersebut GAP nampaknya lebih berminat membantu kempen Khaled Nordin dan kerusi panas di Johor (Kit Siang).
Sepanjang 14 hari, GAP menyiarkan 87 artikel kebanyakkan adalah foto, mengenai berkenaan :
SELANGOR 26 artikel,
PAHANG 9 artikel,
PERAK 3 artikel,
PENANG 1 artikel,
PUTRAJAYA 9 artikel,
KEDAH 1 artikel,
dan JOHOR sebanyak 16 artikel.
Soalan brader buat GAP, kenapa GAP lebih tertarik menyiarkan artikel kempen di Johor Bahru dan Raub berbanding dengan artikel mengenai Selangor?
Kenapa GAP hanya bantu calon seperti Khaled Nordin yang bertanding di Johor Bahru tetapi GAP tidak membantu memberi publisiti kepada calon-calon BN yang bertanding di Selangor?
GAP bloggers otai nampaknya sibuk bantu kempen 'paymaster' sehingga gagal melaksanakan peranannya membantu War Room Selangor.
Patutlah GAP lebih gemar menghentam penasihat PM, Hishammuddin Hussein, Razali Ibrahim tetapi GAP tidak 'usik' individu bernama Zin Badak?
Brader bantu kempen di Selangor, brader tahu Zin Badak yang bertanggungjawab memilih calon di Selangor kenapa GAP tidak balun, hentam, keronyok Zin Badak?
ADAKAH DIA PAYMASTER GAP...?
UMNO Selangor hidup-hidup kena kencing dengan GAP.
Maaf brader terbalun GAP, ini pun sebab brader terikut-ikut style GAP.
Cermin diri dululah sebelum salahkan orang lain!Ramai blogger dalam senarai Nizam dan Zuraidah..Nantilah...tengok dulu cmne...Hehehe
Woi GAP,lu kalau jumpa lopak air patut buat macam budak ni buat.Kehkehkeh! |
Berani kerana benar ...mesti dia ada alasan "baik" punya...
ReplyDeleteGAP oh GAP...