.

Live TV Warta Rakyat

9 July 2012

Akibat bermesra,mahasiswa jantan @AmanKampus ini mengeluarkan air! @NajibRazak @shaharabd @mpkotabelud @tunfaisal kena jawab!! #AmanKampusDiBawahBayu


Sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perjalanan Aman Kampus Di Bawah Bayu.Semasa berada di Kota Belud semalam,mereka telah melawat Rumah Anak Yatim Darul Bakti yang berada tidak jauh daripada pekan Kota Belud.(Gambar di atas adalah hiasan semata-mata)

Sesampainya disana,mereka BERMESRA dengan anak-anak yatim Darul Bakti.Apa yang menariknya ialah,salah seorang peserta Aman Kampus lelaki tidak menahan perasaan sebaknya dan mengeluarkan AIR MATA mungkin kerana perasaan sayang dan kasih kepada anak yatim ini.Jom kita lihat video dibawah


Bagi brader tak kisahlah yang MENGELUARKAN AIR MATA itu lelaki atau perempuan,kerana air mata jantan itu orang kata lebih mahal dan jarang dikeluarkan.Once dah keluar,tanda jantan itu betul-betul ikhlas.Ini orang katalah.Apapun memang brader akui suasana semalam agak sebak kerana anak-anak ini sangat manja dan bijak.

Apa boleh buat,kita tak semua manusia dilahirkan bernasib baik macam kita.Jadi pesanan brader kepada semua,hargailah ibubapa kita sementara mereka masih ada.Jangan jadi macam Azmin Ali.Tak nak balik rumah.

Apapun brader nak ingatkan bahawa mahasiswa jangan sesekali buat perangai bila habis program,habislah semua.Perjuangan perlu diteruskan tidak kira dimana.Aman Kampus telah menyediakan platform kepada anda semua untuk berkenal-kenalan dengan insan yang memerlukan belaian,kasih sayang dan tunjuk ajar anda contohnya anak-anak yatim.Brader berharap sangat apabila sudah habis program,mahasiswa-mahasiswi akan meneruskan bakti mereka kepada masyarakat tidak kira dimana sahaja.Ada banyak lagi rumah anak-anak yatim yang ada di Malaysia yang sedia menerima kunjungan daripada anda tidak kira masa.

Apapun brader ucapkan jutaan terima kasih secara peribadi kerana mampu membuat anak-anak ini gembira dan terhibur dengan kehadiran anda.Insyallah segala tunjuk ajar anda semua akan memberi manfaat kepada mereka walaupun kedatangan anda cumalah seketika.

All the besr untuk hari-hari terakhir Aman Kampus Di Bawah Bayu!

P/S : Brader pun sebak masa rakam video sebenarnya.Tapi nak buat macam mane,gua memang jenis yang cool.Hahahahah!


0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM