.

Live TV Warta Rakyat

16 January 2014

Isu kangkung adalah isu yang berjaya @Ibdil @KhairyKJ @NajibRazak

Heboh dua tiga hari ini di media sosial mengenai isi ucapan Najib Razak yang diputar belitkan oleh pembangkang mengenai harga kangkung yang turun.

Faktanya ucapannya mengenai harga kangkung yang turun itu hanyalah sebahagian kecil dan merupakan contoh yang diberikan oleh PM mengenai situasi harga barang yang tidak semuanya naik.

Walaubagaimanapun,apa yang brader boleh cakap ialah isu ini berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat sehinggakan banyak 'lawak' berunsur kangkung yang menjadi hidangan mata di media-media sosial.

Ramai antara mereka yang sebenarnya tidak tahu pokok pangkal cerita pun tetapi turut sama 'troll' kenyataan Najib sehinggakan menjadi satu lawak yang 'diterima' oleh ramai pengguna media sosial

Pembangkang pula terus terusan membelasah PM dengan bantuan sukarelawan siber yang 'direkrut tanpa sengaja' untuk mencalarkan imej PM.

Apa yang kita boleh lihat disini ialah apabila sesuatu isu dimainkan secara seragam,maka makin kuatlah impak isu berkenaan kepada pengguna di laman sosial.

Sementara itu di pihak BN pula,pejuang pejuang alam maya seolah olah kematian akal untuk membidas isu ini sehingga ada yang menggunakan isu lama yang tidak begitu releven dan tidak kurang juga terikut ikut dengan permainan pembangkang.

Tambah menarik lagi,individu yang bertanggungjawab ke atas Perang Siber Pemuda UMNO,saudara Ibdillah langsung tidak respon mengenai isu ini.Jauh sekali ingin meneutralkan keadaan.Bukan isu ini sahaja,bahkan isu-isu lain juga tidak dijawab

Apabila seorang ketua melupakan tugas hakikinya sebagai ketua Perang Siber,maka apa yang lagi yang boleh diharap untuk merencana pergerakan jentera siber pemuda UMNO?

Malah si Ibdillah ini begitu sibuk dengan Lifestyle nya yang tidak membantu langsung dalam memberikan imej baik kepada UMNO bahkan memberi imej buruk kepada UMNO apabila dilihat sebagai ELITIS dan MEWAH (baca meeting cigar)

Persoalannya sampai bila UMNO mahu simpan pemimpin yang tidak buat kerja ini?Mungkin Ibdillah boleh bagi alasan 'tidak respon tidak bermakna tidak buat kerja'.Jadi brader nak tanya balik,fahamkah anda mengenai skop kerja Media Baru?Bukankah media baru sepatutnya mengawal persepsi rakyat di media sosial sekiranya ada isu.Jika tidak respon dengan isu yang melanda,bagaimana hendak mengawal persepsi?

Jika inilah gayanya,tukar sahaja Ibdillah dan gantikan dengan orang lain yang lebih layak!Isu kangkung ini sekali lagi menunjukkan Biro Media Baru Pemuda UMNO gagal!

P/S : Sepatutnya KJ turut melihat anak buahnya yang bukan sahaja syok sendiri,tapi gagal





0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM