.

Live TV Warta Rakyat

29 April 2013

@rajanongchik bentang 630 pencapaiannya untuk Lembah Pantai dalam Report Card.Nurul Izzah berani buat? @n_izzah #Vote4BN #GE13

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Isnin membentangkan 'Kad Laporan Lembah Pantai' yang menyenaraikan lebih 630 pencapaian sepanjang empat tahun lepas, berkhidmat untuk penduduk kawasan itu.

Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata kad laporan itu merupakan bukti komitmen beliau terhadap penduduk di Parlimen Lembah Pantai.

"Saya yakin dan percaya Kad Laporan ini lebih bermakna daripada ceramah orang luar yang tidak tahu dan tidak peduli tentang kehidupan warga Lembah Pantai," katanya sambil berjanji akan terus menyelesaikan masalah di kawasan itu jika penduduk memberi mandat kepada BN.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Nafeesah Raja Nong Chik dan anaknya Raja Hamzah, membentangkan kad laporan itu di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di Bangsar di sini malam Isnin.

Raja Nong Chik berkata pelantikannya sebagai menteri kabinet pada 2009 banyak membantu beliau melaksanakan pelbagai usaha bagi kesejahteraan penduduk kawasan berkenaan.

Antaranya ialah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia, Skim Keselamatan 1Wilayah bagi membantu penduduk memerangi jenayah termasuk meningkatkan rondaan polis, mewujudkan 'police box' di kawasan strategik, makmal jenayah, 'War Against Crime' dan rondaan anggota Rela.

"Kad Laporan ini tidak mungkin dapat memuatkan semua perjuangan saya sejak berdekad lalu, tetapi anggaplah ia sebagai titik penerusan bagi perjalanan kita bersama," katanya.

Ketika ditemui pemberita kemudian, beliau berkata kad laporan dalam bentuk buku setebal 72 muka surat itu akan diedarkan kepada lebih 72,000 pengundi Lembah Pantai.

Pada pilihan raya umum 5 Mei ini, Nong Chik akan menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan penyandang kerusi itu Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR dan calon Bebas Rusli Baba.

Parlimen Lembah Pantai mempunyai 71,739 pengundi, termasuk 2,242 pengundi pos dengan 2,167 merupakan anggota polis, tentera (38) dan pengundi luar negara (37)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

28 April 2013

14 orang lawan @rajanongchik sorang di Lembah Pantai #GE13 #BetterNation

Penduduk Lembah Pantai ikhlas menghargai segala sumbangan Raja Nong Chik. Tetapi dalam tempoh 2 minggu kempen pilihanraya, Ambiga sudah 4 kali datang Lembah Pantai berkempen menjatuhkan Raja Nong Chik, Anwar Ibrahim sudah turun berkempen memenangkan anaknya dan akan turun lagi dalam minggu terakhir.

Wan Azizah sudah 3-4 kali turun malah turut menangis tagih simpati kaum wanita di Lembah Pantai, Nik Aziz sudah turun ke Pantai Permai buat gimik pelancaran surat Yusof Al-Qardhawi, Ustaz Azhar Idrus sudah turun ke Bazaria Pantai, Muhd Muhd Taib aka "Mike Tyson" yang baru masuk PAS sudah turun ke Pantai Ria.

Tian Chua sudah beberapa kali memberi ceramah, Sivarasa Rasiah sudah hadir meracuni pemikiran penduduk Sentosa, Teresa Kok akan turun, Lim Guan Eng akan datang, khabarnya Md Sabu akan turun, malah ada kemungkinan Karpal dan Lim Kit Siang akan turun.

Semuanya utk menjatuhkan Raja Nong Chik. 14 vs 1. Adakah Raja Nong Chik akan berdiri berseorangan, atau adakah rakyat Lembah Pantai mahu dia terus menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kali ini ditambah dengan menjadi Wakil Rakyat Lembah Pantai?

P/S : Selamat Tinggal Nurul Izzah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

22 April 2013

PKR khianat PAS - @razaliibrahim

MUAR, 22 April  - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak calon menentang Pas di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah satu perbuatan khianat, kata Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim.

Tindakan itu jelas membayangkan pakatan pembangkang gagal berpegang teguh kepada konsep kerjasama seperti yang mereka laung-laungkan, katanya.

Razali berkata, pertembungan antara Pas dan PKR di Panti, Kota Tinggi – satu daripada tujuh kawasan yang menyaksikan pertembungan dua parti gabungan pakatan – menjadi bukti pembohongan terang-terangan tentang kesepakatan mereka.

Sehubungan itu, katanya penyokong Pas perlu sedar, mereka sedang diperalat PKR semata-mata untuk meraih undi di kawasan yang tidak ditandingi Pas, walhal mereka akan bertanding sesama sendiri di satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU13.

"Di tempat lain dia (PKR) boleh laungkan undilah Pas…tetapi cuba pergi ke Panti, dia nak cakap apa? Pas pula, pergilah ke Panti, adakah dia berkempen untuk undi PKR?.

"Sehubungan itu saya nasihatkan orang Pas, tak patut undi PKR sebab mereka dikhianati secara terang-terangan di tempat sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat India di sini, yang turut dihadiri calon BN kerusi DUN Maharani, Datuk Zulkhairi Ahmad.

PKR meletakkan Ketua Perhubungan PKR Negeri Johor Mohd Annuar Mohd Salleh, manakala Pas diwakili Azlisham Azahar untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Baderi Dasuki di DUN Panti.

Dalam pada itu, Razali mengajak kesemua 715 pengundi dari masyarakat India di Parlimen Muar untuk hadir mengundi pada 5 Mei ini dan memberi sokongan kepada BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kembali mentadbir negara.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

19 April 2013

Pengerusi TOLAK BN lebih memilih Husam Musa berbanding Nik Aziz dan Hadi Awang untuk menjadi PM !


Pengerusi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) atau lebih sinonim dengan gelaran MACAI (Mengangguk Aje Cakap Anwar Ibrahim) berpendapat bahawa  Dato' Husam Musa lebih layak berada di kerusi Perdana Menteri sekiranya menang di Parlimen Putrajaya.

Kah Kah Kah!

Prinsip mane dia belajar ni?Adakah jawatan presiden dalam parti ni tak ada apa-apa function sampai dia rasa Presiden PAS Haji Hadi tak mempunyai kekuatan politik setanding dengan Husam Musa?

Kesian Hadi Awang!

Apa lah nasib pak Haji Hadi ni apabila anak buah sendiri tak rasa presiden PAS lebih layak menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menang PRU 13.Apa kekuatan politik Husam?Apa pulak kurangnya Hadi Awang?

Puak Erdogan

Brader percaya kucar-kacir dalam PAS ni berpunca daripada munculnya puak-puak Erdogan dalam PAS.Siapa puak Erdogan ni?

Berdasarkan kepada cakap-cakap politik ahli-ahli Pas, puak Erdogan yang dipimpin oleh Naib Presiden, Husam Musa dan Setiausaha Agung, Kamarudin Jaafar semakin berpengaruh selepas pilihan raya umum lalu.

Pergelutan dua kumpulan itu turut dirasakan tempiasnya di peringkat negeri antaranya kemelut di Selangor apabila kumpulan ulama mula menyingkirkan beberapa pemimpin puak Erdogan, yang dituduh tidak lagi membawa aspirasi sebenar parti itu. Istilah Erdogan merujuk kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (dianggap pemimpin liberal Islam) sebagai menggambarkan golongan moderat dalam Pas.

Percaturan golongan tersebut dalam politik lebih berkiblat kepada Anwar – pemimpin luar parti – senario yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Pas. Selain Hadi dan Nik Aziz, Anwar menjadi rujukan penting sebahagian pemimpin dan ahli parti berkenaan.

Dengan kata lain, beliau ada cengkaman dalam Pas. Tidak hairan jika puak Erdogan dilihat terbawa-bawa dengan agenda perjuangan peribadi Anwar termasuk untuk menjadi Perdana Menteri dan melindunginya dalam isu moral. Inilah yang mencetuskan kebimbangan golongan ulama yang selama ini menjadi nadi kepada Pas. “Mereka (Erdogan) lebih memikirkan Anwar daripada membela kepentingan umat Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan Pas.

Semua ni agenda Anwar untuk jatuhkan pimpinan tertinggi dalam PAS?

Ya.Tak lain tak bukan ini adalah perancangan Anwar Ibrahim yang telah set up ramai budak-budak dia dalam PAS termasuk mahasewel untuk menyokongnya lebih daripada menyokong pimpinan ulama' PAS seperti Haron Din,Nik Aziz,Hadi Awang dan Harun Taib.

Bukti sudah ada.Azan Safar adalah mahasewel yang dilihat lebih pro kepada Anwar Ibrahim berbanding Nik Aziz dan Hadi Awang.So Husam adalah orang Anwar,maka pastilah Azan Safar lebih menyokongnya berbanding Hadi Awang mahupun Nik Aziz,betul?

Kalau tak masakkan dia boleh berpandangan bahawa Husam Musa lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding presiden partinya sendiri?Lebih baik cadangkan Husam Musa jadi presiden PAS,singkirkan Hadi Awang!Kan Husam Musa lebih mantap kekuatan politiknya? (menurut kata Azan Safar lah)

P/S : Belum apa-apa lagi Hadi Awang dah dilihat tidak layak jadi PM kalau PR menang PRU 13!Kesian Hadi Awang!

Bukti golongan umala' PAS bakal ditumbangkan oleh puak Erdogan dalam PAS!

18 April 2013

Gempar!Pro M/GM 13 tolak pencalonan Nik Aziz sebagai calon PRU 13!Updated

Brader baru je dapat berita mengemparkan ini dari sahabat brader.Nampaknya anak-anak buah Nik Aziz di kampus sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Nik Aziz bertanding di Dun Chempaka.

Mereka beranggapan bahawa Nik Aziz sudah terlalu tua dan tidak berdaya untuk mentadbir dengan baik (sekiranya menang).Yelah kan,dulu sibuk-sibuk suruh Tun M bersara.Sampai sekarang ni dia sendiri tak reti nak bersara!

Brader sependapat dengan mereka kali ini.Kah Kah Kah!Come on lah,bagi la ruang kepada calon lain yang lebih muda untuk bertanding!Cuba tengok BN,kebanyakkan yang dicalonkan bertanding adalah dari kalangan muka-muka baru dan masih muda.Baru la produktif!

Tapi kan kadang-kadang brader terfikir orang yang tua ni nafsunya mengalahkan orang muda!Memang win beb! (dibaca Mustafa Ali)

Jom la kita tengok gambar budak-budak Pro M ni bantah pencalonan Nik Aziz.Siap buat banner bagai!


Kah Kah Kah!Lawak beb!Sendiri mau ingat la!Kena troll ekkk Pro M.Kahkahkah!Aku tak tau la kalau orang-orang PR tak tau apa tu sarkastik.LOL

16 April 2013

Sah!Zulkifli Noordin lawan Khalid Samad di Shah Alam untuk pertahan Kalimah Allah!

Sah! Zulkifli Noordin akan bertanding di Shah Alam atas tiket BN untuk melawan Khalid Samad.Ini semua untuk mempertahankan kalimah Allah daripada dijual oleh PAS!Takbir!

Kenapa lawan Khalid Samad?Lu orang fikirlah sendiri

Manakala untuk dua Dun dalam parlimen berkenaan ditandingi oleh Datuk Nawawi di Dun Batu 3 dan Ustaz Yusuf Din di Dun Kota Anggerik

12 April 2013

Bendera dua warna tanda PAS Kedah berpecah dua!



Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.

Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah begitu).

Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.

Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.


Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang akan terjadi selepas ini.

6 April 2013

Puih!Pakatan Rakyat adalah parti anak beranak! #TolakPR



Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. (Sumber Dalaman)

PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh

So family mana yang tak lengkap lagi dalam PR ni?Semua pakat bawak anak beranak.Baik tukar nama jadi pakatan anak beranak betul?Tuduh UMNO/BN kroni?Ini mesti kerja orang bodoh.Dalam PR sendiri terang-terang main kroni tak nampak?

· Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?

· Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

· Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.


· Pas letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Sebab itu wanita diberi kawasan yang pas jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa?

· Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

· Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

· Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?



PKR makin pening.Bukti paling jelas,kem Wan Azizah VS kem Azmin Ali

Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya, Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. - BERNAMA

Laporan SINAR HARIAN 

PETALING JAYA - Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor.

Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun.

Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor - SINAR

Kelakar lah.Mana yang Anwar lebih sayang.Kem Wan Azizah atau kem Azmin?

Video pengakuan bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan mengenai kepincangan politik dalam PKR


5 April 2013

Ahli PAS tetak ahli UMNO dengan pedang!Sebarkan!

Bachok. 11.45 mlm 3/4/13 berlaku kes tetak di Pos BN Chabang 3 Melawi. Pemilik kedai di tetak oleh seorang penyokong PAS yang datang bersama adik mangsa.

Mangsa di arah menurunkan semua poster BN. Poster BN kemudiannya di potong dengan pedang dan mangsa di tetak di bahu. Mangsa cedera di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.

Kes disiasat Peg. Penyiasat IPD Bachok di bawah seksyen 324. Nombor report1093/2013.

P/S : Ini baru betul politik gangster kan?Siap tetak-tetak bagai.SAY NO TO PAS.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 April 2013

Siswa bukak baju sokong BN! #GE13 #Vote4BN #BubarParlimen

Gila lah.Bila orang kuat Aspirasi Malaysia telah menyatakan secara terbuka menyokong Barisan Nasional maka meroyanlah puak-puak mahasewel yang macam budak tak cukup kasih sayang tu

Dari MyMahasiswa


KUALA LUMPUR, 3 APRIL - "Kami komited menyumbangkan akal fikiran,masa untuk membela dan membantu rakyat di negara ini" ujar Hafiz Ariffin di dalam satu sidang media bagi pelancaran Siswa4U yang diadakan di PWTC pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa matlamat penubunan Siswa4U adalah untuk menggerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk di dalam proses demokrasi politik baru dalam PRU13 secara sihat,rasional,matang,berilmu,berintegriti dan bermaruah.

"Ia sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan".

"Penggerak Siswa4U terdiri dari pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus yang mana sebelum ini banyak terlibat dengan aktiviti antaranya aktiviti kesukarelawanan".

"Apa yang kami inginkan ialah sebuah negara yang aman dengan masyarakat berbilang agama,proses demokrasi dan pilihanraya yang adil,telus dan lancar".


"Kami juga berprinsip pemimpin yang dicalonkan dan dipilih merupakan pemimpin yang bersih,berpengetahuan,berpengalaman berkidmat untuk rakyat,mesra pengundi muda dan dapat menarik minat anak muda"

Beliau juga turut menegaskan bahawa parti yang bertanding mesti menunaikan setiap janji yang ditawarkan di dalam manifesto dan berharap agar pihak berkuasa dapat terus mengawal keamanan negara.

"Sesuai dengan keterbukaan kerajaan untuk meminda perkara 15(2) AUKU,Siswa4U juga akan menggunakan pendekatan secara 'peers group' dalam usaha mendekati mahasiswa bagi menyokong segala usaha transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan".

Hafiz juga turut menjelaskan,pendirian yang dibuat berasaskan pelbagai aspek antaranya agenda transformasi yang dibuat oleh kerajaan yang bersungguh-sungguh menunaikann janji melalui program mereka seperti NKRA,NKEA dan sebagainya.

"YAB Perdana Menteri juga begitu konsisten dan ikhas dalam memupuk semangat patriotisme serta menjaga hubungan diantara kaum di Malaysia"

"Beliau juga bersungguh-sungguh dalam mendekati golongan muda dan berusaha mengurangkan beban kelompok ini dengan pelbagai bantuan seperti baucer buku,rebat telefon pintar,PR1MA dan sebagainya dan mempunyai track record yang baik".

"Kami Siswa4U memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Dato' Seri Najib Razak serta calon-calon yang bakal diketengahkan oleh Barisan Nasional dalam PRU13" ujarnya mengakhiri sidang media.


RANDOM