Live TV Warta Rakyat

12 April 2013

Bendera dua warna tanda PAS Kedah berpecah dua!



Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.

Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah begitu).

Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.

Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.


Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang akan terjadi selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM