Seramai 75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di PWTC pada 1 Disember ini.
Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.
Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara
"Persidangan ini bertemakan "Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa" dan Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee).
"Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum,"kata beliau kepada wartawan pada Khamis.
Jelas beliau, pendekatan baru ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dan melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.
"Pada penghujung persidangan ini, mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk resolusi kepada kepimpinan tertinggi UMNO,"ujar beliau
The King and U
2 days ago
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com