.

Live TV Warta Rakyat

2 November 2013

#PRKSGLIMAU : Phahrol atau Azizan?

Kisah pertembungan Allayarham Ustaz Azizan dan  ADUN Pengkalan Kundur,Datuk Pahrolrazi Zawawi bukan lagi rahsia.

Malahan pertembungan ini seringkali menjadi perhatian media-media.Hari ini setelah kematian Allayarham Ustaz Azizan,Pahrolrazi cuba sedaya upaya untuk berkuasa di Sg Limau bagi menghapuskan legasi Ustaz Azizan dan nampaknya  berjaya berbuat demikian apabila calon PAS,Azam Samat diletakkan sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil Sungai Limau.

Azam Samat ialah calon PAS yang mempunyai pertalian darah dengan Phahrolrazi iaitu dua pupu dan menjadi proksi kepada Phharolrazi di Sungai Limau.Dan hari ini PAS Kedah menggunakan penipuan untuk menunjukkan bahawa krisis ini tidak wujud sehingga sanggup menipu dengan menggunakan photoshop bagi menunjukkan bahawa Azam Samat mempunyai hubungan baik dengan arwah Ustaz Azizan.Ini tidak lain dan tidak bukan  adalah untuk memenangi sentimen penduduk Sg Limau.



Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Sinar Harian berjaya membongkar penipuan PAS ini apabila menyiarkan gambar sebenar.Jelaslah disini PAS sedaya upaya untuk menutup bangkai gajah namun perancangan Yang Maha Esa mengatasi segalanya.

Apa pun mari lihat bukti video ini bahawa sememangnya Arwah Ustaz Azizan ingin dijatuhkan oleh orang PAS yang tidak suka dengan arwah


Sudah jelas?Tergamakkah penduduk Sungai Limau undi untuk orang yang menjadi musuh dalam selimut kepada bekas pemimpin mereka?Brader tahu kalau bukan kerana Ustaz Azizan,penduduk Sungai Limau tidak akan mengundi PAS.Dan apakah penduduk Sungai Limau ingin memberikan peluang kepada musuh dalam selimut Ustaz Azizan?Sama-sama fikirkan

P/S :  Satu Undi untuk Azam Samat ibarat satu undi untuk Phahrolrazi #BeraniHijrah

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM