BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

1 November 2013

Nokhorom!Alvin dan Vivian hina Islam,UMNO juga yang salah..

Dah la hina Islam semasa bulan Ramadan..lepas tu ada hati pula nak tuduh UMNO menjadi punca mereka didakwa...Memang patut pun mereka didakwa dah la buat perangai tak senonoh dan memalukan negara..lepas tu tak reti bahasa pulak..kurang ajaq tak kena tempat menghina Islam...

Tu pun kira nasib baik la mereka masih selamat lepas hina Islam...(siap boleh tuduh lagi parti paling besar orang Melayu dan Islam di Malaysia menjadi punca mereka didakwa)...Sebab orang Melayu/Islam di Malaysia masih ada pertimbangan dan berhati perut...Kalau di negara lain..entahla apa yang berlaku...

ITU PUN TAK RETI NAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH...

Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee mendakwa kekecohan berhubung gambar 'Bak kut teh' yang dimuat naik di Facebook pada Ramadan lalu disebabkan orang-orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin Umno.


Ini terkandung dalam afidavit pasangan tersebut untuk memohon mahkamah mengenepikan tiga pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

“Dakwaan ini adalah andaian dan persepsi yang dicetuskan akibat kenyataan umum yang diberikan oleh beberapa ahli politik Umno berkenaan dengan perbuatan pemohon-pemohon tersebut untuk mengocak pemikiran rakyat Malaysia (terutama rakyat beragama Islam) dengan tujuan dan objektif politik mereka,” kata kedua-dua Tan dan Lee dalam afidavit mereka.

Mereka didakwa menyebabkan gangguan terhadap keharmonian, mengganggu perpaduan dan menimbulkan kebencian agama.

Semasa pendengaran permohonan tersebut di mahkamah hari ini, peguam pasangan tersebut Chong Joo Tian berhujah seksyen tersebut tidak seharusnya digunakan kepada bukan Islam dan ia bukan bermaksud mengawal ketenteraman awam.

Sementara Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun berhujah tidak dapat dibuktikan Seksyen 298A hanya termaktub kepada orang-orang Islam.

Beliau turut mengatakan, seksyen tersebut boleh digunakan terhadap orang-orang Islam yang menjemput penganut agama Hindu memakan daging lembu semasa perayaan Deepavali. – EP

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com