KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memfitnah Perdana Menteri dalam kejadian operasi Lalang pada 1987.
Wakil rakyat PAS itu juga menarik balik kenyataannya yang menuduh Perdana Menteri mahu menitiskan darah orang Cina dengan keris ketika mencelah semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu.
Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan tersebut menyelamatkan Mohamed Hanipa daripada dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengemukakan usul bertulis - ANTARAPOS
P/S : Fitnah,mohon maaf,fitnah mohon maaf.Esok lusa buat lagi.Yang lain bila mau mintak maaf?
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com