Terkini ada blogger pembangkang memainkan isu sticker 'Keluargaku Pengundi BN' yang ditampal di mimbar di satu surau di Kuala Besut . Baca Anak Sungai Derhaka
Inilah gambar yang dimaksudkan.Cuba tengok pukul berapa tu.Lebih kurang pukul 4.17
Ini boleh jadi dua,samada pukul 4.17 petang atau 4.17 pagi.Tapi bila tengok suasana dalam surau yang dikatakan.Ia lebih besar kemungkinan pagi.Suasana sunyi.Cuba tengok tingkap,gelap kan?Pagi lah tu!Ada ke orang pasang lampu siang-siang buta?Lagi satu tak ada detail.Surau mana?Kampung mana?Yang ada cuma tuduhan
Kah Kah Kah!Black Ops PAS gagal lagi!
Ok.Nak belajar macam mana buat black ops macam ni tak?PAS boleh ajar.Caranya mudah
1) Dapatkan mata sticker Keluargaku Pengundi BN
2) Tampal di dalam surau/masjid,nak real lagi tampal kat mimbar surau/masjid macam yang PAS buat ni
3) Dapatkan orang untuk berlakon tengah baca Quran atau berzikir dan sebagainya supaya nampak real macam gambar kat atas
4) Snap gambar
5) Hantar ke bloggers pembangkang.Mereka akan main isu n
6) BN akan kena fitnah
Haa.Senang kan nak fitnah dalam bulan Ramadhan?PAS guru terbaik bab-bab fitnah neh.Tapi itu lah.Fitnah macam mana pun,kebenaran akan terbongkar jugak akhirnya.Selagi gua masih hidup UMNO-PAS takkan bersatu!
Eh salah.Tu ayat Nik Aziz (Sarcasm).Selagi gua hidup,fitnah semacam ini akan gua tangkis!Haa baru betul.Apa pun memang failed lah fitnah dalam isu sticker neh
Kejap,cerita pasal suau/masjid dan siapa yang tidur dalam surau/masjid.Brader ada gambar menarik yang brader printscreen daripada satu page pro pembangkang
Daripada page Rosmah Mansur sila minta maaf kepada umat Islam (klik sini).Brader nak bagi anda semua fikir logik lah.Kalau semua penyokong pembangkang tidur dalam surau/masjid yang berada di sekitar Kuala Besut,ada peluang ke untuk orang BN tampal sticker 'Keluargaku Pengundi BN' dalam masjid nak-nak dekat mimbar?
Takkan semua tidur kan?So siapa yang ada peluang untuk tampal sticker berkenaan kalau bukan orang yang tidur dalam surau/masjid sendiri?Jeng Jeng Jeng!Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com