Live TV Warta Rakyat

13 July 2013

Rakyat Kuala Besut ditipu hidup-hidup! #PRKKualaBesut

Tak habis-habis menipu.Kali ni cuba menipu rakyat Kuala Besut puak-puak PAS ni.

----------
Dari Sangkakala :

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff malam tadi memberikan ceramah di Kampung Pantai Seberang Barat berhampiran dataran Kuala Besut tempat dimana calon Barisan Nasional diumumkan.
Dalam ceramah beliau malam tadi ada menyebut bahawa kemenangan PAS di Kuala Besut adalah perubahan kepada seluruh rakyat Terengganu, betul ke?

Setahu Sangkakala, kawasan DUN di Terengganu ni cuma ada 32 kerusi dan kini Barisan Nasional memenangi 17 kerusi berbanding dengan Pakatan Pembangkang.

Jika PAS memenangi kerusi Kuala Besut, maka kedudukan akan menjadi 16-16 dan angka ini yang dikatakan oleh ketua muslimat PAS bahawa ini adalah penentuan kepada rakyat Terengganu.

Itu sebab Sangkakala kata dia sifar matematik, sebab dalam sidang DUN, kuasa penentu terakhir ditentukan oleh speaker yang dilantik oleh kerajaan, jadi bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka boleh memerintah?

Jika sesuatu keputusan tidak dapat diputuskan maka, keputusan akhir akan ditentukan oleh speaker sama ada menyokong atau menolak sesebuah usul atau cadangan.

Tak ke bodoh nampaknya ketua dewan muslimat ni, macam tak pernah masuk Dewan, sedangkan beliau adalah wakil rakyat nagi kawasan parlimen Rantau Panjang, tapi beliau tidak mengetahui perkara tersebut atau sengaja beliau cuba untuk mengelirukan rakyat di Kuala Besut.

Dan satu lagi yang diperkatakan oleh beliau malam tadi ialah, dengan mengundi Barisan Nasional, banyak bahan makanan dinaikkan umpamanya roti, minyak, gula dan sebagainya, adakah perkara tersebut berlaku?

Itu adalah satu fitnah terhadap kerajaan sedangkan rakyat Malaysia semua tahu bahawa barangan tersebut tidak dinaikkan harga dan ianya kekal seperti sebelum pilihanraya.

Bukan ke fitnah itu salah satu dosa besar? Jadi kalau bercakap dengan diselang selikan dengan ayat Al-Quran dan hadis segala bagai, kalau asyik memfitnah, tak guna juga rasanya.

Apa apa pun itulah pemimpin PAS, hanya tahu memfitnah dan menunjukkan bahawa mereka adalah benar walaupun pada hakikatnya mereka tahu bahawa mereka salah dan banyak kesilapan dan atas sebab untuk mendapatkan kuasa, maka kesalahan dan kesilapan tersebut diletakkan ketepi.

P/S : Awal-awal dah tipu.Puak-puak PAS ni 100 diorang cakap,200 brader tak percaya.100 lg reserve!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM