.

Live TV Warta Rakyat

14 July 2013

PAS menipu pengundi Kuala Besut dalam masjid! #PRKKualaBesut


Sudahlah menggunakan masjid untuk berpolitik,menipu pula pengundi Kuala Besut di dalam rumah Allah!Apa nak heran dengan puak-puak PAS ni.Kalimah Allah pun mereka sanggup lacurkan demi kepentingan politik,ini kan pula menipu dalam masjid mestilah steady saja!



Video diatas sempat dirakam oleh rakan blogger brader iaitu Bela 13 di sebuah masjid di Kuala Besut.Kenyataan menipu penceramah PAS dikesan pada minit 0:25 apabila dia menyatakan

Sekiranya berjaya menang 16-16 maka insyallah dengan takdir Allah kita boleh memerintah balik Terengganu


Sudahlah menipu dalam masjid,jual nama Allah pulak tu.Brader heran kalau penduduk Kuala Besut percaya cakap penceramah ni kerana menang atau kalah pembangkang tidak akan berjaya memerintah Terengganu kerana kawasan DUN di Terengganu ni cuma ada 32 kerusi dan kini Barisan Nasional memenangi 17 kerusi berbanding dengan Pakatan Pembangkang.

Jika PAS memenangi kerusi Kuala Besut, maka kedudukan akan menjadi 16-16. Dalam sidang DUN, kuasa penentu terakhir ditentukan oleh speaker yang dilantik oleh kerajaan, jadi bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka boleh memerintah?

Jika sesuatu keputusan tidak dapat diputuskan maka, keputusan akhir akan ditentukan oleh speaker sama ada menyokong atau menolak sesebuah usul atau cadangan.

Jadi apa guna penyokong PAS dan rakyat Kuala Besut mengundi calon PAS kerana pertukaran kuasa itu TIDAK AKAN BELAKU

Tetapi brader percaya rakyat Kuala Besut tidak akan tertipu dengan permainan kata-kata daripada puak-puak PAS yang sejak azali pandai menipu dan berselindung disebalik serban dan jubah mereka

Marilah memilih Tengku Zaihan sebagai wakil anda untuk PRK kali ini.Brader suka tagline untuk calon BN ini

Anak Ustaz,Profesional,Ore Mudo - Kuala Besut Bertambah Biru
Steady!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM