.

Live TV Warta Rakyat

17 July 2013

Apa sebenarnya terjadi di Kg Lay Out,Tok Saboh - Kuala Besut? #PRKKualaBesut #TokSaboh


Tapak pangsapuri milik kerajaan, tak timbul BN rampas tanah - MB



JERTIH : Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam menjelaskan tapak pembinaan pangsapuri di Kampung Tok Saboh adalah milik kerajaan dan bukannya dirampas daripada penduduk miskin.

Ahmad menjelaskan, sebenarnya pada 1999 Kerajaan PAS Terengganu memberi tanah kepada masyarakat tanpa menyertakan dokumen pemberian tanah yang jelas menyalahi undang-undang berkaitan pentadbiran tanah.

“Mengikut undang-undang pentadbiran tanah, hanya kerajaan berhak memberi tanah. Parti tidak ada hak. Kalau hendak beri tanah, penerima tanah itu harus membayar harga tanah, upah mengukur tanah, batu sempadan dan cukai tahun pertama.

“Jadi, tidak timbul cerita BN merampas tanah yang sudah diberikan kerajaan PAS kepada rakyat kerana itu memang tanah kerajaan,” katanya pada sidang media selepas perasmian pecah tanah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Peroi yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas tuduhan pembangkang, tapak pembinaan 72 unit pangsapuri di Kampung Tok Saboh yang dilancarkan Muhyiddin Sabtu lalu adalah tanah dianugerahkan kepada penduduk miskin di kampung.

PAS mendakwa, penduduk kampung membina rumah papan di tanah berkenaan tetapi dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan ia tanah kerajaan selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2004.

Ahmad berkata, beliau sendiri berpengalaman luas dalam pentadbiran tanah kerana pernah bertugas di Pejabat Tanah dan Galian.

“PAS memberi tanah tetapi tanahnya tidak tahu di mana. PAS panggil syarikat swasta untuk ukur tanah tetapi tidak mengisi borang penting berkaitan pemberian tanah.

“Bukan kerja BN untuk merampas tanah penduduk. Inilah permainan PAS yang cuba mengelirukan orang ramai,” katanya.

Juga ulasan blogger Double Y



Suasana dan bentuk kempen sederhana di PRK Kuala Besut bagi kedua-dua calon, kini dilihat semakin panas ekoran PAS memainkan semula isu perobohan empat buah kediaman yang berlaku pada Oktober 2012. 

Isu yang hampir setahun berlalu itu kini dijadikan sebagai isu utama mereka untuk menyerang BN, ia dilakukan bagi memastikan misi 16:16 mereka berjaya dicapai. 


Bagi merungkai persoalan serta tuduhan yang dilemparkan oleh PAS melalui sidang media kelmarin, saya serta sahabat blogger GelombangKick berkunjung ke tapak Pangsapuri berkenaan yang terletak di Kg. Lay Out.

Kronologi kes :


Isu perobohan empat kediaman di Kg.Lay Out tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pembangkang, Ini kerana tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan.

Dikukuhkan dengan video



Bersambung..

P/S : Kerajaan main halau penduduk?Takkan lah begitu bodoh mereka menggali lubang kubur sendiri!PAS dan fitnah berpisah tiada

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM