PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno
tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.
Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang
masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.
"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang
Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan
tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang
Melayu dan Umno berpecah lagi.
"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua
jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.
"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan
43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan
menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan,"
katanya pada sidang media di sini hari ini.
P/S : So apa reaksi blogger-blogger Tun M?Nak tarik poll yang telah dibuat?Bigg boss dah bagi hint ni
aku setuju 2 jwtn nih x dipertandingkn.transformasi negara sedang bergerak.ada menampakn hasil.perpaduan ahli parti semakin erat.pergerakan ahli bawahan semakin kuat.adakah negara sedang mengalami krisis ekonomi atau apa2 isu yg memudaratkn smpi perlu menukar 2 watak yg ada skrg?suasana harubiru dlm negara puak pembangkang yg cetuskn.bkn pihak kerajaan BN yg terajunye UMNO..sama2lh kita fikirkn
ReplyDelete