.

Live TV Warta Rakyat

19 June 2013

Rencah - blogger poyo + blogger tak dengar arahan

Blogger Poyo

Brader tertarik dengan artikel daripada Bro APA mengenai seorang blogger poyo daripada Kelab Che Det yang menafikan kewujudan team blogger pro Najib dan team blogger pro Tun M disini

Respon brader mengenai blogger berkenaan (tak mahu sebut nama),brader boleh gelak je lah sebab kami dalam kalangan blogger tahu lah siapa pro kepada siapa.Tak perlu cover line okay?

Brader juga tertarik dengan kupasan blogger RBF mengenai Najib.Satu ulasan yang baik mengapa kita perlu berdiri teguh dibelakang Najib.Boleh baca disini



Berbalik kepada cerita blogger poyo berkenaan,dalam artikelnya,dia ada sebut pasal batu api melompat bila Tun M bertemu Najib baru-baru ini dan Tun M menyokong tidak ada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi dalam UMNO

Antara statement artikel dalam blogger poyo tersebut ialah

Saya juga menyeru kepada kumpulan blogger upahan ini supaya menghentikan aktiviti persundalan mereka yang jelas mahu memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana perbuatan seumpama itu hanya sia-sia sahaja
Kah Kih Kuh! Ni brader nak bagitau kat blogger poyo berkenaan pasal satu poll yang dibuat oleh rakan Facebooker beliau dalam kelab Che Det yang kononnya tak memecahbelahkan UMNO dan BN.Blogger poyo tak nak tegur?



Ini poll yang dibuat sebelum Tun M mengeluarkan kenyataan untuk menyokong tiada pertandingan untuk 2 jawatan tertinggi.Siap 'pin' post tu kat atas lagi.menunjukkan poll ni penting kepada page berkenaan.Tak memecahbelahkan UMNO?

Ini posting selepas Tun M mengeluarkan kenyataan berkenaan.Soalan ala-ala 'innocent' atau mempunyai tujuan sendiri?

Kenyataan degil daripada admin AFDS Saya Sayang Tun M apabila someone post di wall page berkenaan dan tanya mengenai pertandingan 2 jawatan tertinggi UMNO.Tak dengar arahan Tun M ke?Blogger poyo tak nak komen?Atau mungkin bila Pro Tun M bersuara dianggap demokrasi?Bila orang lain dianggap memecahbelahkan?Leulz

Lagi satu - Blogger tak dengar arahan 

Brader juga ada baca artikel Syed Akhbar Ali (Out Syed The Box) yang seboleh-boleh mahu 2 jawatan berkenaan dipertandingkan walaupun Tun M sokong supaya jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

Artikel berkenaan 'Apa maksud Dr Mahathir sebenarnya' seolah-olah berdegil dan tetap dengan pendiriannya dan mencari ruang untuk spin kenyataan Tun M dari pelbagai aspek.

So Syed Out The Box merupakan salah seorang blogger Tun M.Namun apa yang memeranjatkan brader ialah tak sangka Syed Out The Box sanggup membelakangkan Tun M dan begitu beriya-iya mahu pertandingan jawatan tertinggi UMNO itu benar-benar terjadi.

Kenapa?Perancangan kumpulan-kumpulan tertentu mencatur politik tanah air?

So apa yang boleh brader kata ialah Blogger pro Najib dengar arahan.Blogger pro Tun M tak dengar arahan?

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM