Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu.
“Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu,” katanya.
Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
NOOR Aqmar memakai topi arwah ayahnya, Zulkifli.
Dipetik daripada Harian Metro
P/S : Sedih bila melihatkan anak kecil ini kehilangan bapa dalam usia yang masih sangat mentah.Kehilangan ASP Zulkifli dan 9 yang lain turut dirasai oleh neluruh negara.Bagaimana kita mahu menjelaskan kepada anak kecil ini apabila ada pihak yang mengatakan kematian pasukan keselamatan kita sebagai mati katak???
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com