Dari blog ADA KUASADewan Pemuda PAS Negeri Sabah telah melancarkan kempen 'Keamanan Untuk Sabah' kelmarin dengan memberikan fokus kepada perpaduan serta kemakmuran kepelbagaian etnik dan budaya yang sekian lama disematkan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah. (Hasil pemerintahan BN)
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, kempen itu akan menggerakkan seluruh pemuda PAS setiap kawasan bagi memberikan gambaran dan menarik golongan belia untuk mencintai keamanan negara yang setelah sekian lama dikecapi. (Hasil pemerintahan BN)
"Kita sudah merdeka hampir 50 tahun (Hasil kerja keras BN) , sejak dari itu segala kemakmuran dan keamanan yang kita nikmati hingga ke hari ini merupakan titik usaha perpaduan kaum dan etnik yang dibawa oleh ibu-ibu dan bapa-bapa kita terdahulu. (Hasil pemerintahan BN)
"Oleh yang demikian, sebagai generasi pewaris Negara, kita mestilah mempertahankan kemakmuran ini demi anak cucu kita pula yang mana mungkin mereka akan mempersoalkan tindakan ibu bapanya yang gagal mempertahankan keamanan negara ini daripada tangan-tangan penderhaka negara yang cuba merobek semangat patriotisme rakyat," ujarnya. (Ketua Pembangkang penderhaka)
Sehubungan itu, Lahirul menggesa agar rakyat khususnya anak muda mengenepikan perbezaan politik, kepercayaan dan bangsa dengan membangkitkan semangat patriotisme demi mempertahankan keamanan negara. (Undi BN)
"Hari ini, kita melancarkan kempen ini bagi memberi kesedaran kepada rakyat khususnya anak muda bagi sama-sama menghargai dan mencintai keamanan Negara," (Hanya BN yang terbaik) jelas Lahirul.
Itulah serba sedikit kata-kata dari Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah saudara Lahirul Latigu. Aku faham perasaan beliau dan aku pasti beliau akan pangkah BN masa PRU13 nanti sebab Parti PAS dah seleweng jauh dari landasan perjuangan Agama Islam.
Semoga Tuhan membuka hati beliau untuk bersama-sama menolak Pakatan Rakyat yang telah merosakkan Parti PAS dengan begitu teruk sekali - ADA
Undi itu rahsia (Undi BN)
P/S : Hahahahaha
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com