Live TV Warta Rakyat

20 February 2013

20 sebab yang TIDAK BERANI diceritakan PAS mengenai isu keluar BN



1) Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2) Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3) Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4) Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati

5) Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6) Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji NIK AZIZ NIK MAT, seperti yg berlaku pada ustaz nasha kini. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7) Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8) Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9) Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10) Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11) Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12) Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13) Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14) Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15) Dalam masa PM (Tun Hussein Onn) sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO dan menubuhkan ranting-ranting PAS di kawasan UMNO.

16) Untuk rekod, dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

17) Desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

18) Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan dari sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong PAS dikeluarkan, PPP berkecuali.

19) PAS juga berpecah pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim, menunjukkan isu ini adalah isu dari dalam PAS sendiri..

20) Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM