.

Live TV Warta Rakyat

11 August 2012

Lim Guan Eng boleh jawab ni?

Penulis menerima satu emel daripada salah seorang penduduk Kg Genting berkaitan isu pengambilan tanah mereka untuk memberi laluan kepada satu projek yang kononnya dari Kerajaan Persekutuan yang dinamakan sebagai Projek AWLU. Setahu penulis, isu ini telah menyepi sejak dua tahun lalu dan kemudiannya timbul semula apabila mereka menerima dua pucuk surat, satu daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat dan satu lagi daripada Pejabat SUK pada 20 dan 29 Jun 2012 yang lalu. Sebelum penulis ulas lebih lanjut, Projek AWLU atau Asian Women Leadership University ini merupakan satu projek EPP (Entry Point Project) oleh Kerajaan Persekutuan diluluskan sendiri oleh YAB TPM iaitu Tan Sri Hj. Muhyidin bin Hj. Mohd Yasin di Hub Pendidikan Pulau Pinang. Di sini, kerajaan negeri telah diberikan amanat oleh kerajaan Persekutuan untuk mencari kawasan atau tanah yang sesuai untuk merealisasikan projek tersebut. Pihak AWLU juga telah menyatakan hasrat mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk tidak melibatkan sebarang pengambilan tanah yang mempunyai penduduk.



Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Negeri telah mewartakan pengambilan beberapa lot tanah kampung Genting pada awal bulan Ogos 2010 dan sekitar awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Jika pihak AWLU sendiri berhasrat untuk memiliki tanah milik kerajaan negeri, kenapa Kerajaan Negeri masih pilih tanah penduduk? Untuk pengetahuan pembaca, pengambilan tanah Kg Genting ini akan melibatkan 12 pemilik tanah melayu yang berukuran lebih kurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina berkeluasan lebih kurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat.


Surat yang dikatakan oleh penulis tadi merupakan surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun 2012 yang bertajuk PERJUMPAAN TUAN TANAH BERSAMA YAB KM PULAU PINANG BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN TANAH UNTUK TUJUAN AWAM (INSTITUSI PENDIDIKAN) DI MUKIM J DAN 7, DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG, sementara surat dari Pejabat SUK Ruj PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012 yang bertajuk PEMBINAAN UNIVERSITI DI GENTING, BALIK PULAU-AWLU DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Melalui surat tersebut, penduduk diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Menteri pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga yang akan ditawarkan. Satu lagi persoalan timbul tentang budi bahasa Ketua Menteri Pulau Pinang ini, tanah orang yang nak diambil, sepatutnya beliaulah yang berjumpa dengan penduduk bukannya penduduk terhegeh-hegeh jumpa beliau. Adakah ini budi bahasa seorang yang diangkat sebagai Khalifah Umar? Mengambil kira amanat kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memilih tanah yang sesuai ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat mengambil kesempatan untuk menawarkan tanah kampung Genting kepada AWLU walaupun pihak AWLU telah menegaskan mereka berkehendakkan tanah kerajaan negeri bukannya tanah penduduk. Bukankah ini dilihat sebagai satu langkah opportunis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memfitnah Kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang tidak berperikemanusiaan,regim dan kejam apabila mengambil tanah penduduk untuk sebuah projek di bawah Program ETP? Kita semua sedia maklum Kerajaan Negeri bukanlah mereka yang menyokong kerajaan pusat dan perkataan PROJEK BARISAN NASIONAL merupakan perkataan yang digilai oleh pencacai pencacai PR untuk digunakan sebagai modal fitnah.


Surat dari CM kepada AWLU setelah dibantah




Surat bantahan dari AWLU




Surat bantahan dari AWLU

Seterusnya klik sini

1 comments:

  1. Salam perjuangan, mohon dilink blog hamba disini.
    Terima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM