Live TV Warta Rakyat

5 July 2012

Sedapnya makan bernasikan fitnah,berlaukan fitnah,berulamkan fitnah,pencuci mulut fitnah,minum teh-o fitnah!


Oleh kerana keadaan Perdana Menteri, DS Najib Razak sekarang ini terlalu ampuh dan sukar diserang serta tak makan dek difitnah, maka seluruh askar upahan dajal dalam Pakatan Pembangkang terpaksa mencari jalan alternatif lain dengan menjadikan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor sebagai sasaran utama mereka.

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh DS Rosmah setelah bergelar isteri kepada Perdana Menteri. Sikap berdiam diri dan tidak memperduilkan segala fitnah yang dilempar, telah membuatkan pemimpin dan penyokong Pembangkang sentiasa berada dalam kepanasan dan terus berusaha menabur fitnah hingga ke hari kiamat.

Dari sudut padangan mereka, Pembangkang melihat DS Rosmah sebagai kunci utama kelemahan Najib Razak. Oleh itu ia menjadi sebahagian daripada 'master plan' Pakatan yang dirancang oleh Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang.

Sudah terlalu banyak fitnah berat lagi jahat telah ditohmah ke atas batang tubuh DS Rosmah. Dari tuduhan membunuh Altantunya, pembelian cincin berharga RM24 juta hinggalah fitnah terbaru Pembangkang sekarang ini iaitu cubaan untuk melaga-lagakan pihak RTM, TV3 dengan isteri Perdana Menteri apabila dua setesen tv tersebut didakwa oleh Pembangkang telah meletakan 'title' DS Rosmah sebagai Pedana Menteri di dalam salah satu rancangan siaranya.

Bagi mereka yang tidak pernah meyelidik perkara-perkara fitnah seperti ini, pasti akan terus mempercayainya. Sekarang ini pun, fitnah terbaru terhadap DS Rosmah telah tersebar dan menjadi buah mulut serta kepercayaan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang.

Tabik hormat kepada Pembangkang wajar diberi di atas kehebatanya dalam mereka fitnah. Fitnah seperti inilah yang selalu disebut dalam kitab kemudian dingatkan kepada kita semua akan fitnah akhir zaman sebelum kemunculan Dajal untuk memimpin golongan manusia seperti pemimpin dan penyokong Pembangkang ke arah kesesatan sekaligus akan dihumban ke dalam neraka jahanam selagi mereka tidak mahu bertaubat.

Diharap kepada DS Rosmah dapat bersabar melayani segala macam fitnah yang dilempar oleh Pakatan Pembangkang. Yakinlah dengan pertolongan dan balasan dari Allah. Buatlah yang terbaik untuk anak bangsa dengan menggunakan kedudukan kamu sabagai isteri kepada Perdana Menteri.


P/S : Copy paste jek.Bizi Aman Kampus paham?

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM