Alhamdulillah.Pentadbiran Nik Aziz yang brader rasa berjaya semenjak pemerintahannya dapat dibuktikan di kawasannya sendiri iaitu Dun Cempaka.Brader rasa memang taraf kehidupan masyarakat di Dun Cempaka ini boleh dikatakan setaraf dengan kawasan maju yang lain.Syabas dan tahniah Nik Aziz.Cuba tengok gambar di atas,adakah rumah di atas adalah salah sebuah rumah penduduk di kawasan Dun Cempaka?Mengarutlah!Itu cuma gambar hiasan!Ni gambar sebenar ada di bawah
Daripada blog YuseriYusoff :
Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.
Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Gelombangkick, AOK, Persada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.
Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.
Malah yang membuatkan saya lebih terkejut apabila melihat 20 buah rumah yang lain turut berada dalam keadaan yang sama serta dipenuhi sampah-sarap.
Malah ianya sama sekali tidak selamat bagi dua orang kanak-kanak. Lebih-lebih lagi ketiadaan pintu tandas rumah tersebut dan membolehkan sesiapa sahaja memasuki rumahnya berkenaan.
Menurut Kak Yam sejak menetap di rumah usang hampir 20 tahun , tiada kelibat Nik Aziz Bin Nik Mat iaitu wakil rakyat ADUN Chempaka merangkap Menteri Besar Kelantan datang menjenguk atau menghulurkan bantuan kepada beliau serta dua anaknya.
Sebaliknya beliau hanya bergantung hidup dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan yang diberikan oleh penghulu yang dilantik oleh BN. Selain itu Kak Yam juga turut memaklumkan kepada saya bahawa dirinya baru sahaja menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi wang tersebut habis dibelanjakan untuk membayar bil elektrik serta air yang tertunggak bertahun lamanya.
Mendengar keperitan yang dialami saya bertanyakan sama ada beliau merupakan seorang warganegara atau tidak. Soalan tersebut saya ajukan bagi memastikan sama ada Kak Yam adalah warganegara Malaysia dan juga rakyat Kelantan.
Kerana terdapat kes warga selatan Thailand menetap di Kelantan serta hidup berkeluarga. Mendengar soalan yang saya ajukan, Kak Yam terus bangkit menuju ke ruang bilik rumah tersebut lalu menghulurkan kepada saya mykad yang memaparkan butir-butir peribadi dirinya.
Sekarang ada 2 siri.Baca selanjunya disini untuk siri pertama untuk pelbagai pendedahan yang memeningkan kepada Nick Ajisy!Siri kedua boleh lihat sendiri di blog beliau.
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com