.

Live TV Warta Rakyat

11 June 2012

www1 : Perhimpunan yang menjadi mimpi ngeri buat Nizar Derhaka @mbnizar


JOHOR BAHARU 10 Jun - Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.

Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).

Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan “Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang. - BERNAMA

Sultan Johor sebak 30,000 rakyat berhimpun di istana ikrar taat setia



JOHOR BAHRU 10 Jun - Perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor gamat dengan kehadiran rakyat dari segenap masyarakat Johor semakin bertambah mencecah 30 Ribu yang terdiri dari kalangan rakyat di Negeri tersebut.

Ianya diluar jangkauan pihak penganjur yang hanya mensasarkan kehadiran 20,000 orang.

Rata-rata yang hadir dilihat membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada jam 2 petang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang turut serta berkenan hadir terharu dan sebak dengan kehadiran rakyat dari seluruh negeri itu termasuk masyarakat Orang Asli ke Istana Pasir Pelangi di sini bagi menyatakan ikrar taat setia.

Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor.

"Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja. Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh. Beta tidak akan lupa hari bersejarah ini sampai bila-bila," titah baginda.

Baginda turut berkenan menerima lafaz ikrar taat setia daripada wakil Gabung, Ahmad Tarmizi Yusof diiringi barisan beberapa wakil NGO Johor yang menghadiri perhimpunan itu.

Perhimpunan ini dianjurkan susulan kenyataan Bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini yang mempertikaikan jumlah harga nombor plat kereta yang dibeli Sultan Johor yang disifatkan beberapa pihak sebagai biadap dan tidak menghormati Institusi Raja di Negara ini. - KL POS


ISTIMEWA UNTUK RAKYAT JOHOR!



1 comments:

  1. Baik la... Daulat Tuanku... Aaarrgghh.. rugi2 aku xdapat turun... baru tercengang si nizar... wakakaka... Sultan Johor da best !!!

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM